Showing posts with label Penyusuan Ibu. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Tag mengenai penyusuan susu ibu..

Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
Penyusuan susu ibu adalah mengenai penyusuan hanya memberi susu ibu kepada bayi yg baru lahir until 6bulan pertama sehingga umur 2 tahun..

Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
elya dah 1tahun 4bulan bermakna 1tahun 4bulan saya dah menyusukan sepenuhnya dgn susu ibu..alhamdulillah

Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
Di hospital besar melaka..hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu wanita menyusukan bayi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi “Sepuluh Langkah ke Penyusuan Ibu yang Berjaya”

Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?1jam 1 jam pertama selepas elya lahir dan dibersihkan saya diminta oleh nurse utk beri susu ibu walaupun hanya sedikit susu yg keluar..huhu rooming in tu bayi dan ibu terpisah sementara utk ibu yg memerlukan rehat..betul ke?kui..kui

Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.
2 hari pertama susu tak kuar sgt sikit sahaja..hari pertama elya nangis2 sebab susu tak kuar masa tu berada di hospital lagi so saya terpaksa bersengkang mata nak jaga dia sebab elya nak susu asi sahaja then 3hari berikutnya susu kuar banyak sampai bengkak..

Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
Bila susu dah berkurang tak semeriah masa umur elya 1-8bulan..Sekarang ni byk minum air masak utk tambah susu badan..

Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda ?
Baca dari blog lunatot, dan sahabat blogger lain marziah (full time housewife) dan najwa (ibu bekerjaya)..ambil panduan dlm majalah pa&ma ruangan laktasi dan web www.susuibu.com

Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
Saya surirumah sepenuh masa so tak pikir nak buat stok simpanan hanya direct feeding sahaja..hehe

Kenapa anda menyusukan anak anda ?
Sebab saya yakin saya mampu beri yg terbaik utk anak saya
Sebab saya sayang sgt anak saya

Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa ?
Sangat mudah tak perlu ke dapur bancuh susu lebih-lebih lagi waktu malam..hehe

okay..tag ni saya tujukan kepada semua para ibu yg meeyusukan baby, ibu2 yg pernah menyusukan baby, kepada bakal ibu dan kepada sesapa sahaja yg berniat untuk menyusukan anak mereka...

Tuesday, June 1, 2010

susu ibu info

info dari http://www.myhealth.gov.my

Pengenalan

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan

Untuk bayi :

Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :

membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :

Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Persediaan awal

Sebelum kelahiran
Semasa kelahiran
Selepas kelahiran

Sebelum kelahiran

Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan

Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.

Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan

Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.

Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.

Tiada puting tiruan.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Tuesday, May 18, 2010

Mengapa susu ibu yg paling baik

Artikel ini ditaip semula dari majalah wanita keluaran mei-jun oleh Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar..

Saya hanya mengambil beberapa point yg penting utk dikongsikan bersama pembaca.Alhamdulillah saya telah pun berjaya menyusukan anak saya selama setahu 3bulan dengan susu ibu dan sehingga kini anak saya masih lagi menyusu susu saya. Disini saya ingin berkongsikan beberapa isi penting berkenaan dgn susu ibu.

SETIAP MAMALIA YG TELAH DIANUGERAHKAN DGN ORGAN MENGHASILKAN DAN MENGELUARKAN SUSU UTK ANAKNYA,SEHARUSNYA MAMPU MEMBERI ANAKNYA SUSU SENDIRI...

1. Dalam islam,terutamanya dizaman rasulullah s.a.w digalakkan ibu-ibu susu,iaitu ibu yg memberi susunya kpd anak org lain kerana tidak mampu berbuat demikian.

2. Anak yg baru dilahirkan mempunyai sistem ketahanan yg belum matang dan kajian tlh membuktikan khasiat susu ibu berjaya utk meningkatkan sistem ketahan tubuh dr sebarang jenis penyakit kerana susu ibu mengandungi protein yg diberi nama Neuclotide yg berjumlah sbyk 72gm/liter berbanding dgn susu formula /susu lembu walaupun byk protien tapi hanya mengandungi 32mg/liter.

3. Protein Neuclotide perlu membina dan mamatangkan sel2 darah putih jika kekurangan protein tersebut menyebabkan anak mudah dijangkiti penyakit dan susah utk sembuh biasanya demam.

4. Susu ibu pada waktu mlm lebih pekat jadi para ibu perlu mengaturkan dlm memberi mereka susu pd waktu malam..

itu yg dpt saya kongsikan sedikit ilmu mengenai penyusuan susu ibu kpd para pembaca semua. semoga kita dpt memberikan anak kita khasiat yg terbaik utk masa depan mereka.

Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, March 10, 2010

Sokongan Suami Penentu Kejayaan Penyusuan susu-ibu

26 Jan - Sokongan Suami Penentu Kejayaan Penyusuan
susu-ibu

Ada yang menyokong, tetapi tidak kurang juga menyuarakan rasa kurang senang apabila penyusuan ibu selalunya dikaitkan dengan ibu semata-mata, dan terbeban atas bahu ibu saja.

Memetik e-mel seorang pembaca, dikenali sebagai Raidah, katanya dia amat bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sulungnya secara eksklusif, malah sanggup menyambung cuti tambahan sehingga empat bulan lantaran memenuhi hasrat itu.

Menurutnya, malangnya suami dan ibunya sendiri, langsung tidak memberikan kata-kata perangsang. Suami dan ibu selalu cakap, beri sajalah susu formula sebab bila sudah mula bekerja nanti senang dan tidak banyak menangis inginkan susu badan.

Suami tidak memberikan sokongan, ibu sendiri atau mentua yang tidak tahu mengenai penyusuan memang suatu perkara mendukacitakan, dan mereka juga yang selalunya meranapkan impian si ibu.

Realitinya sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Sebagai bapa, anda adalah insan yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Pada saat menimang cahaya mata baru inilah isteri cukup memerlukan suami.

Suami perlu faham bahawa penyusuan boleh menghindarkan bayi daripada pelbagai penyakit seperti alahan; sakit telinga (otitis media) dan kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital. Apabila anak sihat, bererti anda dan isteri tidak perlu kerap mengambil cuti menghantar anak ke klinik atau hospital. Lebih penting anda dan suami lebih ceria meluangkan masa bersama ahli keluarga baru, tanpa bersulam rasa kasihan kepada si kecil yang selalu sakit. Dalam bahasa mudah, adalah lebih tenang, menjaga bayi sihat.

Kajian sains mendapati susu ibu bukan saja mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi, sebaliknya kandungannya berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam.

Dalam tempoh berpantang dan sepanjang penyusuan berlangsung iaitu dua tahun itu, suami seharusnya membebaskan isteri daripada tekanan dan memperuntukkan makanan berkhasiat kepada isteri kerana perasaan ceria seorang isteri diikuti makanan berkhasiat menjamin pengeluaran susu lebih lancar dan berkualiti.

Sejak titisan pertama lagi susu ibu diperkaya dengan antibodi membolehkan tubuhnya alah dengan persekitaran. Sekiranya suami anda belum memahami mengenai kebaikan itu, silalah anda war-warkan kepada mereka. Dalam hal ini saya berfikir ibu seharusnya mementingkan diri sendiri dalam memenuhi keperluan di kecil. Sekiranya terbeban dengan tugasan mengemas rumah dan masalah lain, apa kata ketepikan dulu, sebab tekanan boleh menjejaskan pengeluaran susu. Selamat berjaya.

INFO: Sokongan boleh diberikan suami

* Galakkan isteri untuk berehat. Penyusuan kadangkala menyebabkan si ibu berasa cepat penat dan lapar. Suami jangan memperkecilkan tubuh isteri dengan menyatakan jangan minum banyak atau makan banyak supaya tidak gemuk. Sebaliknya biarkan isteri makan, tetapi tegur sekiranya makanan itu tidak menyihatkan seperti makanan ringan atau berjeruk.
* Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat. Galakkan isteri bersenam ringan seperti berjalan sekitar rumah.
* Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi. Menyapu atau menyidai pakaian boleh meringankan tugas isteri.
* Lindungi isteri daripada mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti “susu tak cukup kot, sebab itu bayi kerap menangis”; “bayi lapar tu, cuba bagi dia bijirin nasi dalam susu botol”; atau “berilah bayi air kosong biar dia cepat kenyang”.
* Cubalah fahami naluri seorang ibu serta perubahan emosi dialami wanita selepas kelahiran. Beri kata-kata perangsang seperti “Saya bangga awak berjaya menyusukan bayi kita”; “Hari ini biar saya memasak dan mengemas rumah, awak berehatlah ye,” atau “Biar saya uruskan anak-anak yang lain, awak berehatlah”.

Berta disunting daripada sumber: Berita Harian

Saturday, February 20, 2010

Tip memperbanyakakn susu badan

Salam 'alaik
Alhamdulillah Elya telah bf selama setahun insyAllah lagi 1 tahun saya akan stop menyusu Elya.Disini saya ingin memberikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang masih menyusukan anak mereka dengan susu badan. Moga tips ini dapat membantu kepada bakal ibu dan ibu-ibu yang sangat perihatin kepada anak-anak mereka dengan memberikan yg terbaik utk mereka.Sumber diambil dari portal muslimah.

1. Kerap mengepam(ketika masih mengepam)
2. Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
3. Minum air secukupnya
4. Kawal stress
5. Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu
6. Makan makanan yang sesuai dengan diri yang boleh membantu membanyakkan susu.
7. zikir al-MAtin 70 kali sehari

Makanan

1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba
4. laici
5. longan
6. daikon/lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. Spirulina
17. pegaga-jus atau ulam segar
18.Adik-beradik ikang sardin
19.. Carrot susu2
0. Buah kurma
21. Buah pisang
22. Rasberry cheese kek
23. Tauhu goreng & tempe goreng
24. Roti celet planta
25. Air milo + oat
26. Air 100 plus
27. Tuna sandwish
28. Daun kucai
29. Kentang rebus
30. Kuah kacang ( makan dengan satay)
31. Sayuran kekacang yang dikukus atau masak
32. Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
33. Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
34. Sambal kering ikan bilis + tempe

Sunday, June 7, 2009

Penyusuan susu ibu menurut pandangan islam

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

1. Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk
menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
2. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
3. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu
4. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.
5. Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
6. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

Sunday, May 24, 2009

Start buat EBM

Sebenarnya aku tak take note pun pasal nak bagi BF kat anak aku sebabnya tak tau info kebaikan mengenainya..so aku just tau dari nurse yang setiap kali wat check up mesti bagi informasi pasal BM..banyak lah web2 yang aku layari semata2 untuk mencari info mengenai susu ibu..cara penyimpanan susu,pemanasan, Breast pump yang ok dah banyak lagi… web yang best adalah susuibu.com…banyak info mengenainya aku dapat…Pengembaraan aku mencari ilmu breastfeeding bermula dari situ..so sekarang ni tengah nak cuba bagi elya guna botol takut2 nanti dah dapat kerja hati aku jadi resah bila elya tak nak botol..sekarang aku tengah nak buat EBMlah buat stok awal2…setiap pagi aku akan bagi anak aku minum susu guna botol sekali sehari..then lepas dah berjaya elya hisap guna botol baru bagi 2x sehari then lepas tu 3x sehari tapi malam aku akan bagi DF (direct feed) supaya ikatan kasih sayang umie pada elya sentiasa UTUH …mudah-mudahan usaha aku ini dipermudahkan dan tidak sia2…Ameen

Penyusuan eksklusif

Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama(tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun.
Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.

Mengapa 2 tahun?
Kerana enzim untuk menguraikan kandungan laktosa dalam susu hanya terdapat dalam badan bayi berusia di bawah 2 tahun.
Dengan kata lain, bayi tidak memerlukan susu selepas berusia 2 tahun.
Magisnya, komposisi & kandungan nutrien susu ibu berubah2 mengikut umur bayi anda (baru lahir, 3 bulan, 6 bulan atau 2 tahun…)
Bukan itu sahaja, kandungan susu itu sendiri berubah mengikut cuaca
Contohnya : lebih cair semasa hari panas/tengahari dan lebih suam/likat semasa sejuk..
Tiada tarikh luput, tiada racun, bahan penstabil dan pengawet
Susu yang dibekukan (EBM) berbulan bulan itu JAUH lebih baik berbanding susu formula yang dimanufacturekan oleh siapa
Menggunakan susu siapa/apa, diberi makan apa serta dicampur apakah

Doa dari saya utk semua ibu & bakal ibu, susukanlah anak kerana itu adalah hak mereka selama 2 tahun pertama. Amin.