Monday, February 22, 2010

Penulisan Berdakwah..

Salam 'alaik..

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai cerpen islamik yang dipetik di dalam blog http://inarysa89.wordpress.com..Cerpen ni sangat bagus untuk kita jadikan sebagai panduan dalam membina sebuah keluarga yg sentiasa dahagakan kebenaran dan rindukan hidayah..

Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Najib, adik bongsuku sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil. Rasa hairan bermain dalam dada… tak pernah si Najib ni “study” sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?

Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang “study”. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk “study”, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi… Najib pun dah tahu.

Aku mengintai ke bilik ibu yang sememangnya tidak berpintu, hanya dihijab sehelai kain pintu berwarna hijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Ibu bertelekung! Sudah tentu ibu bangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini ibu hanya solat Maghrib dan Isya’ saja, waktu-waktu lain tak berapa ambil berat.

Lebih pelik lagi… kulihat ayah dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil. Keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca tu. Sesekali agak keras suaranya.

Subhanallah… ayah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah. Selama inipun memang aku ada mengamalkannya sendiri-sendiri. Zikir itu kuperolehi sewaktu mempelajari ilmu perubatan Islam daripada Darus Syifa’ kelolaan Dr. Haron Din di universiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya? Setahu aku… ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah jauhnya kecuali sewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak datang gotong-royong masak. Lepas tu haram tak jejak kaki ke surau.

Aku beredar ke ruang tamu. Keriut bunyi lantai papan yang kupijak telah menyedarkan Shahrul, seorang lagi adik lelakiku. Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya.

“Dah pukul berapa kak?”

“Emmm… dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.

Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang.

Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika…

Aku rasa Shahrul terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Kucuba membaca tajuknya… Perjuangan Wali Songo di Indonesia. Masyaallah, Shahrul boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Shahrul ni tak pernah baca buku-buku agama pun. Yang diminatinya tak lain itulah… majalah sukan, komik dan hiburan. Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku.

Memang pernah ayah dan adik-adik bangun atau berjaga malam… untuk menonton perlawanan bola sepak. Tetapi kali ini mereka bangun untuk beribadah!

Sudah lebih lima tahun aku berusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah ini namun kejayaannya cuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat untuk membudayakan Islam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri menentang, bagaimana dengan adik-adik? Kak Long Tikah dan Kak Ngah Ilah masing-masing telah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada keganjilan yang sukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah.

Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kota Jakarta, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti.

Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh.

“Ada… ooo Ada,” laung ibu sambil mengetuk pintu bilik.

“Ya mak,” sahut ku lemah.

“Bangun solat Subuh ye nak.”

“Ha’ah,” aku patuh.

“Mak… ayah pergi mana?” soalku ingin tahu.

“Ke surau dengan adik-adik… berjemaah.”

Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang… bersama Kekasih, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang selama ini suram mula bercahaya… telah ada jiwa…

@@@

Aku menolong ibu menyediakan sarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu adalah cempedak goreng. Ayah masih di bilik. Menurut ibu, ayah akan terus berzikir sehingga terbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada seorangpun ahli keluarga yang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti masing-masing selepas solat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu membawa kemiskinan, penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif?

Shahrul dan Najib berada di bahagian belakang rumah yang sememangnya agak luas. Pada mulanya aku berasa janggal melihat mereka bersiap-siap. Apabila kutanya jawab mereka “nak riadah, ayah suruh”. Bukankah sebelum ini mereka kaki tidur nombor satu? Kalau hari cuti, dah tentu pukul sepuluh ke atas baru bangun. Lepas bangun menonton televisyen. Tengah hari baru mandi. Sekarang sudah berbeza benar.

Sesekali aku menjenguk mereka melalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka terkejar-kejar berlari anak keliling rumah, kini mereka berkuntau pula. Memang budak-budak berdua ni aktif dalam persatuan silat di sekolah, tapi tak pernah pula mereka berlatih pada waktu pagi. Bergomol dan berkunci-kuncian sampai basah kena air embun di rumput. Ini rupanya riadah mereka. Eloklah… memang digalakkan Islam.

Pagi itu kami menghadap sarapan secara berjemaah, semua ada. Ayah sendiri yang membaca doa beserta maksudnya sekali. Amboi, hebat juga ayah kami ni! Aku mengingatkan adik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam hati sepanjang masa makan. Mak dan ayah mengiyakan kata-kataku itu. Seronok rasanya mendapat sokongan mak dan ayah. Sebelum ini kalau aku menegur adik-adik tentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun Allah Yang Maha Merancang bisa mengubah segalanya. Syukur.

Ayah ke pasar bersama Shahrul sementara Najib pergi ke rumah kawannya Hafiz untuk meminjamkan kaset kumpulan nasyid Raihan dan Diwani. Peluang ini kuambil untuk mengorek cerita daripada ibu.

“Mak, Ada rasa seronok balik kali ini.”

“Iyelah, dah dekat setahun Ada tak balik… tentulah seronok,” balas ibu sambil tersenyum.

“Ada rasa kan mak, rumah kita ni dah ada roh… tak macam dulu…”

Ibu tidak terus menjawab apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya didongakkan ke dinding, menatap sebuah lukisan pemandangan yang cantik hadiah daripada menantunya Zamri, suami Kak Long. Lukisan itu adalah hasil tangan Abang Zamri sendiri

“Ini semua kerja Allah Ada. Mak sedar Ada sentiasa cuba merubah cara hidup keluarga kita… supaya kita berpegang dengan budaya Islam. Kami pandang remeh aje segala saranan dan teguran Ada.”

Ibu mengalihkan pandangannya ke arahku. “Itulah… kalau Allah nak ubah, siapapun tak sangka.”

“Apa dah jadi Mak?” soalku lebih serius.

“Abang Zamri Ada tu le… bukan sebarangan orang. Dalam diam-diam dia mendakwahkan budaya hidup Islam kat kita. Memanglah mulanya tu kami buat tak tahu… dia berjemaah ke surau ke, dia baca Quran ke, berzikir ke, cara dia berpakaian ke, apa ke di rumah kita ni.”

Memang kuakui Abang Zamri lain daripada yang lain. Sejak mula berkahwin dengan Kak Long lagi jelas perawakannya yang mulia. Gerak lakunya sopan. Tidak pernah meninggi diri.Tidak bergurau berlebih-lebihan. Hormat kepada orang tua. Mengasihi adik-adik. Kalau berbicara dengannya, dia tidak pernah lari daripada berbicara tentang Islam. Dia seolah-olah tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia. Tidak ada perkara lain yang dicintainya selain daripada berjuang untuk Islam.

Abang Zamri jarang sangat pernah bercerita tentang kereta mewah, rumah besar, duit banyak, pangkat tinggi, perempuan cantik, muzik, filem, bolasepak, para artis, pakaian cantik dan lain-lain sedangkan semua itu diperkatakan sehari-hari dalam keluarga kami. Sememangnya dia ada kelebihan yang dikurniakan Allah SWT. Entahlah apa yang telah dibuatnya hingga keluarga kami berubah. Ingin kutanya pada ibu tapi… tunggulah nanti, apabila ada masa yang sesuai, insyaallah.

@@@

“Mak, Ayah, Shahrul dan Najib pergi ke rumah mak mertua Kak Long Ada… rumah keluarga Abang Zamri…”

“Mak ke Terengganu?” soalku.

“Iye, cuti penggal sekolah hari tukan Ada tak balik… kami pergi le ziarah besan kami.”

“Habis tu… apa yang jadi?”

Ibu terus bercerita dengan anjang lebar sambil kami melipat kain baju. Menurut ibu, keluarga Abang Zamri bukanlah orang senang. Adik-beradiknya seramai sembilan orang. Namun corak kehidupan mereka sungguh aman bahagia dan tenang Banyak perkara baru yang ibu dan ayah pelajari selama lima hari berada di sana.

Waktu tiba di kampung halaman Abang Zamri, keluarga kami disambut meriah dan penuh hormat. Gembira sungguh mereka menerima tetamu. Masing-masing dengan wajah ceria dan menampakkan ketenangan. Adik-adik Abang Zamri semua mencium tangan ibu dan ayah sementara Shahrul dan Najib dipeluk seolah-olah kawan lama. Ayah dan ibu agak terkejut dengan situasi tersebut kerana sebelum ini anak-anak sendiri pun susah nak cium tangan.

Rumah mereka bersih walaupun tidak mewah. Begitu juga dengan halamannya yang terjaga. Irama nasyid, bacaan al Quran, zikir munajat dan ceramah agama silih berganti kedengaran daripada radio kaset mereka. kalau di rumah kami tu, dari padi sampai ke malam dipenuhi dengan lagu-lagu artis tempatan dan luar negara.

Waktu Subuh sangat indah di sana. Sejak jam empat pagi lagi rumah itu telah dipenuhi dengan ibadah-ibadah sunat. Ada yang bertilawah, ada yang berzikir, ada yang solat dan sebagainya. Kemudian, yang lelakinya beramai-ramai solat fardhu Subh berjemaah ke masjid. Oleh kerana malu-malu alah, Ayah pun terpaksalah bangun dan pergi ke masjid sekali.

Dari awal pagi lagi keluarga Abang Zamri yang lelakinya turun ke pantai yang nampak dari rumah mereka. Mereka duduk mengelilingi Pak Luqman, bapa kepada Abang Zamri untuk mendengar tazkirah pendek. Kemudian adik-adik Abang Zamri yang kecil berlari-lari anak dalam satu barisan sepanjang pantai. Abang Zamri dan bapanya pula membasahkan tubuh dengan air embun yang diambil daripada pokok-pokok kayu. Tujuannya untuk menjaga kekuatan badan. Ayah hanya tersengih apabila dipelawa oleh Pakcik Luqman. Begitulah rutinnya setiap pagi selama ayah dan ibu berada di sana.

Waktu bersarapan tiba. Semua isi rumah ada, tidaklah seperti rumah kami- sarapan sendiri-sendiri. Mereka menghadap makanan dengan wajah yang manis, dimulakan dengan doa. Alangkah mesranya hubungan sesama mereka. Terasa suatu perasaan tenang yang sukar digambarkan. Sepanjnag masa makan, mereka banyak berbucara tentang kebesaran Allah dan nikmat-nikmat-Nya. Ayah dan ibu terpaksa bermuka-muka kerana tak tahu apa yang nak dicakapkan. Nak menyampuk… takut tak kena pula jalannya.

Selepas mengemaskan rumah secara bergotong-royong, adik-adik Abang Zamri berkumpul di serambi rumah. Mereka disertai oleh dua tiga orang anak-anak jiran. Rupanya mereka berlatih nasyid, siap dengan genderangnya sekali. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid popular dan juga lagu ciptaan mereka sendiri. Sura mereka yang berharmoni indah bergema sampailah ke tengah hari. Kata emak Abang Zamri, kumpulan nasyid budah-budak itu sering menerima jemputan di sekitar daerah. Selama lima hari di sana, ibu sudah jatuh cinta dengan irama nasyid. Boleh dikatakan setiap album nasyid terbaru mesti dibelinya selepas itu. Dulu, ibu bukan main lagi… dengan karaoke dangdutnya yang terdengar sampai ke tengahjalan. Tentu ibu malu kalau terkenangkannya.

Kononnya hubungan Pakcik Luqman dengan isterinya sangat baik… macam baru berkahwin. Mereka selalu tersenyum dan bergurau, malah nampak malu-malu walaupun sudah tua. Kalau duduk tu… mesti nak rapat-rapat. Isterinya pun bukan main taat lagi kepada suami. Mungkin inilah yang membuatkan ibu dan ayah terasa sangat. Al maklumlah, mereka di rumah memang tak ampak mesra. Bergurau jarang, bertegang leher selalu. Benda kecil pun nak bertekak. Ayah balik dari luar pun tak pernah ibu sambut. Masing-masing dengan hal sendiri. Berbincang hal agama… jauh sekali.

Pelbagai pengalaman baru yang ibu dan ayah dapat di Terengganu. Agaknya mereka telah menemui formula keluarga bahagia… dan mahu mempraktikkannya dalam keluarga kami. Alangkah indahnya keluargaku kini…alangkah sayangnya Allah kepada keluargaku…aku bersyukur kepada-Mu ya Allah.

“Eh, Ada dengar ke apa yang Mak ceritakan ni?” soal ibu apabila melihat aku tersenyum mengelamun.

“Eh… mmm…dengar Mak”, jawabku serba salah.

“Mak sebenarnya berkenan pulak dengan sepupu Abang Zamri di terengganu yang ama Shahrul tu…”

“Alah mak ni… nak cerita pasal kahwin le tu”, cetusku lalu segera beredar ke dapur..

Saturday, February 20, 2010

Adakah anda wanita muslimah yg berfikir?

"Wanita Muslimah yang memahami dengan jelas tentang hidupnya yang sebenar hanyalah untuk mencari keredhaan Penciptanya dan yakin bahawa Jannah (syurga) atau Jahanam (neraka) merupakan balasan diakhirat, adalah seorang wanita yang berfikir. Dia adalah seorang yang tidak akan terpedaya dengan mitos kecantikan atau berusaha sedaya upaya untuk menerima imej dangkal yang dipropagandakan oleh Negara Kapitalis Barat. Dia tidak akan terpengaruh dengan dakyah dangkal yang membincangkan tentang kecantikan, rambut atau fesyen yang betul, atau membuang masa dan tenaga cuba untuk mencapai harapan yang tidak realistik sepertimana yang didefinasikan oleh masyarakat Barat sebagai “wanita yang cantik”. Keutamaan dalam kehidupannya adalah bagaimana menjadi seorang hamba yang tawaddhu’ kepada Penciptanya dan mengumpulkan sebanyak pahala yang mungkin untuk hari kemudian.

Model contoh dalam kehidupannya bukan pelakon filem, pemuzik atau model yang superfisial di Barat atau Timur tetapi lebih kepada Sahabiyaat dan wanita Muslim lampau yang mengabdikan diri hanya kepada Allah dengan memenuhi segala tanggungjawab kepadaNya dengan sepenuh daya tenaga mereka. Mereka ini dikenalpasti dan disanjung oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam ulama-ulama dan didalam sirah Islam bukan kerana kecantikan mereka tetapi kerana keperibadian yang tinggi dan kebijaksaan yang berkualiti, kedermawanan, kerendahan diri, kesetiaan, keberanian, kekuatan, pengorbanan dan menjadi isteri-isteri yang taat dan ibu-ibu yang penyayang. Mereka diiktiraf didalam budaya Islam bukan kerana paras rupa mereka tetapi kerana menjadi pemikir-pemikir yang hebat, cendikiawan yang hebat, pejuang-pejuang yang hebat, pensyair-pensyair yang hebat dan ahli-ali politik yang hebat dan juga para pendakwah yang hebat.

Wanita-wanita seperti Khadijah Radhiallahu anha isteri pertama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang menyokong suaminya didalam berdakwah untuk membentuk Negara Islam yang pertama telah sanggup mengharungi segala kesukaran dan rintangan dengan tabah dan sabar, malah menyaksikan penderitaan anak-anak beliau pada masa yang sama. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata mengenainya “Aku tidak pernah berjumpa isteri yang lebih baik dari beliau. Dia mempercayai aku ketika orang lain, walaupun ahli dan kaum keluargaku sendiri tidak mempercayai aku, dan menerima bahawa aku adalah Rasul dan Pesuruh Allah yang sebenar. Dia memeluk Islam dan membelanjakan segala harta bendanya untuk membantu aku menyebarkan kepercayaan ini dan juga pada ketika seluruh dunia menentang dan menganiaya aku. Dan melaluinya, Allah mengurniakan aku dengan cahayamata.”

Sedemikianlah keperibadiannya sehingga Allah Subhanahu wa Taala mengirimkan salam kepadanya sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam sebuah hadis yang menyatakan bahawa Malaikat Jibrail datang kepada Rasul Sallallahu Alaihi wa Sallam dan berkata, “Wahai Pesuruh Allah! Khadijah akan datang kepada kamu dengan membawa semangkuk sup daging. Apabila dia sampai kepada kamu, sambutlah dia bagi pihak Tuhan kamu dan diriku, dan berilah dia khabar gembira bahawa sebuah istana yang diperbuat dari Oasab menantinya disyurga yang tidak akan ada sebarang kebisingan dan kesusahan.”(Riwayat Bukhari)

Wanita-wanita seperti Fatimah Radhiallahu anha anak perempuan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang sangat pemurah seperti perumpamaan cahaya api diatas bukit yang memberi panduan kepada kapal-kapal yang lalu. Contohnya, pada suatu ketika dimana Salman Radhiallahu anhu salah seorang dari rakan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam cuba mencari makanan untuk seorang Muslim yang kelaparan kerana telah tidak makan untuk beberapa lama. Dia membawa orang tersebut kebeberapa buah rumah tetapi tiada sesiapa pun yang dapat memberikan sebarang makanan. Tiba-tiba dia sampai kerumah Fatimah, lalu mengetuk pintu serta memberitahu tujuan kedatangannya. Dengan airmata berlinangan, Fatimah memberitahunya bahawa dia telah tiga hari tidak mempunyai sebarang makanan dirumah. Walaupun begitu, Fatimah enggan menolak tetamu tersebut dan berkata, “Aku tidak boleh menghantar pulang seorang tetamu yang kelaparan tanpa memberi sebarang makanan kepadanya”. Fatimah lalu merayu Salman supaya memberikan sehelai pakaian kepunyaannya kepada Shamoon, seorang Yahudi untuk ditukarkan dengan sedikit jagung. Orang Yahudi tersebut sangat kagum dengan kemurahan hati anak perempuan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam lalu memeluk Islam. Salman membawa jagung tersebut kepada Fatimah, lalu dikisarnya jagung tersebut untuk dijadikan beberapa buku roti. Apabila Salman mencadangkan supaya Fatimah menyimpan beberapa buku roti untuk diri dan keluarganya, Fatimah menjawab bahawa dia tidak mempunyai hak keatasnya kerana dia telah menyerahkan pakaian tersebut kerana Allah.

Wanita-wanita seperti Aisyah Radhiallahu anha isteri kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang bijaksana dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat, telah meriwayatkan lebih 2,000 buah hadis. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dibidang tafsir, hadis, fikih dan Shari’ah. Didalam suatu mimpi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, Malaikat Jibra’il menunjukkan satu gambar Aisyah yang dibaluti oleh sutera berwarna hijau dan berkata, “Dia adalah isterimu didunia dan akhirat.”

Wanita-wanita seperti Khansaa seorang penyair yang mahir dan menggunakan kemahirannya untuk memotivasikan anak-anaknya berjihad untuk menaikkan ayat-ayat Allah yang Maha Tinggi dengan berkata kepada mereka, “ Kamu tahu ganjaran yang Allah janjikan kepada orang -orang yang berjuang untuk menentang orang - orang yang memusuhi jalanNya. Kamu harus ingat bahawa kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dari kehidupan dunia yang sementara ini. Apabila kamu bangun dikeesokan paginya, bersedialah untuk melakukan yang terbaik didalam peperangan. Berjuanglah menentang musuh dan mintalah pertolongan dengan Allah. Apabila kamu melihat api peperangan menyala, pergilah kamu ketengah medan peperangan dan hadapilah ketua-ketua musuhmu. InsyaAllah, kamu akan tinggal disyurga dengan kemuliaan dan kejayaan”. Keesokan harinya, keempat-empat anaknya melangkah kemedan peperangan Qadasiyyah, sambil mengulang-ulangi syair ibu mereka dan berperang sehingga mereka terbunuh. Apabila Khansaa menerima berita kematian anak-anaknya, dia berkata, “Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakan aku dengan kesyahidan mereka. Aku berharap agar Allah mempertemukan aku dengan mereka dibawah lindungan Yang Maha Pengasih”.

Wanita-wanita seperti Ummu Amarah Radhiallahu anha seorang pejuang yang sangat mahir dan telah berjuang didalam banyak peperangan termasuk Perang Uhud, Hunayn dan Yamamah. Seorang yang melindungi Rasullullah dengan badannya serta mengalami banyak kecederaan didalam Peperangan Uhud. Rasullullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah menceritakan ketika Perang Uhud dimana sahaja dia beralih, kekiri atau kekanan, dia melihat Ummu Amarah berjuang bermati-matian untuk melindunginya. Beliau berdoa untuk Ummu Amarah dan keluarganya yang telah berjuang dengan penuh semangat dan kekuatan pada hari tersebut dan bersabda; “Ya Allah! Jadikanlah keluarga ini teman –temanku disyurga.”

Wanita-wanita seperti Ummu Shareek yang mengabdikan dirinya untuk berdakwah kejalan Islam dikalangan wanita-wanita Quraish sehingga pada satu masa dia dihalau dari masyarakat oleh ketua-ketua orang Quraish dan wanita-wanita seperti Sumayyah yang pertama syahid kerana Islam, yang sentiasa menyeru kepada orang ramai untuk menyembah Allah Subhanahu wa Taala walaupun sedang diseksa oleh Abu Jahal.

Khatimah

Wanita Muslimah adalah individu yang berfikir, seorang yang tidak membuta tuli meniru dan menurut orang-orang disekitarnya walaupun dia menentang kebiasaan masyarakat. Dia bukanlah seorang individu yang merasa rendah diri kerana imejnya tetapi dia adalah seorang wanita yang yakin dengan kehidupan yang telah dipilihnya untuk memwujudkan kebenaran Islam melalui minda dan keyakinanya. Akhirnya, dia bukanlah seorang wanita yang hanya taksub dengan imejnya sendiri; keterampilan atau kehidupan tetapi sebagai seorang individu yang mengetahui urusan dunia, memahami masalah-masalah manusia dan berfikir dengan hati-hati tentang peranannya untuk merealisasikan sistem yang sebenarnya untuk mentadbir manusia; iaitu Daulah Khilafah. Anda bagaimana?? Marilah sama-sama kita renungkan. Wallahu alam bishawab

sumber : portal muslimah

Tip memperbanyakakn susu badan

Salam 'alaik
Alhamdulillah Elya telah bf selama setahun insyAllah lagi 1 tahun saya akan stop menyusu Elya.Disini saya ingin memberikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang masih menyusukan anak mereka dengan susu badan. Moga tips ini dapat membantu kepada bakal ibu dan ibu-ibu yang sangat perihatin kepada anak-anak mereka dengan memberikan yg terbaik utk mereka.Sumber diambil dari portal muslimah.

1. Kerap mengepam(ketika masih mengepam)
2. Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
3. Minum air secukupnya
4. Kawal stress
5. Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu
6. Makan makanan yang sesuai dengan diri yang boleh membantu membanyakkan susu.
7. zikir al-MAtin 70 kali sehari

Makanan

1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba
4. laici
5. longan
6. daikon/lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. Spirulina
17. pegaga-jus atau ulam segar
18.Adik-beradik ikang sardin
19.. Carrot susu2
0. Buah kurma
21. Buah pisang
22. Rasberry cheese kek
23. Tauhu goreng & tempe goreng
24. Roti celet planta
25. Air milo + oat
26. Air 100 plus
27. Tuna sandwish
28. Daun kucai
29. Kentang rebus
30. Kuah kacang ( makan dengan satay)
31. Sayuran kekacang yang dikukus atau masak
32. Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
33. Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
34. Sambal kering ikan bilis + tempe

Friday, February 19, 2010

Kesyukuran yang tak terhingga dari-Nya

Alhamdulillah,setiap masa berlalu alangkah baiknya diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Walaupun Elya telah pun berumur setahun tapi dalam hati tertanya-tanya apakah yang telah diri ini lakukan sepanjang anak ini membesar di depan mata?.Astagfirullah al-azim beberapa kali hati ini beristigfar memohon keampunan darinya. Memang saya mengakui tangan ini pernah membelai,memeluk serta mulut ini pernah mencium anak ini tapi tangan dan mulut ini juga pernah melakukan perkara-perkara yang kurang enak terhadap usia anak ini. " Maafkan umie Elya, kadang-kadang kenakalanmu membuatkan umie menjadi seorang manusia yang sedikit kejam". Kesyukuran juga hanya dituju kepada-Mu ya Rabbi kerana masih memberi sedikit nafas untuk saya memberikan sisa-sisa yang berbaki ini untuk mendidik anaklk dengan sesempurna yang mungkin.InsyaAllah. Lagu ini sedap didengar bila Elya dah pandai cakap..

Mawardah : Ummiku Sayang

Memancarkan sang suria.
menyinar cahayanya..
Begitulah berseri wajah ummiku sayang
aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang-sayang ummi
ummiku sayang
walaupun ummi letih mengasuh kami ini
namun masih tersenyum menyejukkan hati
aku sayang ummi
ummiku sayang ummi
sayang-sayang ummi
ummiku sayang
bila pulang sekolah ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah...
aku sayang ummi
ummiku sayang ummi
sayang-sayang ummi
ummiku sayang
ummiku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummiku sayang kau ibu mithali semoga Allahkan memberkati

Friday, February 12, 2010

Alahan Kritikan

Salam 'alaik..
Hari ini saya ingin menulis artikel mengenai alahan kepada kritikan.Sememangnya manusia tidak lari dari menerima kritikan. Kritikan yang diberi kadang kala baik untuk kita sebenarnya. Sebab orang yang menerima kritikan dengan hati yang berlapang dada insyaAllah orang itu adalah orang yang berjaya. Tapi bagaimana pula mengenai orang yang tidak boleh langsung menerima kritikan orang lain dan menganggap dirinya adalah yang paling bagus. Golongan seperti ini adalah golongan yang mempunyai hati yang keras seperti batu. Tambahan pula apabila telah berumahtangga maka bagaimana mereka akan menerima kebaikan dan keburukan diri masing-masing sedangkan masing-masing mempunyai sifat ego yang tinggi. Salah satu punca mengapa penceraian berlaku adalah sifat diri yang tidak mahu menerima kritikan.Dalam islam kita harus ingat bahawa untuk memberi kritikan kepada seseorang haruslah dengan berhikmah. Rasulullah juga pernah memberi teguran kepada isteri baginda iaitu aisyah mengenai air yang dibuat oleh aisyah masin. Rasulullah memanggil isterinya sambil mengajak aisyah minum.Lalu aisyah pun minum dan beliau merasakan air yg dibuatnya itu masin lantas aisyah memohon maaf pada rasulullah. Itulah salah satu teguran yg berhikmah yang boleh kita jadikan sebagai contoh dalam membina rumahtangga. Semoga kita dapat menerima kritikan dengan ikhlas.

Selamat Hari lahir Elya.

Salam 'alaik...
Alhamdulillah anak saya hari ni telah genap setahun. Hari demi hari, waktu demi waktu betapa sekejapnya masa berlalu. Syurkur kepada Ilahi anugerah yang tidak terhingga diberikan kepada kami sekeluarga. Harapan kami biarlah anak ini membesar dengan sihat dan bakal menjadi mujahidah yang beramal kerana islam..insyaaalah.Di kesempatan ini saya telah membuat serangkap puisi untuk anak ini..semoga Elya sentiasa dilimpahkan peliharaan yang maha Agung..sesuai dengan makna namanya..Elya Darwisyah (keunggulan ahli tasawuf)

Puisi untuk anak umie...

Elya nama mu seperti ada sirna cahaya
Lahirmu kebumi membawa pengertian yang bermakna
Kau membesar dalam rahimku
Kau membesar dengan susu ku
Kau membesar dengan jagaan ku
Kau membesar dengan tangan ku
Kau membesar dengan didikan ku

Lahirmu kedunia ini jangan disia-siakan
Kau telah berjanji menjadi khalifah di sini
Segala janjimu ini akan dihadapkan di sana nanti
Tidak tahu bila dan hanya tahu di akhirat nanti
Semoga hidupmu disini sentiasa dibawah perliharaan Ilahi
Umie doakan agar engkau mengerti tujuan hidup ini
Hanya mencari redha ilahi..

Wednesday, February 10, 2010

Berlebihan berhias..

Salam 'alaik..

Entry kali ini saya ingin mengupas mengenai bahayanya wanita berlebihan dalam berhias. Senjak akhir-akhir ini jika dilihat sekali imbas wanita zaman sekarang sentiasa ingin kelihatan cantik lagi bergaya tetapi apabila ia sudah berlebih-lebihan dalam berhias sehingga terkeluar daripada kehendak menutup aurat dan mendapat dosa kerana beberapa sebab antaranya:

1. Terbuka aurat kerana berpakain tidak sempurna contohnya seperti terbuka leher,tangan,telinga,anak rambut dan seumpamanya.
2. Terbuka warna kulit kerana memakai kain yg nipis dan jarang.
3. Terbuka susuk tubuh dan bentuk badan kerana memakai pakaian yg ketat.
4. Terkeluar daridpada tujuan asal menutup aurat dengan berpakain untuk menarik perhatian dengan pilihan warna yang menjolok mata.

Allah s.w.t ada berfirman :" Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah."(ah-Ahzab :33)

Bagi diri ini adalah amat rugi sekiranya kita sudah memahami tetapi dalam masa yg sama kita tidak cuba praktikkan..Berubahlah sementara masih ada peluang. Adakah kita tahu hari esok,lusa atau tulat.. masih ada buat kita?.

sumber: majalah anis

Saturday, January 30, 2010

Beli Buku

Salam 'alaik..

Hari ini saya dgn suami dan elya pergi singgah jj tebrau. Sempatlah beli beberapa buah buku bercinta sampai ke syurga, didik anak jadi pintar dan satu lagi buku elya. Baru menghabiskan separuh buku didik anak jd pintar.Sambil tidurkan Elya dapatlah menelaah sedikit ilmu pengetahuan tentang didikan anak. Banyak yg diselitkan terutamanya kreativiti untuk merangsang deria motor dan kognitif..Buku aku terima nikahnya baru dibelek2 muka depan sahaja tapi penulisnya dah memang terkenal iaitu ustaz Hasrizal memang berbaloi beli buku ni. Selalu beli majalah Anis dan setiap keluaran memang tak terlepas membaca artikel ustaz ni..Alhamdulillah

Tuesday, January 26, 2010

Tazkirah

1. Setiap manusia mempunyai peluang untuk menjadi baik atau sebaliknya.
2. Semua manusia di dunia ini mempunyai kepercayaan adanya kehidupan selepas mati.
3. Akidah umat islam mempercayai adanya hari Kiamat dan Hari Pembalasan serta kepercayaan dan keimanan terhadap balasan dosa dan pahala.
4. Nikmat yang ALLAH kurniakan adalah amanah untuk kita pastikan ianya dilandasi tuntutan syara' dan semata-mata kerana ALLAH.

Thursday, January 21, 2010

8 Cara Mengenal Potensi Diri

“Tidak ada orang yang paling menderita, melebihi orang yang tumbuh tidak menjadi dirinya sendiri, tumbuh tidak menjadi jasadnya sendiri, dan tidak menjadi pikirannya sendiri” (‘Aidh Al Qarni) Jika kita mencermati kalimat tersebut, maka seakan-akan ‘Aidh Al-Qarni hendak mengatakan satu hal kepada kita bahwa kunci kebahagiaan terletak pada seberapa besar kita mengenal diri sendiri, dan mengoptimalkan apa yang kita miliki tersebut menjadi sebuah kerja. Menjadi diri sendiri dengan mengenali potensi yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Menjadi diri sendiri dengan mengembangkan keunikan diri. Karena Allah telah menghujamkan potensi yang berbeda pada tiap manusia untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya hingga menghasilkan karya-karya luar biasa.

Seorang bunda Helvy Tiana Rosa misalnya, yang potensi menulisnya telah tampak sejak kelas 3 SD, kemudian ditekuni, digali, dilatih untuk kemudian mencapai tingkat ahli dan mahir sehingga lahirlah karya-karya fenomenal dari tangannya. Karya yang menginspirasi jutaan manusia untuk menjadi lebih baik. Cerpen Ketika Mas Gagah Pergi (KMGP) adalah salah satunya. KMGP adalah maha karya yang lahir dari sebuah perjuangan menekuni potensi. Tentu saja hal itu terjadi setelah beliau mengetahui dengan pasti bahwa potensi terbesarnya adalah menulis! Tentu saja kita tidak harus menjadi seperti HTR.

Ini hanyalah sebagai contoh saja. Namun yang ingin saya tekankan adalah pentingnya berkarya dengan potensi yang ada dalam diri kita. Kita biasa mengenalnya sebagai bakat. Tapi saya lebih suka menyebutnya sebagai potensi, suatu pemberian Dzat yang Maha Tinggi kepada tiap manusia berupa kemampuan melakukan sesuatu yang lebih dalam suatu bidang tertentu. Lalu muncul pertanyaan, bagaimana jika kita tidak mengenali potensi kita? Sebelum membahasnya lebih jauh, saya ingin mengatakan bahwa tiap orang memiliki potensi berbeda. Ada yang berpotensi dalam bidang tarik suara, dalam bidang olahraga tertentu, dan sebagainya. Setelah memahami hal itu, marilah kita cari potensi diri kita yang sebenarnya.

Muhammad Musrofi dalam bukunya 5 Langkah Melahirkan MahaKarya menyebutkan bahwa ada 8 cara untuk mengenal potensi diri kita. Pertama, kenalilah aktivitas apa yang paling kita cintai. Maka disanalah terdapat potensi luar biasa kita. Aktivitas yang selalu ingin kita lakukan baik dalam keadaan lapang ataupun sempit. Kedua, kenalilah aktivitas apa yang paling membuat kita begitu asyik. Seolah tanpa bosan melakukannya berlama-lama. Begitu enjoy dan tanpa beban ketika sedang mengerjakannya.

Ketiga, kenalilah aktivitas apa yang paling mudah dan cermerlang yang bias kita lakukan. Biasanya jika kita melakukan aktivitas itu akan bersemangat dan merasa tidak kesulitan. Keempat, kenalilah aktivitas yang menjadi impian sejak lama. Sebuah potensi terkadang berasal dari impian masa kecil yang menggerakkan alam bawah sadar untuk mewujudkannya. Seperti Burt Rutan yang ketika masih berusia 14 tahun bermimpi dapat pergi ke luar angkasa dan singgah di bulan. Lalu impian itu menjadi kenyataan setelah ia berhasil membuat SpaceShipOne, sebuah pesawat super cepat luar angkasa pertama di dunia. Kelima, tanyakan pada orang lain tentang potensi yang kita miliki sebenarnya. Agar penilaian yang diberikan lebih bersifat objektif. Terkadang orang lain atau orang terdekat kita lebih mengetahui tentang kemampuan kita ketimbang diri kita sendiri. Keenam, kenalilah aktivitas apa yang paling cepat kita pelajari. Missal suatu keterampilan yang mudah sekali kita mengerti setelah dipelajari, kemudian kita bisa menekuninya sepenuh hati. Ketujuh, kenalilah kecerdasan berganda. Tentu kita sudah mengenal 8 kecerdasan yang sering didengung-dengungkan Profesor Howard Gardner. Kecerdasan linguistic, visual-spasial, intrapersonal, interpersonal, logic-matematik, bodi-kinestetik, musical, dan naturalis. Dari situlah kita bisa mengenal potensi kita yang sesungguhnya. Terakhir, dengan metode kartu panggilan. Yakni mengelompokkan aktivitas-aktivitas yang kita lakukan dalam tiga kelompok. Kelompok pertama, aktivitas yang sesuai potensi. Kelompok kedua, aktivitas yang meragukan. Kelompok ketiga, aktivitas yang tidak sesuai dengan potensi. Lalu carilah dari kelompok pertama aktivitas yang palings sering dilakukan dan kita menyukainya. Begitulah. Jika kita telah mengenal potensi kita, maka tugas selanjutnya adalah mengoptimalkannya hingga kemudian lahirlah karya-karya luar biasa yang membuat dunia takjub dan terpesona. Selamat mencoba!

Sumber: Rafif Amir Ahnaf

Elya dan rambut tocang

Ni masa elya tido..huhu kecian anak umie.

Salam alaik..
sebenarnya hari ni nak bercerita menegnai anak saya yang telah pun menjangkau umur 11 bulan lebih.Sedar tak sedar rambut elya sudah panjang.Sekarang ni hobi saya nak buat tocang untuk anak perempuan saya ni.Memain rambutnya..Kalo dulu masa bujang saya suka memain rambut anak buah saya sekarang ni anak saya pulak jadi mangsa.inilah rambut elya yang telah siap ditocangkan..

PC baru

Alhamdulillah semalam suami buat kejutan sebab sebelum g kerja suami saya dah bagitau nak beli sesuatu mcm nilah ayatnya "mas ptg nanti abang balik jgn terkejut tau kalo abg beli sesuatu". Terkejut?.Abang memang selalu bg surprised kat mas insyaAllah tak terkejutlah bang".Balik petang semalam saya memang terkejut besar rupa-rupanya suami saya beli pc.Bestnya boleh lah tulis artikel cam ni.hehe.InsyaAllah 7.3.2010 adalah hari yg amat bermakna bagi kami sebab dah masuk 2 tahun kami sudah melayari alam perkahwinan dan telah dikurniakan seorang cahaya mata.Alhamdulillah rumahtangga yg dibina terasa amat bahagia dengan penuh kasih sayang.Syukur padamu Ya Allah.Aniversarry ni saya tidak tahu apa kejutan yg berikutnya.Kalo dulu abang belikan purse dan jam tangan bonia..tahun ni tak tau apa surprisednya.Terima kasih sayang.

Saturday, January 16, 2010

Sikap minda kelas ketiga

Hari ini selepas mengemas dapur saya dan suami bercadang untuk pergi ke pasar membeli beberapa barang basah seperti udang,ikan ,ayam dan sayur.Sebelum ke pasar suami saya singgah di ATM taman u utk mengeluarkan duit. Sementara menunggu suami saya mengeluarkan duit tiba-tiba saya melihat seorang pekerja yang bekerja sebagai penyapu sampah sedang menyapu dengan begitu tekun sekali.Tiba-tiba saya merasa terpaku bila sampah yg telah dikumpulkan itu terus dibawa ke arah parit dan dibuang begitu sahaja.MasyaAllah apa sudah jadi.Saya melirik ke arah Elya yang kemas dalam pelukan saya.Anak ini pun sama memandang seolah-olah keliru dengan perangai manusia.saya cepat-cepat mematikan pandangan Elya ke arah pekerja tersebut dan terus menyayikan lagu tepuk amai-amai.Dalam fikiran banyak betul persoalan yg belum terungkai.Sampai bila?,Apa kene?kenapa? dengan masyarakat kita sekarang masih kurang kesedaran dalam menguruskan perkara yang remeh temeh.Buang sampah di dalam parit adakah itu minda kelas pertama?.Apa guna pembangunan yang dibangga-bangga kan tapi kita masih ada lagi masyarakat yang mempunyai sifat sedemikian.Ini baru isu buang sampah belum lagi isu yg hebat yang perlu dipersoalkan terutama mengenai AQIDAH. Masyarakat masih belum 100% mempunyai akhlak yang baik.Inilah yang dikatakan minda kelas ketiga.

Thursday, January 14, 2010

Mengijak ke usia 11 bulan

Salam 'alaik..
alhamdulillah elya sekarang sudah menginjak ke 11 bulan.Syukur pada Allah s.w.t kerana Elya sihat dan cergas.Telatah Elya yang banyak mencuit hati kami sekeluarga.Rindu pada usia nya yg masih kecil cuma untuk menghilangkan kerinduan itu sahaja kami rakam segala aksi elya sejak dia bayi sampailah kini.Insyaalah akan disimpan kemas supaya kami melihat akan kebesaran Ilahi yang menciptakan manusia sebaik-baik mahluk.So amazing dari bayi yang tak tau apa2 kini tahu meniarap,merangkak,berdiri,berjalan dan berkata-kata.Amat besar sungguh ciptaan-Mu ya Rabbi.Semoga anak kami kekal di dalam peliharaan-Mu.Ameen.

Monday, January 11, 2010

Melentur buluh biar dari rebungnya..

Salam 'alaik..

"elya ! elya !..saya memanggil anak perempuan saya sementara menggoreng telur..kedengaran alunan asma ul husna diruang hadapan saya menjengguk melihat elya sedang berpaut pada kabinet tv sambil mengoyang-goyangkan tubuhnya senyuman terus terukir dibibir..alhamdulillah..Sementara menunggu masuknya solat zohor saya buka siaran astro oasis itulah salah satu siaran yang paling digemari anak perempuan saya selain cerita kartun...Elya berpaling dan terus mendapatkan saya..pelukan erat amat mendamaikan hati.Anak ini sudah mengerti apa itu perasaan kasih sayang.Anak ibarat kain putih kitalah yang mencorakkan mereka.

La tahzan..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam 'alaik
Setiap mahluk didunia ni pasti merasa kesedihan...tapi kesedihan yang bagaimana?ada yang bersedih disebabkan oleh kepincangan rumahtangga,anak yang degil,mendapat penyakit yang merbahaya seperti kanser,sahabat yang menikam dari belakang,tidak mempunyai zuriat dan sebagaiya.Segalanya yang berlaku itu bukan lah penghujung kepada kehidupan kita ingatlah kita akan dibangkitkan semula nanti..disitulah dunia kita dan disitulah kita akan tinggal buat selama-lamanya.Apa yang penting adalah bila mana kita sentiasa dihujani dengan musibah yeng bertimpa-timpa janganlah kita salahkan pada takdir tetapi kita haruslah bersangka baik dengan-Nya..Dia yang mengatur alam dan segala yang ada adalah milik-Nya dan akan kembali Kepada-Nya semula.Bilamana kita dihujani dengan kemewahan seperti kenaikan pangkat,mendapat kerja yang lebih baik,mempunyai anak yg ramai dan sebagainya ingatlah keseronokan itu hanya lah sementara banyak amanah yang perlu digalasi dan sentiasa bersyukur atas nikmatnya jgn leka dengan kelalaian syurga dunia yang penuh dengan penipuan.Ingatan ini hanyalah untuk menyingkap sejauh mana kita sentiasa menjadikan al-quran dan hadis sebagai penyuluh hidup.

happy new year..

Salam 'alaik

Masih belum terlambat untuk umie mengucapkan selamat tahun baru..semoga tahun ini memberikan sejuta harapan yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..tanamkan diri untuk menjadi yang lebih baik dan insan yang cemerlang.Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan dari yang maha esa..

Friday, December 25, 2009

Baju baru

Hari jumaat hari tu saje je kami kuar g angsana singgah BADAN just want to buy some books.Lepas tu kami saje jejalan nak tengok baju baby yg berkenan di hati.Kami singgah di ANAKKU tapi baju panas tak da pilihan.So kami singah tempat lain kat citu punyalh banyak pilihan baju panas..umie belikan warna pink beli yang besar sikit dan satu gaun warna ungu rege dalam rm 100lbhlh mahal betul just only 2 psg baju for my child.Tapi yg bayarnya hehe abahlh..umie tukang pilih je..Gorgeous..i like it.

Satah beli di Mersing...

Hari tu lepas chekout kami follow kete utm hehe..tau tak knp kami follow keta tu, sebab kami nak singgah pi beli satah..first time dengar nama makanan tu..bila rasa sekali pasti nak lagi tambah-tambah lagi makan tengah2 kuar dari tempat pembakar..best sangat.Abah order rm 4 ringgit dapatlah 10 keping jadilah kami nak merasa je.rupanya sedap sangat.sempat makan dalam kete 3keping saje..sebab anak dara ni tidor dan susah nak dibuka satah ni..tambahan pula satah di balut dengan banana leaf so faham2lah kalu dibakar mcm mana rupanya abislah berabu tangan umie.Alhamdulillah perjalanan kami pulang ke rumah just took about 2 hours campared with pergi di sana..Elya tidor begitu nyeyak sekali dalam dakapan umie..sayang elya.Sesape yang tak tau satah cam ner rupanya..take a look..yummy

Aksi Elya di Hotel

Salam..

post ni nak bercerita mengenai aksi elya di hotel ni..memula umie letak di atas tilam punyalah takut nak berdukung saje.Tapi lama2 dah sesuaikan diri dalam bilik tu mcm2 gaye dia wat.alhamdulillah anak umie tak lah noty sangat cuma nakal2 manja je.nilah sebahagian gambar yang sempat disnap yang betul2 okay.kalu tak blur je pic dia..

Saturday, December 19, 2009

Sudah Malam

Jam meginjak kul 10.45 pm anak umie tak nak tido..maybe nak sesuaikan dengan kondisi di sini..sib baiklah tak meragam..memain jelah dia..biasanya elya akan tido kul 9 or 9 lbh sebelum jejak ke angka 10 pm. Tapi malam ni memang susah nak ajak dia tidor..tak perlah sekali sekala apalah salahnya..abah elya balik barulah dia nak tidor..mungkin tunggu abah kesayangan dia baru nak tidor.Lepas umie lihat elya dah nyeyak tidor umie pun pakaikanlah dia baju panas memandangkan suhu bilik amatlah sejuk ditambah hujan petang tadi memang sejuk lah samapi ketulang-belulang..huhu..see u again..sweet dream my dear..

Sesampai di Mersing

alhamdulillah kami telah pun sampai di hotel seri malaysia Mersing tepat kul 4.30ptg..the journey took about 2 and half hours..sesampai di sana kami terus diberikan kunci bilik di tingkat 3..room yang didiami cantik buka je tingkap nampaklah pantai indahnya permandangan disini..sempatlah snap gambar sebagai kenang-kenangan..

Go to Mersing

salam

Today My family and i will going to mersing...my husband ada kursus disana..actually kami pergi semalam..tapi abah elya ada IELTs so kami berangat hari ni..overnight sehari esoknya kitorang checkout.Umie pernah g mersing sekali je itupun ada program 5 tahun sudah berlalu...agaknya apalah perubahan ketara di sana ye..okay we'll find out..assalammualaikum...

Friday, December 18, 2009

1 Muharam..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan...

hari pertama bertudung

Comel tak elya masa ni...bertudung..elya dah bertudung bila keluar..dah nampak cam anak daralah dia ni..elya nanti dah besar kene istiqamah menutup aurat ya sayang..nilah sebahagian daripada suruhan allah yang wajib kita turuti...jadi anak baik ye..

Elya kene Kurung..huhu

Hari ni anak dara umie kene kurung akibat nakal yang amat sangat umie kurung dalam babycot..huhu..sib baiklah anak umie ni baik snagat duk dalam tu..memain je keje nya ngan teddy bear dan mainan akuatik..lagi satu umie pun leh solat dgan tenang...Elya best tak duk dalam tu...jgn nakal2 ya sayang...

Wednesday, November 25, 2009

Ketulusan hati--Solehah by Marshanda

Lagu ini pun best..

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah
(Ost Aqso & Madina)

Ketulusan hati..

Umie suka benar lagu ni..kul 7.30 selepas sembahyang magrib dan mengaji for sure umie bukak oasis sebagai halwa telinga..lagu ni memang awesome...setaip bait-bait rangkap yang penuh keinsafan..

Ketulusan hati by anuar zain

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau biarkan kasihku

Mencintai-Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diri-Mu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau benarkan kasihku
Mencintai-Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai-Mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri-Mu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Friday, November 13, 2009

9 bulan..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni genap umur elya 9 bulan..dah inilah anugerah yang Allah bagi pada kami sekeluarga..zuriat dan alhamdulillah elya sentiasa sihat di bawah rahmat-Nya..umie doakan semoga elya sentiasa mendapat lindungan dan peliharaan daripada-Nya..semoga kami sentiasa bersyukur ke atas nikmat nya insyaAllah...dan selama ini umie sentiasa berdoa semoga elya dapat dapat bf sampai bila-bila dengan inzin-Nya jua insyaalah..

Sekarang ni perkembangan elya adalah seperti kanak-kanak lain juga yang kian membesar cuma cara asuhan yang berlainan memungkin setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza..antara perkembangan elya yang umie nampak setakat nielah:

1. elyya dah pandai merangkak..dua or tiga x step jer..
2. dah pandai duduk walaupun tak berapa kuat..
3. kalo dengar alunan muzik pasti akan digoyang2 kan badanya..
4. pandai tepuk amai-amai..
5. bila kami alunkan asmaulusna mesti mata elya akan merenung dinding yang ada kami lekatkan carta asmaulusna di situ.
6. bila kami sebut aligator,camel,bear dan nama animals yang lain mesti dia pandang buku hijau tu..
7. setiap petang dalam kul 6.30 kami akan buka siaran oasis itulah rancangan kegemaranya mendengar alunan zikir2 sambil mulut juga bising seolah2 nak ikut jugak mengalunkan zikir tu..alhamdulillah..
8. before pegi keje dan balik keje abah mesti dukung elya keluar rumah..sebab nanti kalo tak bawa punyalah meragam n nangis..
9. elya akan bangun seawal kul 7 or 7.30..bila umie mula star buat kerja2 umah membasuh dan membersihkan umah..elya sudah bangun..dan kalo elya tido petang umie akan kejutkan before azan asar..

harapan kami adalah aksi2 kejutan yang tak disangka-sangka dari elya untuk kami..sayang anak umie..be a good muslimah ye..

Friday, October 2, 2009

salam aidilfitri..

Assalamualaikum...kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari raya dan Maaf zahir batin..semoga syawal kali ini lebih ceria bersama2 keluarga,teman2 dan orang yang tersayang..ikhlas dari kami Mastura,Adham dan Elya Darwisyah

Petang dan mlm raye..

assalamualaikum...

petang raye hari tu..sibuklah umie dan adik bongsu menolong emak di dapur siapkan apa2 yang patut..kupas bawang,halia,kunyit,serai,lada kering then belender untuk dimasak pg raye biasa kul 4pg mak bangun masak semuanya..umie dan adik bangunlah awal kemas2 apa yg patut biasa kul 7pg sepupu dah tiba umah kami.elya tak kaco pun umie mainlah sorng2 dalm walker..abg penatlh kejar ank dia..dah sehat dari demam campak..umie pun rase lega..wat keje pun senang...mlm relaks dulu mmm umie seterika baju raye tema ungulh tahun ni akak sibuk pasang alas meja.letak kuih dlm balang siap2 adik yg bongsu sibuk kat dapur msk smbal tumis dan kuah kacang..

demam campak

Alhamdulillah..sebenarnya entry kali ni nak bercerita mengenai petang raya sebelum tu umie nak cite skit mengenai anak perempuan umie ni..hari tu cadang nak balik muar hari rabu after abg abis hantar draf master kat penyelia..tapi apa kan daya elya hari start hari sabtu demam panas..kitaorang punyalah panik semacam almaklumlah anak sorang..mula2 tu mcm rasa tak panas..malam sabtu mulalah rasa berbahang yang amat bila kita menyusukan elya ni..mula2 tak nak antor elya gi klinik tapi bila pikir demam budak kecik bahaya..takut kene sawan last2 kul 4 pg g klinik penawar 24hours..doktor cek 37.5 c tapi elya buat macam tak demam pun tak merengek2 pun..risau pun ader cian abg tak dapat bersahur tunggu dr punyalah lamer..ptg ahad rasa lagi badan elya ni..alamak panas sangat2 tapi elya stil mcm ok je..kitaorang pi lah jumpa dr fatimah..best doktor ni bagi penerangan yang amat lah detail..maybe elya ni samaada nak kene demam campak or tumbuh gigi..risaunya..malam tu umie tak boleh tidor..abg petang tadi dah siap2 beli pampers,mainan elya dan termometer..abg memang asyik cek suhu anak dara dia ni..perihatinya..sayang betul kat anak dia..he..he.soknya hari isnin lah elya dah mula meragam..menangis saje..walaupun umie tuam dan selubung dia dengan kain basah supaya surutlah panasnya..tapi menangis saje sampai jiran tanya kenapa elya nangis...kitaorang punyalha panik gilah klinik desa..tapi ramai orang yang take turn so kitaorang glah wat cek up kat dr fazlina lak..dr ni pun best..dr cakap elya nangis tak selesa almaklumlah selesema..dr bagi ubat kuatlah sikit..tapi umie sangatlah tidak mahu elya makan ubat yang banyak takut efek kat otak..cuma bagi ubat demam dan antibiotik..balik je..ingatkan dah ok..nangis lah lagi..cuaknya tuhan saje yang tau..bia fikir2 balik..abg jom balik hari ni gak..maybe elya tak selesa dok sini kalo kat kampung elya bebas sikit kawasan lapang boleh bawa dia keluar..bila difirkirkan abg pun setuju..umie ambik je baju2 yang rasanya nak bawa pi raye nanti..dalam kete elya punyalah baik tidor selama 2 jam lebih itupun dah sampai tol ayer keroh dah start nangis lak..ooo umie dah takleh nak wat aper pegang n nyayikanlah dia..rupanya bila umie selak baju tengok badan dia dah kuar bintik2 merah..ni demam campak ni..

Tiba kat kg nangis jer..then abg bagi elya makan ubat selesema..supaya dia dapat tidor dengan selesa..lepas lap2 elya dengan air suam..terus elya nak tido..esok pagi semua muka dan badan naik bintik2 merah sianya..umei tak dapat nak menanhan kesedihan bila tengok elya nangis gatal2 badan..orang kata miang..alahai anak umie..ciannya.pagi tu kitaorang p lah klinik ambik ubat sapau untuk hilangkan gatalnya dr cakap maybe bintik2 merah ni hilang 4 hari bila dihitung sempatah elya beraye lagi 5hari posa lagi.tapi yang best elya dah kurang nangis dan makan pun berselera..umie dan abah pun tak risau..abg terpaksa g balik jb untuk betulkan draf terakhir..sempatlah bermalam sehari di jb then balik ke melaka semula pagi khamis..cian abah..banyaknya pakai duit..thanz abg memahami kami anak beranak..i love u so much

Sunday, September 13, 2009

Beraya bertigalah tahun ni..

Alhamdulillah tinggal lagi beberapa hari lagi untuk kita menyambut syawal..sekejap jer masa berlalu..hari yang terakhir2 ramadhan ni rebutlah peluang kita perbanyakkanlah amalan kita bukan dibulan yang mulia saje tapi iallah dibulan-bulan yang akan datang..rebutlah peluang keemasan ini untuk menjadikan kita lebih baik..terbaik di mata nilaian allah bukan di mata nilaian manusia..Bercerita pasal raye lak..tahun ni giliran tempat kelahiran umie di melaka..tapi biasa abah balik singgah muar dulu..iallah setelah menyetelkan segala draf untuk projek sarjana abg kami akan berangkat pulang balik kg..hari rabu..bestlah..semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna yang mungkin..tema warna kami ala2 meroon..baju raye umie biasalah jubah sehelai dan baju kurung sehelai..tapi elya punyalh bnyak sesangat..7 pasang..sehelai dihadiahkn oleh pak su yng beli dekat australia yg lain..abah belikn berbagai warna pink ader,ungu ada,biru,putih dan cokelat..baget dalam rm300lh abis beli baju elya ni..bj abah adlh dlm 3 psg dan sehelai bj melayu..bertambh segaklh abg kita sorang ni..kalo dulu beraya berdua (elya dalam perut lg dalam 5bulan)tapi sekrg beraye bertigalh..puteri dah keluar..hehe..sekrang elya dah mengesot..still bf lagi..semoga ank umie membesar dengan sihat dan dihindari dari penyakit yg berbahaya..amen..

Reject tawaran gst di smt kluang,johor

Sebenarnya..dah lama nak post entry ni tapi asyik lupa jer..layan elya darwisyah yang sudah lasak ni..sebenarnya umie elya dapat tawaran guru sandaran terlatih di sekolah menengah teknik kluang..tapi last2 minit umie buat keputusan abaikan saje tawaran tu..means umie tak pi dan tolak bulat2..setelah pikir banyak perkara yang membolehkan umie menolak 99% untuk tidak pi dan 1% masih lagi dihati hu..hu ..sebabnya...pikir suami tersayang dan anak yang masih kecik lagi..ikutkan memamg umie rasa rugi tapi bila difikirkan semula tak perlah rezeki Allah ada di mana-mana tapi kita cuma ada family satu je..only one and forever insyallah..Ya allah semoga Kau dapat memberikan yang lebih baik rezeki dan memberikan kebahagiaan kepada kami..lindungilah kami dari segala perkara yang tidak diingini..lapangkan dada kami agar sentiasa menerima segala yang telah Engkau tetapkan..amen..semoga adalah rezeki lain untuk Umie nanti..

Tuesday, July 28, 2009

resepi..jom kongsi..

this is the perfect time to write something in my blog..coz baby tengah tido...hari ni nak cite mengenai resepi..tapi resepi ni biasa2 je taklah sehebat resepi orang lain..cuma yang pasti resepi ni memanglah fav..suami terchenta..he he..

ayam masak kicap
bahan2nya

ayam 6 ketul ,2 ulas bwg merah,3 ulas bawng putih, 1 inci halia, cilih merah ( bahan2 ni kene dihiris nipis),3 susu cili mesin,kicap, 1 mangkuk kecil asam jawa,grama n gula..

cara2nya..panaskan minyak..goreng ayam yang telah dilumur dgn kunyit n garam,then angkat ayam,tumis bahan2 hirisan sehingga wangi guna semula minyak masak tadi supaya ia tak membazir..then masukan cili mesin goreng sehingga garing then masukan asam jawa dan kicap agak2lah kalo nak hitam ..biarkan sebentar nampak agak pekat barulah masukan ayam yang digoreng..then last masuk garam n gula..so bolehlah dihidang panas2..

Saturday, July 4, 2009

Usrah yang lazat,lemak berkrim...

Bila terbaca tentang blog orang lain ada dia tag mengenai usrah..siap tag sape yang baca blog beliau...so umie jawablah...rindunya nak berusrah.

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
semenjak diploma UTMKL..lebih kurang 7 tahun..

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
- Selalu g majlis ilmu ustaz n ustazah...diri terasa jahil tentang ilmu agama...
Pastu continue masa sambung degree n master...

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Mencari ilmu agama yang hak dan hakiki..

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1.bersyukur kerana tak tersungkur...
2.dapat perbaiki diri

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
1.Ilmu
2.Dapat mengeratkan ukhwah..
3.Dapat bertukar2 pandangan,berbincang dan menyelesaikan masalah..
4.Nasihat daripada sahabat seperjuangan
5.Praktik kan apa yang telah dipelajari...
6.Meningkatkan ilmu fardiyah

:: Tidak mahu kutewas, Biar menggunung ::
"janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman " (Ali-Imran :139).

Friday, July 3, 2009

Perkembangan Elya 4 bln ++

Entry kali ni nak cite mengenai anak dara umie elya yang sekarang sudah pandai

1. menangis bila tak da orang duk dkat dia..esp bila umie nak masak,mengemas kat dalam rumah n luar rumah..
2. elya dah mula hisap jari kaki..ada orang kata nak dapat adik..he he
3. kalo dulu bf berpangku tapi sekarang dah tak nak pangku nak bf sambil baring...kecuali kalo dalam kete..yelah mcm mana nak baring..
4. kalo nak bf tak nak dah kat ruang tamu...demand tinggi nak dalam bilik umie dia...
5. kalo nampak umie pakai tudung suka sangat tu tandanya nak g jejalan..tapi nangis bila umie tak bawa sama sebab umie g buang sampah n sapu kat depan..
6. meniarap 3 bulan lebih dah niarap tapi sekarang kemalas-malasan lak nak niarap kadang2 je kalo dia rajin tgk2 kepala dah boleh angakt tinggi dan mula menelentangkan dirinya kalo dulu nangis sebab tangan tersepit n tak leh terlentang sendiri umie tolong telentangkan..
7. kalo bf ni si elya kalo abah dia ada mst lah nak suh abah dia nyanyi dulu untuk dia sambil bf..demand tinggi betul anak dara sorang ni..
8. bila mandi umie kene berhati2 sebab elya dah pandai tak reti duk diam...

Friday, June 26, 2009

Doa Bulan Rejab

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (Riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas)

majalah kegemaran....

Semalam dalam kul 7.30 mlm selepas melawat PM mat nor yang terlantar sakit kat spital sultanah aminah abah belikan umie majalah yang mmg umie suka sangat baca antaranya anis,wanita n rapi best gak baca sekarang ni dah berlambak2 majalah mcm2 ada pa&ma,mamy baby,wanita mingguan,keluargalah sampai tak muat dua buah laci besar..he he..majalah pa&ma dan mamy baby ni star baca masa pregnant dulu...minguan wanita mmg dah selalu baca n majalah keluarga sejak berumahtangga..saja isi masa lapang n tambah ilmu pengetahuan..tapi hari ni nak share mengenai apa isi yang umie suka sangat baca dalam keluaran majalah anis yang husband beli semalam...mengenai :

1. Bulan rejab of course lah 27 rejab di mana Allah telah mengangkat rasulullah s.a.w untuk di israk mekrajkan...dan paling takut adalah rasulullah telah menyaksikan kebanyakan penghuni neraka adalah wanita..sebab utama TIDAK MENUTUP AURAT...banyangkan sekarang ni banyak sangat fesyen wanita bertudung tapi cara pakaian masya Allah sungguh menjengkelkan...menampakkan susuk badan dan bukan melindungi...
2. kedua mengenai saat perpisahan..oleh pahrol mohd juoi...ruangan ni sangat lah menyentuh bila di baca antara ayat2 yang power dikeluarkan

Tujuan kat sini (dunia) hanya untuk diuji tiba masanya kita akan kembali.it means manusia lahir bersama tangisan dan akan hantar kepusara bersama tangisan..., Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkan it means kalo kita rasa tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik elok diam je, jika memberikan nasihat itu terlalu berat cukuplah memanjatkan doa dan munajat.

so fikir-fikirkan lah wahai sahabat ku..thanz for suami yang baik sangat memahami apa yang umie suka..love u forever...

Thursday, June 25, 2009

ni lagu khas suami tujukan untuk umie elya

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

selalu dgr dalam kete...romantik gak abah ni kan..

Wednesday, June 24, 2009

Bulan Rejab datang lagi...

Hadis Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bermaksud:
"Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku"

hari ni 1 Rejab 1430H.. Alahmdulillah, dgn limpah kurnia dan rahmatNYA, kita dipanjangkan umur untuk bersua lg dgn bulan ALLAH. Mudah2an kita juga dipanjangkan umur utk bertemu juga dgn bulan yg penuh berkat, bulan Ramadhan 1430H. Bersempena dgn kedatangan bulan Rejab ni, jom kita ramai2 berpuasa sunat pd 1 Rejab (Rabu) dan teruskan dgn satu lg pada hari Khamis.

Marilah kita bersama2 melakukan ibadat puasa dan ibadat2 lain tanpa memikirkan atau menghitung berapa hari kita berpuasa di bulan ini, kita dpt sekian2.. berpuasa pd tarikh ini, kita dpt sekian2.. Adalah lebih baik kita melakukan ibadat dgn seikhlas hati dan bila dah buat tu , jgn la pula kita berasa riak dan sombong.

* Kemulian Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dgn malam Nisfunya dan Ramadhan dgn Lailatul Qadarnya..
* Rejab bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman dan Ramadhan bulan menuai hasil..
* Rejab menyucikan badannya, Syaaban menyucikan hatinya dan Ramadhan menyucikan rohnya..

Beramallah kita mengikut kadar kemampuan kita masing2... Selamat berpuasa dan melakukan ibadat sebaik dan sebanyak mungkin. Mudah2an segala yg kita lakukan diterima Allah dan mendapat ganjaran untuk dijadikan bekalan kita di akhirat kelak.. amiin....

Monday, June 8, 2009

rambut kene cukur

nilah gambar terbaru elya..ambik masa dua hari nak botakkan...itu pun wat masa dia tengah tido nyeyak..he he..comel tak?

Sunday, June 7, 2009

Penyusuan susu ibu menurut pandangan islam

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

1. Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk
menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
2. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
3. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu
4. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.
5. Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
6. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

Elya sudah pandai meniarap..

Pagi tadi after letak elya depan tv sementara nak masak sarapan n basuh baju…tiba2 dikejutkan dengan good news yang semua mommy kat sana nak tgk perkembangan anak2 untuk da first time dapat baby..anak umie dah pandai meniarap..3bulan ++ itu pun abah nya bagitau sebab umie sedag sibuk didapur masak mee goreng ....gumbira tak terkiralah gamaknya…hari tu..elya pantang letak je terus nak menangkupkan badannya tapi tangan asyik tersepit ja..yelahkan this is the first time belajar meniarap..it’s ok..my baby u can try again..hopefully lepas ni adalah aksi2 menarik yang bakal ditayangkan depan umie n abah nanti…12.6.09 elya 4 bulan…

Saturday, June 6, 2009

kenduri aqiqah

Lama betul tak update blog ni…sebab tak da per yang best yang nak di share…hari ni umie elya nak cite pasal aqiqah…hari khamis pagi dah bertolak ke muar untuk persiapan buat kenduri aqiqah…esok pagi abah elya dah sibuk pi beli barang dgn atuk n nenek elya..kami tak ikut pun takut elya menangis so tinggallah umie n elya je kat umah..30 mei hari yang dinantikan oleh si puteri ku..majlis aqiqah dibuat lepas isyak..pagi dalam kul 11 pg ramai dah yang datang untuk merewang..bagus betul anak umie mcm tau2 je hari ini hari dia so asyik tido n tido je sampai kan makcik2 sedara tanya nak tgk baby tapi cik baby kita tido lak..petang tu dalam kul 3lbh umie elya bawa ke dapaur..ramailah yang dukung n ngandap puteriku sorang ni..tak nangis baik bebenorlah dia ni hari ni..umie pun bolehlah pi wat keje dgn senang hati..ptg dalam kul 6 umie dah mandikan elya sambil cakap2 ngan elya jgn nangis malam ni cukur jambul tau..jgn buat perangai ya sayang..elya mcm tau2 je sengih bukan main lagi..mlm tu majlis tahlil,berzanji n cukur jambul..umie tgu gak kawan umie nama dia masdiana alhamdulillah datang gak dalam kul 8mlm ngan suami..masdiana lama benor tak jumpa..dialah kawan masa diploma dulu kat utmkl..masa mula2 jadi roommate n housemate umie masa pindah umah sewa..kami kawan baik tak sangka gak suaminya orang muar tanjung agas..4.6 ni due dia bersalin..tak silap umie 10 orang housemate umie..7 orang dah kawen termasuk umielah n dan dah ada anak pun dalam masa terdekat dan ada gak tengah sarat masdiana n g-are.tak lama lagi melotops lah jadi ibulah ye hehe..hope u all dapat bersalin normal lah ameen..…lepas ni bolehlah bawa anak2 kalo ada yang nak wat reunion nanti..mst comel2 anak depa..hehe..lama tul tak jumpa rindunya..ek lupa nak smabung masa nak cukur jambul tu abah elya tersulah dukung elya n si puteri ni tidorlah dalam pangkuan abahnya..masa pak long nye nak potong rambut menangislah plak…nasib baiklah suaranya tak kuat biasa2 je..agaknya dalam hati kacau daunlah elya nak tido pun tak dapat…sian anak umei kene kejutkan masa cukur jambul..tapi apa2 pun suasana masa tu memanglah ramai orang padat gila umah..sampai makan pun ada kat luar sib baik ada meja…walaupun penat tapi umie bersyukur majlis yang diadakan berjalan dengan lancar sekali..nanti umie upload gambar baby elya yang dah botak..comel sesangat ahaks…

Sunday, May 24, 2009

Start buat EBM

Sebenarnya aku tak take note pun pasal nak bagi BF kat anak aku sebabnya tak tau info kebaikan mengenainya..so aku just tau dari nurse yang setiap kali wat check up mesti bagi informasi pasal BM..banyak lah web2 yang aku layari semata2 untuk mencari info mengenai susu ibu..cara penyimpanan susu,pemanasan, Breast pump yang ok dah banyak lagi… web yang best adalah susuibu.com…banyak info mengenainya aku dapat…Pengembaraan aku mencari ilmu breastfeeding bermula dari situ..so sekarang ni tengah nak cuba bagi elya guna botol takut2 nanti dah dapat kerja hati aku jadi resah bila elya tak nak botol..sekarang aku tengah nak buat EBMlah buat stok awal2…setiap pagi aku akan bagi anak aku minum susu guna botol sekali sehari..then lepas dah berjaya elya hisap guna botol baru bagi 2x sehari then lepas tu 3x sehari tapi malam aku akan bagi DF (direct feed) supaya ikatan kasih sayang umie pada elya sentiasa UTUH …mudah-mudahan usaha aku ini dipermudahkan dan tidak sia2…Ameen

Penyusuan eksklusif

Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama(tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun.
Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.

Mengapa 2 tahun?
Kerana enzim untuk menguraikan kandungan laktosa dalam susu hanya terdapat dalam badan bayi berusia di bawah 2 tahun.
Dengan kata lain, bayi tidak memerlukan susu selepas berusia 2 tahun.
Magisnya, komposisi & kandungan nutrien susu ibu berubah2 mengikut umur bayi anda (baru lahir, 3 bulan, 6 bulan atau 2 tahun…)
Bukan itu sahaja, kandungan susu itu sendiri berubah mengikut cuaca
Contohnya : lebih cair semasa hari panas/tengahari dan lebih suam/likat semasa sejuk..
Tiada tarikh luput, tiada racun, bahan penstabil dan pengawet
Susu yang dibekukan (EBM) berbulan bulan itu JAUH lebih baik berbanding susu formula yang dimanufacturekan oleh siapa
Menggunakan susu siapa/apa, diberi makan apa serta dicampur apakah

Doa dari saya utk semua ibu & bakal ibu, susukanlah anak kerana itu adalah hak mereka selama 2 tahun pertama. Amin.

Tuesday, May 19, 2009

elya kene injet

Hari ini aku n suami nak bawa elya pi injet untuk dos 2….kecian nya dia..nasib aku baik aku pi pagi tak lah ramai orang kat klinik so turn aku pun cepat..sementara tgu suami aku ambik ubat demam..nurse suh bukak baju baby nak timbang berat n tinggi..oklah naik 0.5kg je hari tu 5kg skrang 5.5 n tinggi 59cm..wah tinggi gak anak umie ni…lepas tu baru pi cucuk peha kiri…dalam hati debar gak sebab jarumnya bukan main panjang lagi..lepas kene makan ubat polio elya terus kene injet alhamdulillah sekejap je nangis tak macam hari tu masa umur 2 bln menangis sampai muntah…sekarang tak lagi muntah sebab anak umie dah makin bijak..balik je umah terus bagi makan ubat demam…jenuh gak aku n abg nak bagi elya makan ubat..atas bantuan akak aku yang ada 2 anak so senang lah gak kerja aku nak bagi ubat kat elya..esoknya badan elya mcm panas2 mungkin kesan injet semalam tak perlah asal tak panas sgt tak lah aku risau..malam tu meragam gak elya tapi kejap je..sekarang hati aku dah lega sikit sebab elya 5 bln baru injet lagi so taklah risau sgt ….

Saturday, May 9, 2009

Happy Mother’s Day

First time sambut hari ibu…terasa hari ibu amat bermakna bagi mereke-mereka yang telah merasai menjadi ibu buat pertama kali…memang besar pengorbanan seorang ibu..Hargailah ibu selagi masih ada.. Memang tak rugi apa-apa, malahan pahala berganda-ganda.

Siapa yang harus kuhormati yaa Nabi???
“Ibumu, Ibumu, Ibumu” jawabnya….
Selamat Hari ibu,mak ku yang disayangi…

Wednesday, May 6, 2009

Anak ummie dah pandai minum susu dalam botol

Hari ini after mandikan my baby elya, aku terus bagi dia minum susu dalam botol..alhamdulillah dengan batuan suami ku jugak sebab suami aku wat mulut elya pun ikut elya hisap taklah banyak Cuma 1 oz n half oklah tu sekurang2nya anak aku dah pandai minum.. bolehlah umie tinggal kan dia bila umie dah dapat kerja nanti..rupa2nya elya suka hisap putting pigeon warna kuning so kalu ibu2 yang pernah alami nasib sama mcm aku ni just using the right putting susu....masa mula2 bagi jenuhlah macam2 puting dah tukar tapi still tak nak..banyaklah aku tanya member2 ada yang cakap bagi waktu elya betul2 lapor tapi tak leh jugak..sian tgk dia melalak mcm kene pukul..aku pun tak sampai hatilah..teringat aku masa aku dapat interview cikgu tetap 28 april hari tu..sib baik adik aku yang keje jururawat cuti time tu tambah2 lagi kerja kat hosp sultanah aminah so senang aku suruh dia jaga jap…umah sewa dia pun dekat dgn tempat aku intw…masa aku tinggalkan my baby…aku mmg takleh focus je nak jawab exam insak n intw aku teringatkan je si elya…dah minum ke tak susu umie yang telah diperah..Kul 9am abis insak..aku kene pi intw lak..tgu gak suami kau kol tapi tak kol2 pun cuak gak kalu elya dah nangis nak susu…alhamdullillah turn aku intw no 4 tak lah lama sgt tapi pikir2 je baik aku change turn intw dgn calon intw yang lain..tapi aku mintak dulu permission dgn orang kpm..alhamdulillah dia bagi so aku tukar ngn dak cina perempuan turn dia nom 2..masa aku dah nak abis intw phone aku berbunyi..(vibrate) alamak mesti husband kol ni..abis je intw aku terus lari naik kete..elya dah nangis kuat ni tak leh pujuk..sampai je umah sewa adik aku apa lagi dengarlah suara anak aku melalak..sian nya..aku terus peluk n cium dia terus berhenti nangis..teresak2 dia dalam dakapan aku masa aku menyusukan anak aku..siannya..umie janji tak nak tinggalkan elya lagi..hu hu..Well, I think it would never be same breastfeeding to bottle feed, even it is the breastmilk.

That’s the day without my baby…….

Tuesday, May 5, 2009

Pengalaman bersalin

Hmmm… where should I start… I Cant sleep, cant sit, cant walk or stand for a long time, am very tired. Aku rasa tak best bila due date 9.feb.09 masih lagi tak da tanda-tanda nak bersalin..kecian suami aku asyik ulang alik jb n melaka baby tak kuar2 lagi..agaknya baby best duk dalam perut aku tak..Starting from 11 feb aku pi check up kat klinik..nurce bagitau kalu tak bersalin gak kene refer doctor.. aku masuk hospital sebab perlu di induce doctor said air ketuban kurang memandangkan date bersalin 9 feb tapi dah overdue so terpaksalah g hospital padahal aku tak rasa sakit pun waktu tu..bila masuk je wad bersalin second floor hati aku dah rasa tak sedap takut pun ada tapi aku wat selamba je sebab tak nak suami aku pun risau..suami ku sibuk menguruskan hal2 pendaftran sementara aku terpaksa ditahan untuk discan kandungan ku..heart bit ok,kedudukan ok..doctor said anak aku nya weight lebih kurang 2.89kg tak kecik n tak besar..dalam hati aku harap2 dapat lah bersalin normal..nasib baik kebetulan ada bilik kosong aku terus di beri ubat induce untuk pertama kali..kene tgu sampai 6jam untuk sekali induce..ubat pertama tak berapalah sakit aku boleh jalan2 lagi semetara tgu suami aku datang..aku sempat berbual2 dengan suami aku diruang tv..kul 9lbh mak n abah datang..mak sempat menjenguk aku diluar sambil berpesan kalu sakit sangat 2panggil nurse or doctor..kul 10lbh malam ubat kedua masuk..doktor bagitau ubat ni sampai kul 3pagi kalu tak bukak 3cm kene induce untuk 3kali..alhamdulillah kul 3pagi dah buka 3cm aku diusung oleh nurse masuk ke labor room..aku sempat mesej suami aku bagtau aku kat labor room doktor bagitau mybe awak bersalin kul 10 pagi..alamak lamanya aku nak tunggu sepanjang dalam labor room aku dengar tangisan baby lepas sorang 2 lahirkan baby dalam hati bila agaknya aku ni..telefon tak henti2 berbunyi aku tau suami aku yang kol..tapi aku tak boleh nak ambil phone sebab dah mula lah rasa contraction around 5.00 am..makin lama contraction makin menjadi2 sakit..kul 7 a.m aku dah rasa tersangat sakit aku panggil nurce..nurce check dah 9 cm..awak dah boleh teran ni..apa lagi dengan kudrat yang ada aku teran n dalam 2 orang doctor n seorang doctor pelatih tak henti2 bagi aku semangat..”bagus2 mastura,bila awak rasa nak teran awak teran..”aku tak mampu nak teran..tapi semangat aku kuat bila doctor bagitau anak awak dah nak lemas..apa lagi aku teran semahu2nya alhamdulillah aku lahirkan baby tepat kul 7.23 am..sejuk bila memandang bayi aku bila nurse meletakkan nya di dada aku..lepas baby dah bersihkan aku terus susu kan anak aku sebab aku tau khasiat susu ibu itu lah baik untuk baby..

Baru balik kampung...

Hari ini aku basuh baju banyak giler sebab semalam baru je balik dari kg, cuaca pun ok panas so nak basuh baju pun rasa best ..hari ni elya bangun kul 8 pagi..rasanya aku terlupa nak kerat kuku elya malam tadi yelah bila dia tidor senang sikit nak kerat kuku sebab dia dah tak sedar … mybe I’m so tired that night....malam tadi elya tidor awal biasanya kul 10 pm sleep tapi malam tadi kul 9..runtin harian elya dah tukar sedikit siang dah boleh tidor lama lah jgk..kalu kat kg masa tengah tolong mak masak tak nangis pun tau2 je umie dia ada kerja..sampai nenek pun puji elya kembang kuncup hidung dia sebab kene puji hehe..tiap2 hari pagi n petang suami aku rajin bawak elya pi tengok kawasan kg..tgk ayam, pokok rambutan yang semakin lebat tapis til muda lagi buahnya maybe masa aqiqah agaknya buah rambutan dah masak ranum yahoo tak sabar nak balik kg hehe,pokok kelapa serbat kat belakang umah..teringat balik masa aku mengandung bila balik kg suami mesti aku n suami akan kerjakan pokok kelapa tu..sampai botak buahnya..sebab aku suka minum air kepala rasa manis n isinya pun lembut...hehe…

3 months now…

Alhamdulilah Elya dah nak masuk 3 bulan 12 may ni... Pejam celik pejam celik dah besar dah anak ummie pada hal aku baru je bersalin.. Hmmm what can I say about this past 3 months? It was both happy and tiring to me. Happy sebab sekarang dah boleh tgk gelagat dia senyum, angkat kaki, ketawa bila tgk tv mcm dah faham , hisap jari,n now elya nak meniarap tapi yang paling aku takut n risau bila buka je sarung tangan elya mula gosok mate dia n aku takut kalu tercucuk mate ..sekarang baru nak mengiring..Penat terkejar-kejar nak buat semua benda membasuh,memasak ,mengemas , nak mandikan baby semua perlu dilakukan dengan cepat sib baik ada suami yang memahami..pendek kata bila dah ada anak ni jadual semua dah berubah he he tapi yang bestnya aku belajar menghargai masa yang terbuang sia-sia..setakat ni ..im stilll bf my baby orang kata menyusukan baby satu cabaran jgk.. All in all, it teaches me to be more patience
My routine, pagi lps subuh tak tidur balik sebab Elya dah bangun. Play with her and watch tv. Mandikan Elya then minum susu. She will sleep around 10am tapi Elya jarang tido siang. Paling lama kul 2.30 sampai kul 4pm tu pun jarang sgt. Then aku letak dia depan tv (IQ programme) whil e I do my work, masak ke buat keje ke apa ke. Kul 5 ptg baru mandi..alhamdulliah anak aku tak banyak ragamlah setakat ni.malam tido lama Cuma 2 or 3 kali je bangun nak minum susu ..setiap kali dia bangun aku pun terjaga sebab setiap kali bila anak aku dah tido aku doa supaya aku pun bangun bila dia terjaga..
Hari ni..aku nak pack barang2 sebab nak balik kampung (Muar)..tetiba je banyak sangat barang dalam kete bila dah bertiga..rasa nak beli kete yang lebih besar je (Honda City lee..hehe)..dulu berdua barang tak banyak sekarang bonet n tempat duduk belakang pun penuh dengan brg baby..pikir2 macam manalah raya yelah duk kampung mesti lama..ni baru je duk dalam 3 hari..