Thursday, May 20, 2010

Itulah yg Paling Manis...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Blogger Templates

Blogger Templates

Kanak-kanak mati tersedak susu..

lagi bayi meninggal kecuaian sape?..Lagi2 kes macam ni menimpa wanita yg berkejaya..tinggalkan bayi kat taska or kat pengasuh.Susah nak dimengertikan.Hati ibu mana yg tak sedih bila bayi yg dikandung selama 9bln 9hari meninggal dunia di bawah pengawasan org lain disebabkan tuntutan bekerja.Sedih jgk yelah tak tau nak salahkan sape sebenarnyer.Byk sgt dah kes macam ni belum lagi yg di dedahkan di akbhar..ada yg terjatuh terus tak leh jalan,ada yg cacat seumur hidup huhu sedih baca dlm majalah pa&ma,keluarga mmg ada dimuatkan cerita mcm tu..hati-hati lah wahai para ibu di luar sana sekarang mcm2 kes berlaku terhadap anak kita..

Blogger Templates

Blogger Templates

Tudung dari lycra selamat sampai

Alhamdulillah tudung yg dipesan mgu lepas selamat sampai menggunakan pos laju.Semalam tunggulah tudung tu dlm kul 11-12 pg tapi tak sampai2 ingatkan posmen hantor..hehe rupa-rupanyer dlm kul 3 ptg dengar bunyi kenderaan hon kat depan umah nampak je tertera van pos laju yes!yes!.mesti tudung yg di pesan telah sampai..tak sempat nak snap gambar kotak terus ajer koyakkan bungkusan tu dan sarung di kepala sgtlah teruja..cantek sgt..harga dlm rm65..saya bukan apa nak pakai utk duk umah dan kemas umah depan jer bukan bawa g memana pun hehe..sebab tudung ni senang sarung aje.dulu penah beli sekali kat pasar raya tapi cutting tudung pendek beza sgt dgn yg ini..nilah gambar yg saya ambik dari fb kawan masa diploma azie yg saya order dark brown igt nak beli yg hitam tapi tak der....sape2 nak beli leh ar join..hehe

Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, May 19, 2010

Layan deko plak..

Sentuhan dari rizalman copy gambar ni pun dari blog rizalman..bukan apa suka tengok cara dia design umah ni. Suka hiasan dalaman yg cantik,kemas dan tak serabut dgn barang2 hiasan..ala-ala moden.Suami saya pun minat ala2 moden ni cuma plan ajer sebab lom ada rezeki nak dpt umah ni. Tapi rasa nak wat sentuhan english sikit2 utk tambah seri orait gak..cuci mata sahaja.hehe..cantik sgt..

Blogger Templates

Blogger Templates

Tuesday, May 18, 2010

Elya

DSC01776, originally uploaded by Elya Darwisyah.

Blogger Templates

Blogger Templates

Mengapa susu ibu yg paling baik

Artikel ini ditaip semula dari majalah wanita keluaran mei-jun oleh Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar..

Saya hanya mengambil beberapa point yg penting utk dikongsikan bersama pembaca.Alhamdulillah saya telah pun berjaya menyusukan anak saya selama setahu 3bulan dengan susu ibu dan sehingga kini anak saya masih lagi menyusu susu saya. Disini saya ingin berkongsikan beberapa isi penting berkenaan dgn susu ibu.

SETIAP MAMALIA YG TELAH DIANUGERAHKAN DGN ORGAN MENGHASILKAN DAN MENGELUARKAN SUSU UTK ANAKNYA,SEHARUSNYA MAMPU MEMBERI ANAKNYA SUSU SENDIRI...

1. Dalam islam,terutamanya dizaman rasulullah s.a.w digalakkan ibu-ibu susu,iaitu ibu yg memberi susunya kpd anak org lain kerana tidak mampu berbuat demikian.

2. Anak yg baru dilahirkan mempunyai sistem ketahanan yg belum matang dan kajian tlh membuktikan khasiat susu ibu berjaya utk meningkatkan sistem ketahan tubuh dr sebarang jenis penyakit kerana susu ibu mengandungi protein yg diberi nama Neuclotide yg berjumlah sbyk 72gm/liter berbanding dgn susu formula /susu lembu walaupun byk protien tapi hanya mengandungi 32mg/liter.

3. Protein Neuclotide perlu membina dan mamatangkan sel2 darah putih jika kekurangan protein tersebut menyebabkan anak mudah dijangkiti penyakit dan susah utk sembuh biasanya demam.

4. Susu ibu pada waktu mlm lebih pekat jadi para ibu perlu mengaturkan dlm memberi mereka susu pd waktu malam..

itu yg dpt saya kongsikan sedikit ilmu mengenai penyusuan susu ibu kpd para pembaca semua. semoga kita dpt memberikan anak kita khasiat yg terbaik utk masa depan mereka.

Blogger Templates

Blogger Templates

Monday, May 17, 2010

Tetamuku datang lagi..huhu

Cik tikus masih berleluasa di umah saya..berbagai2 cara nak jerat cik ti ni tapi belum berjaya..dulu mmg pernah ada 2ekor cik ti di umah tapi sudah berjaya ditangkap oleh suami.Sekarang timbul masalah lagi cik ti seekor kecil sahaja mula2 mmg tak tau tapi bila tgk bawah gas byk sisa makanan yg dikumpulkan dicelah gas..Nampaknyer cik ti mengganas lagi..huhu..mmg kawasan kami tinggal byk tikus tak tau dia masuk dari celah mana?..saya mmg geli dgn cik ti..tanya jiran sebelah umah dia pun ada masuk..bila suami gi beli gam tikus ada satu kedai dah abis jual cuma tinggal kedai satu lagi..tapi kali ni jerat tak mengena lah plak..Semalam balik jb tgk2 tak der plak brg2 yg digigit oleh cik ti..nasib baiklah seekor kalo dua ekor lagi haru biru dibuatnyer umah..setiap kali nak masak mmg segala pinggan,mangkuk,kuali,periuk dibilas dgn air paip..my mom ajar..tkt air kecing cik ti terkena kat tmpt tu..huhu..bahaya..penyakit kencing tikus ni..hati-hati..

Blogger Templates

Blogger Templates

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bila layan lagu nasyid dari kumpulan raihan tetiba jer ingat perkara di atas..Betullah kita perlu beringat2 sebelum berlakunyer kemudian hari..semua amalan yg dibuat semuanyer akan di hitung..Setiap kita pasti akan ke Sana umah ke dua yg gelap..teringat masa hari tu jb dilanda black out..sehingga 2jam..tetiba jer dtg idea bagi tazkirah kat suami hehe..ni baru 2jam kita bergelap terasa panas,gelap dan tanpa perhitungan..tapi cuba bygkan di alam kubur bagaimana? azab kubur-cuma bayang kan melalui pembacaan..semoga menjadi panduan utk kita yg masih lagi bernyawa..Ya Allah Kau tempatlah mereka dikalangan yg beriman dan beramal soleh..yg masih hidup pergunakan kesempatan waktu yg masih ada utk bekalan di SANA...Ya Allah lorongkan lah aku serta kaum keluarga ku di jalan yg Kau redhai dan bukan jalan org2 yg sesat..ameen

Blogger Templates

Blogger Templates

spageti

Hmm saya mmg teringin nak wat spageti tapi lom mencuba insyaAllah dlm minggu ni akan dibuat..kelmarin jiran sebelah beri spageti sedap betul dia masak..tulah teringin nak wat sendiri lak..tengah mencari resepi spageti yg mudah,cepat dan ringkas dimasak,kurang pedas supaya elya leh join sama dan sedap..bila dah berjaya mgkin akan diubah suai utk menjadi lebih sedap..hehe

Blogger Templates

Blogger Templates

Baru balik kampung

Alhamdulillah..semalam tiba dengan selamatnyer walaupun waktu perjalanan pulang ke jb hujan lebat sgt dari highway sedenak till tol skudai..huhu sepanjang dlm keta berdoa sahaja..akhirnyer tiba kul 6.sampai tol jem plak byk kenderaan..Semalam g w-day sepupu suami teman sepermainan masa kecik..bln jun ni adalah lagi satu w-day..mgkin scholl holiday..so musim org makan nasi minyak tinggi..hehe..berat pun naik..cerita pasal anak yg sorang ni hmm dia setakat ni takdalh meragam bila balik kg..cuma malu2 ajer bila jumpa atuk dan nenek dan sepupu..lama sikit baru elya sesuaikan diri dia.Bila start dah jln haru biru jadinyer rumah kg luas seronok dia jejaln kat sana ummie dan abah berkejar2 cari dia nyorok dlm bilik sorang2lh,g dapur,g bilik air...tapi kita layan jelh dia..hehe.

Blogger Templates

Blogger Templates

Thursday, May 13, 2010

badminton ..

Layan badminton semalam sampai kul 11 lbh..alhamdulillah menang masuk separuh akhir..pasukan malaysia dah bersemangat balik..seronok tgk meka semua bersemangat kalahkan denmark..apa pun tahniah kpd pasukan badminton malaysia..TAPI yg sedihnya segelitir org melayu islam terutamnya penyokong adakah mereka sudah menunaikan solat magrib sebab slot perlawanan bermula kul 6ptg sehingga 11 mlm??yg wajib perlu dilaksanakan..

Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, May 12, 2010

baju baru Elya

Elya dapat baju baru..baju yg abah elya suka sgt kalo anak dia pakai..hmm..Kami sempat rembat satu seluar warna hitam dan satu lg tak tau jenis apa tapi mmg senag kalo elya pakai yg susah nya kalo dia berak ke sebab baju tu nak buka nyer payah so kami beli yg berbutang aje jenama kiko hehe...tadi pagi try pakaikan elya baju tu..muat jer tapi ada longgar sikit lagi ok if pakai long sleve nampak lagi sopan..

Blogger Templates

Blogger Templates

Tuesday, May 11, 2010

Tsunami Dosa..

Di copy dari blog isteri ustaz zaharudin..semoga kita dipelihara iman..

Dicatat oleh Ummu Husna on 9 May 2010

“Satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Meulaboh, Aceh, Indonesia, pada pukul 12.59 tengah hari tadi, menyebabkan penduduk di kawasan itu menjadi panik.

Pihak berkuasa segera mengeluarkan amaran potensi tsunami dan menasihat penduduk di Meulaboh menjauhi kawasan pantai sebaliknya pergi ke tempat lebih tinggi.” ( Bernama )

“Ya Allah, bantulah saudara kami di Acheh. Selamatkanlah mereka dengan limpah kasih sayang-Mu. Hanya kepada-Mu, Ya Allah..kami berlindung dan berserah..” saya memanjatkan doa tatkala membaca berita duka di atas. Kemungkinan Tsunami melanda bumi Acheh buat kesekian kalinya cukup menggerunkan rasa.

Bagai masih terbayang kedahsyatan tragedi menyayat hati yang pernah melanda rantau ini di penghujung tahun 2004. Ketika itu, saya dan keluarga baru beberapa bulan berada di Malaysia setelah 3 tahun hidup di perantauan, di bumi Jordan. Ribut Tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa. Memisahkan insan-insan tercinta dari kamus kehidupan di dunia.

Suami kehilangan isteri. Pasangan hidup, pergi tidak kembali. Anak-anak meratapi pemergian orang tua. Ibu ayah menangisi tubuh si anak yang tidak lagi bernyawa.

Bumi sebelah sini bagaikan dihentam letupan nuklear dengan beberapa kawasan di Asia terutama Indonesia, Sri Lanka dan Thailand, umpama ‘padang jarak padang tekukur’ apabila hampir sebahagian wilayahnya musnah sekelip mata ditelan ombak besar.

Lidah kelu untuk mengungkapkan. Hanya air mata yang laju menuruni pipi melihat rakaman di kaca tv . Menyaksikan keagungan Allah SWT di sebalik peristiwa sedih yang terjadi. Mendengar teriakan pilu dan sendu insan-insan yang diuji Allah dengan kemusnahan dan kehilangan yang bukan sedikit.

IKLAN MENGGODA
Saya cuba menghilangkan sedikit gelodak jiwa dengan menonton rancangan bercorak agama dari salah satu stesyen televisyen di Malaysia secara online. Sekadar untuk mencedok mutiara ilmu yang mungkin boleh saya manfaatkan buat peringatan diri sendiri dan keluarga.

Ketika itulah, hati wanita saya yang sedia sedih semakin pedih. Akan tetapi, hati muslimah saya lebih terasa peritnya. Tumpuan saya kepada rancangan yang sedang ditonton sangat terganggu oleh satu iklan komersial yang muncul. Aksi artis wanita yang dipaparkan di dalamnya sangat menjolok mata ! Pakaian yang disarung ketubuhnya terlalu sendat dan ketat. Menonjolkan ‘perhiasan dalaman’ seorang wanita yang sepatutnya ditutup dari tatapan mata jejaka.

Sesuai dengan tema iklan yang dilakonkannya :

“Serlahkan gaya kewanitaanmu, mempersona, yakin bergaya”

Dengan gaya ranggi diiringi cara jalan berlenggang lenggok ke sana sini. Ditambah pula, pakaian ketat yang memperlihatkan susuk tubuh. Sungguh menggoyahkan iman lelaki.

Jiwa dan naluri keperempuanan saya meronta-ronta untuk berkata. Patutlah, ada seorang teman mengesyorkan saya menulis sesuatu berkaitan perkara ini.

Saya pasti sesiapa sahaja yang pernah menyaksikan artis tersebut di dalam iklan komersial berjenama kosmetik terkenal anak tempatan ini, akan gelisah dan resah oleh aksi pakaiannya yang keterlaluan.

Sayang sekali bila mengenangkan pemilik jenama kosmetik berkenaan yang diwarwarkan telah berubah ke arah kesempurnaan menutup aurat, malah berpurdah. Sewajarnya, perkara ini sentiasa mendapat perhatian dan berada di dalam pengawasannya agar kebatilan tidak bercambah bersama hasrat murninya untuk membangunkan ekonomi ummah, terutama kepada warga kurang berkemampuan di desa-desa.

Tidak sanggup rasanya membiarkan artis wanita itu terus-terusan dijadikan bahan pelaris barangan. Mengenangkan betapa banyak hati-hati yang telah hitam dan kusam dengan melihat gaya manjanya. Itu belum lagi ditambah dengan sembang-sembang separuh lucah lelaki kurang beriman yang pernah saya temui di satu laman forum berkait iklan menghairahkan ini.

Meluat dan cukup benci saya membacanya!

MEMBANTU YANG ZALIM
Biarpun saya maklum, ada pihak yang melahirkan rasa kagum dan gembira dengan kekuatan iklan tersebut yang dikatakan bertaraf dunia dan setanding dengan iklan berjenama antarabangsa, namun ingatan saya lebih kuat terhadap pesan Rasul Mulia :

‏حدثنا ‏ ‏مسدد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏معتمر ‏ ‏عن ‏ ‏حميد ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قا‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏انصر أخاك ظالما أو مظلوما قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما قال تأخذ فوق يديه

Maksudnya : “ Bantulah saudaramu yang berlaku zalim atau yang menzalimi. Sahabat berkata: Ya Rasulallah,kami membantu orang yang di zalimi,tetapi bagaimana kami membantu orang yang zalim. Sabda Rasullullah: Halangilah kezaliman yang di lakukan oleh mereka.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis, Rasulullah SAW menganjurkan seorang Muslim agar membantu saudara Muslimnya, baik ia seorang yang sedang dizalimi atau ia berada di posisi sedang menzalimi. Lantas, apabila memperkatakan tentang iklan ini, ia bagaikan menyeru :

“Bantulah saudara seislammu yang sedang lemas di lautan nafsu dan pimpinlah mereka menuju jalan yang diredhai Allah dan Rasulmu.”

Orang yang zalim adalah orang yang menyimpang dari kebenaran.

Justeru, apa yang dilakukan oleh artis wanita Melayu beragama Islam di dalam iklan tersebut adalah satu bentuk kezaliman yang sedang berlaku.

Dia seolah-olah sedang menzalimi dirinya sendiri dengan memperagakan aurat yang wajib ditutupi. Dia mengingkari suruhan Allah dengan menayangkan secara percuma tubuhnya yang mengiurkan mata keranjang lelaki tidak bertaqwa.

Begitu juga dengan syarikat yang bertanggungjawab mengkomersialkan iklan ini untuk meraih keuntungan. Mereka tanpa sedar sedang melakukan kezaliman dengan memperdagangkan aurat seorang Muslimah. Menaja kemungkaran dengan menggalakkan kecantikan wanita dipertontonkan tanpa batasan dan rasa bersalah.

“Keuntungan syarikat mereka di ketika itu menjadi syubhah dan sebahagiannya menjadi haram terus akibat dari iklan tersebut” kata suami apabila saya bertanya berkenaan hal terbabit walaupun tidak pernah melihat iklan yang dimaksudkan.

PERANAN
Seorang muslim seharusnya menyukai untuk saudaranya apa yang di sukai bagi dirinya. Kerana itu, perlu diperhalusi hadis ini sebaiknya agar manfaat dari sikap mengambil berat dan membantu orang yang zalim dan menzalimi dari saudara seakidah ini terzahir dan nyata kebaikannya buat semua.

Allah dan Rasul-Nya bukan sekadar menganjurkan kita untuk berkongsi kebaikan dengan saudara seislam kita dari segi material semata-mata. Akan tetapi, kebaikan yang paling besar dan wajib di kongsi bersama adalah hidayah Allah dan kefahaman islam yang mulia.

Lalu, di dalam hal ini, bagaimana caranya dapat kita membantu?

Pada saya, perkara pertama yang dapat saya dan kita semua lakukan ialah dengan menyampaikan nasihat dan peringatan kepada pemilik syarikat Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim, yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan ini di bawah jenama ST Beauty, D’Folia Coffee. Saya sedang berusaha dan untuk mendapatkan alamat emel atau apa-apa sahaja medium perhubungan yang dapat menyampaikan terus peringatan ini kepada beliau, tetapi masih belum berhasil.

Saya maklum akan kebaikan yang terkandung di dalam produk yang diiklankan, iaitu untuk kesihatan dalaman wanita, akan tetapi biarlah promosi dan iklan mengenainya bersih dari sebarang paparan aurat wanita Muslimah, apatah lagi menggunakan artis yang terkenal dengan gaya seksi dan mengiurkan sebagai daya tarikan.

Keuntungan dunia yang bercampur dosa dan dan maksiat akan menghilangkan keberkatan dari Allah. Ingatlah, pelaku dosa yang tidak bertaubat sebelum hayatnya tamat dan kembali kepada Allah, umpama besi yang akan ditarik kepada ‘magnet’ api neraka Allah SWT di akhirat kelak. Na’uzubillahi min zaalik.

Rasulullah SAW menegaskan di dalam satu hadis :

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال : ” كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما ، فقال : ( يا غلام ، إني أُعلمك كلمات : احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سأَلت فاسأَل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله ، واعلم أن الأُمة لو اجتمعت على أَن ينفعـوك بشيء ، لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء ، لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف ) . رواه الترمذي وقال :” حديث حسن صحيح “.وفي رواية الإمام أحمد : ( احفظ الله تجده أَمامك ، تعرف إلى الله في الرخاء يعرفك فـي الشدة ، واعلم أَن ما أَخطأَك لم يكن ليصيبك ، وما أَصابك لم يكن ليخطئك ، واعلم أَن النصر مع الصبر ، وأن الفرج مع الكرب ، وأن مع العسرِ يسرا

Maksudnya : “Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah*, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu**. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”

Dan didalam riwayat imam Ahmad: “Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senggang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan.”

TSUNAMI DOSA
Justeru, saya menyeru kepada mana-mana pengedar, stokis atau kedai-kedai barangan kosmetik yang menjual jenama dari syarikat ini yang membaca atau terbaca tulisan ini agar memanjangkan kata-kata saya kepada beliau. Begitu juga kepada pembaca blog saya yang mengenali mana-mana pihak yang menjadikan kosmetik kecantikan sebagai barang jualan, agar dapat menitipkan kata-kata nasihat buat mereka supaya lebih berhati-hati dalam perniagaan dan tidak melanggar batas-batas syari’at demi mendapatkan habuan dunia yang sementara.

Insafilah, Tsunami besar pernah melanda. Dan tidak mustahil ia akan melanda lagi dengan impak yang lebih besar dari sebelumnya.

Ambillah semua itu sebagai ingatan dari Allah Yang Maha Berkuasa. Tsunami dosa manusia telah terlalu banyak menyelubungi dunia. Tidak hairanlah, Allah mendatangkan musibah sebagai peringatan dan penghapus dosa yang melata.

Telah begitu banyak tanda-tanda Keagungan Allah dari peristiwa Tsunami yang sulit diingkari oleh pandangan mata, pendengaran telinga, dan penilaian hati manusia yang masih berfungsi.

Hanya hati-hati yang buta saja yang masih tegar mengingkari ayat-ayat Allah. Bahkan andai berlaku bencana yang berganda dahsyatnya dari gelombang Tsunami yang pernah berlaku, hati-hati mereka akan tetap keras, lebih keras dari batu yang pejal kaku. Firman Allah SWT :

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Maksudnya : “Karena sesungguhnya, bukanlah pandangan mata itu yang buta, akan tetapi yang buta adalah hati yang ada di dada.” ( Surat Al Hajj ayat 46 )

Dan firman-Nya juga :

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاء وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّهِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya : “Kemudian setelah itu hati-hati kalian menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras dari itu. Padahal di antara batu itu ada yang mengalir sungai-sungai darinya, dan di antaranya ada yang terbelah lalu keluar air darinya.” ( Surat Al Baqarah ayat 74 )

Benarlah kata-kata Allah Yang Maha agung.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Elya fesyen bertudung...

Petang ahad boring2 suka mengayakan fesyen utk si kecik ni..elya dok pakai tudung..Mmg umur macam ni byk perkara yg diserap oleh kanak-kanak. Mereka belajar dari pemerhatian..sebab tu kalo benda yg negatif pun mereka buat sebabnya pengaruh ngatif kat tv terutamanya mmg senang nak ikut..mmg amanah yg Allah bagi kat kita mesti dilaksanakan dgn baik terutamnya hak anak..mcm mana kita jaga mereka,beri kasih sayang,pendidikan agama dan dunia mcm mana kita nak seimbangkan..masa bwh umur 7tahun,then meningkat dewasa bagaimana acuan nya pula..byk tangugjawab kita belom lagi soal mencari rezeki sumber yg halal..sekecil-kecil pun mmg di ambil kira dalam islam..rugi if kita tak memahami dan menghayatinya..fikirkanlah..

Blogger Templates

Blogger Templates

Nasi goreng mak

Wah lama sudah tidak ditempek resepi dlm blog ini..Hari ni saya masak nasi goreng biasa aje..selalu nasi warna hijau tapi skrg warna merah..sebab letak cili blend..ingt dulu waktu sekolah mak mmg suka masak nasi goreng ni...before g sekolah mesti bawak bekal almaklumlah org susah..hehe.bahan-bahan nak wat nasi goreng mmg simple jer

4bwg kecik,3 bwg putih dan ikan bilis-ni tumbuk,cili belend dan sos tiram..semangkuk nasi ptih,garam,aji dan sayur kobis serta telur..

cara-cara
tumis bahan tumbuk sehingga wangi,then letak cili blend lepas npk cam dah garing buh garam,aji dan sos tiram..lepas tu letak nasi putih,gaul sebati then pecahkan telur dan masukkan kobis..siaplah..yummy!!

Blogger Templates

Blogger Templates

Friday, May 7, 2010

Mia Sara Nasuha budak comel

anak buahku noraina batrisyah..

mia sarah nasuha

Kul 630ptg mesti terpaku di depan tv tengok citer mmm adamaya mcam adhamastura jerk..kihkihhh..bukan nak tgk citer sgt tapi suka tgk budak comell ni name dia mia sara nasuha betul ke@ dalam citer tu amani..tgk dia ckp very polite dan serak2 basah aje..suami kata wajahnyer mirip tak tumpah dengan anak buah ku yg sorang ni nama dia nor Aina batrisyah..betul ker?anugerah allah..

Blogger Templates

Blogger Templates

Bacalah Al-Quran

Ramai antara kita menyimpan sekurang-kurangnya senaskah al-Quran di bilik masing-masing. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja daripada bilangan yang ramai itu menjadikan alQuran sebagai bacaan harian. Sebahagian daripadanya mungkin sudah berbulan-bulan tidak menyentuhnya dan mungkin ada juga yang hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat sahaja.

Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sebagai perhiasan sahaja. Sebagai muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran membaca al-Quran. Tetapi mungkin kerana kelemahan kita untuk menguasai bahasa arab menyebabkan kita tidak tertarik untuk membaca sesuatu yang kita tidak faham.

Kebaikan membaca al-Quran sangat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga.

Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (hari Tirmidzi)

Mungkin tidak ada masalah untuk membaca al-Quran pada masa iman tengah naik. Tetapi untuk menjadikannya sebagai rutin harian mungkin agak berat. Iman itu ada pasang surutnya. Antara cara mendorong diri supaya konsisten membaca quran ialah:

1. Jangan simpan quran di tempat yang sukar dicapai. Letaklah di tempat yang selalu anda lakukan kerja atau di tempat yang senang dilihat supaya anda tidak lupa dan senang terdorong untuk membacanya. Contohnya anda boleh menyimpan quran di atas meja belajar, sebelah komputer atau di kepala katil anda. Lebih mudah jika di simpan di tempat yang tidak memerlukan anda bangun dari kerusi anda. Maknanya simpan dekat dengan tempat anda duduk dan dalam capaian anda.

2. Jangan letakkan target yang luar biasa. Jika anda jarang-jarang membaca quran, sudah cukup baik jika anda ‘aim’kan untuk membaca 7 baris ayat (setengah muka surat) setiap hari. Jangan sekali-kali cuba untuk membaca seberapa banyak ayat yang mungkin (jangan tertipu dengan semangat), tetapi berusahalah untuk melaziminya setiap hari walaupun sekadar beberapa ayat. Anda tidak dikira benar-benar berjaya jika mampu membaca 7 baris ayat tersebut, tetapi kejayaan yang sebenar ialah apabila 7 baris ayat itu sebati menjadi bacaan rutin harian anda. Setiap orang boleh meletakkan target masing-masing berdasarkan kemampuan diri.

3. Bermulalah dengan surah yang anda minati. Jika anda tidak tahu surah apa yang anda minat, saya syorkan anda mendengar (mp3) bacaan surah Yusuf oleh Syeikh Saad Said al-Ghamidi. Dapatkan ‘feel’ daripada alunan bacaannya. Kemudian bacalah bermula dari surah tersebut dengan menggunakan alunan lagu yang sama.

4. Bagi yang belum lancar bacaan, gunakanlah sedikit duit untuk membeli vcd bacaan quran yang mempunyai visual ayat dan audio bacaan. Software ini sangat membantu untuk kita mengenal pasti cara bacaan yang betul. Rujuklah software ini apabila bacaan anda tersangkut atau anda tidak yakin bagaimana cara sebutan yang betul.

5. Kadang-kadang kita ada keinginan untuk membaca quran. Tetapi keinginan itu terbantut disebabkan rasa malas untuk ke bilik air mengambil wudhuk. Barangkali sejuk untuk membasahkan diri. Lawatilah www.quranflash.com. Gunakanlah paparan quran yang cantik itu dengan sebaiknya. Anda tidak perlu bersusah payah untuk berwudhuk terlebih dahulu. Anda juga boleh membacanya pdaa bila-bila masa sahaja. Apa salahnya jika meluangkan sedikt masa anda di depan komputer untuk membaca quranflash ini. Untuk pengetahuan anda, setiap kali anda melayari quranflash, ia akan membuka paparan pada muka surat yang sama seperti mana ketika anda menutupnya. Jadi anda boleh melanjutkan bacaan anda secara konsisten sehingga surah yang anda baca itu tamat.

Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah untuk sentiasa mendengar, membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

p/s: Tahukah anda, masa yang diambil untuk membaca satu muka surat (15 baris ayat) dengan kadar (kelajuan) bacaan yang normal hanyalah 4 minit sahaja. Maknanya hanya 2 minit sahaja diperlukan setiap hari untuk membaca separuh muka surat daripada quran.

http://danialle.blogspot.com/

Blog berubah wajah..

Blog saya sudah berubah wajah tapi still 3columm yg berubah design dan warna..npk lebih bersahaja not formal..hehe..coretan pun bersahaja..hope enjoy this blog..dulu warna ungu + pink skrg biru,pink dan putih...i like both of it..

Blogger Templates

Blogger Templates

Thursday, May 6, 2010

Ibu segala-galanyer

Pic ni di cedok dari 'fb' member merangkap roomate masa kat uthm..Mmg benar ibu bagi segala-galanyer adalah 4 perkara tersebut sebab tu kalo kita byk bercakap byk pulak kesalahanyer better kita diam dan bercakap if perlu..dan lagi 3 perkara tu faham-faham sendirilah sebab nya nak terangkan pun mcm tak perlu..ayat nyer sudah lengkap..

Blogger Templates

Blogger Templates

Bersiar-siar dipetang hari sabtu..

mungkin hari2 minggu mmg tak sah kalo tak kuar bawa elya if suami saya ada free...Biasa petang2 kitaorg kuar pi makan abc utk basahkan tekak dan pi tasek utm bagi ikan makan..tu kadang2 kalo kami ada roti yg expired..hehe. Elya kalo dulu asyik berdukung tapi skrg dah jalan kami lepaskan suh dia jln sendiri sambil2 tu tgk kalo tersalah lajak g kat area rumput..jalan pun dah semakin laju cuma kdg2 jatuh biasalah..Ummi nya sgt risau kalo jatuh tersembam hehe ngerinye...nilah aksi elya berjalan di dlm rumah dan di tasek..

Blogger Templates

Blogger Templates

Hari Ibu

Tanggal 9 mei adalah hari ibu apa yg saya nak bagi kat mak saya nanti..cuma doa semoga mak sentiasa dlm keberkatan dan rahmat dari Ilahi..mak minta maaf kalo sekiranya tlh melakukn sesuatu yg sengaja atau tak sengaja..huhu..hope mak sihat hendaknya..kepada ibu2 dan saya jg yg telh punyai anak dan bakal ibu.."selamat hari ibu"..

Belaian Ibu
Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, May 5, 2010

Selamat sudah ziarah

alhamdulillah..sempat kami singgah menziarahi kawan yg telah kematian suami hari isnin lalu..kami bertolak kul 4 dan sampai kul 6..jenazah tiba kul 6.15 dan terus disembahyangkan..sempat jumpa dan memberi semangat kat kyra..supaya lebih kuat iman menghadapi ujian.. allah hanya pinjamkan kita sebentar sahaja..semoga arwah ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman ameen..

Blogger Templates

Blogger Templates

Monday, May 3, 2010

Berita pagi tadi

Belum pun sempat saya memandikan elya..tiba2 dikejutkan dengan kematian suami seorang sahabat baik saya masa belajar diploma dahulu di utmkl..Inalillah..siapa-siapa pun tidak boleh melelawan takdir dari Dia kita dihidupkan dan dari Dia juga kita di kembalikan..Semoga rohnya dicucuri rahmat..al-fatihah..

Blogger Templates

Blogger Templates

Thursday, April 29, 2010

Resepi lagik

Memang dah lama nak tempek gambar resepi asyik snap gambar tapi tak upload dalam blog ni..Kali ni nak cerita mengenai resepi masak kueh tiew basah,mee goreng dan kari ayam hehe..

Resepi Kueh tiew basah

Bahan-bahan:
udanng sikit,kueh tiew agak2,4ulas bwg puti,3ulas bwg merah,cili blender,ikan bilis sikit,sos tiram,sos cili,kicap masin,tauhu putih,telur 2bijik,sawi,garam,aji dan air,

cara:
tumbuk segala bwg,ikan bilis..panaskan minyak masukan bahan tumbuk bila agak garing masukan cili blend,pastikan cili betul2 masak,then baruh bubuh sos tiram dan sos cili,letak garam dan aji,then letak udang goreng sebentar baru taruk ayer dan sawi..bila dah didih bubuh kueh tiew yg tlh dibasuh..pecakn 2biji telur tunggu sebentar then padamkn api.siap..

kari ayam

bahan:
ayam separuh potong ikut suka,(sedikit biji ketumbar,4biji bwg putih,6ulas bwg kecik,seinci halia,cili kering)diblend,air asam jawa,kentang dibelah 4,rempah kari daging adabi,air,santan kelapa,gram,aji

cara:
masukkn 4sudu mkn rempah adabi dlm bahan yg diblend then watkan pes.panaskn minyak tumis bhan pes sehingga garing.bubuh air asam jawa,letak kentang tgu sampai kentang empuk,agak2 dah empuk masukn ayam yg telah dipotong dan dicuci bersih.bila dah masak baru letak santan kacau sehingga mendidih..siap utk dimkn.

mee goreng ni dah ada kot resepinyer..

Blogger Templates

Blogger Templates

Baju baru elya

Wah elya pun abah belikan buah tangan masa balik dari kl..Baju baru byk baju tidor sebab baju tidor lama byk yg dah sempit2 seksi lak nanti elya pakai hehe. Satu baju lagi dibeli oleh pak su cantik gak. For ummi abah belikan crosstich sajer jerk abah beli boring-boring saya watlah kraf kan.hehe tapi belum wat lagi..buku crosstich ada beli tapi just bukak dan tengok2 belum lagi sempat nak belajar..hehe

Blogger Templates

Blogger Templates

Barang IKEA..

Deko-deko lagi rumah sewa kami.Seingat sayalah masa mengandungkan elya first time menjejaki Ikea kat area damansara masa tu ngandung 5bulan. Penat gak membawa baby dalam perut jln area ikea kejap-kejap duduk ajer.Tapi kali ni cite mengenai barangan ikea yg dibeli sedikit utk kami anak beranak.Saya tak ikut pun sebab masa tu kakak hampir due bersalin kerana mak n abah saya gi oversea (australia)g honeymoon trip hehe. Nilah sebahagian barangan ikea yg suami sempat membeli jug dan gelas,lilin wangi serta cermin utk hiasan.Sampai jb terus deko2 umah sikit..hehe..Satu lagi suami sempat beli 2pasu bunga berwarna putih..sebab apa nak hias laman lak nak penuhkan laman ngan pokok2 bunga..nanti saya uploadkan gambar nyer

Blogger Templates

Blogger Templates

Menjenguk sebentar

salam..lama sudah saya tak menjenguk blog ni..uhuk..uhuk..patut lah dah berabuk..hehe..masa ni nak pulun cerita kat blog ni..semalam baru lepas interview kpli.Nak cerita skit kat sini.saya intw kul 10pg kat ipg jb nak jadikan cerita saya sorang jerk yang bawa anak yg lain mcm single jerk lagi..Suamilah yg layan si kecik ni..Sebelum masuk itw mmg duk borak2 dgn kawan-kawan baru mmg sifat ni peramah sikit makcik2 pun saya tegur hehe..Sayalah org pertama yg akan dipanggil intw. Sebelum tu sesi itw by group topik mengenai masalah gejala sosial semakin berleluasa dan cara mengatasinyer..Byklah digoreng oleh kami semua dan sebagai mahasiswa kenelah fikir sematang-matangnyer tak leh fikir cam budak-budak..Hampir 30minit abis utk sesi tu. Intw individu sayalah org pertama dipanggil sedikit nervous tapi bila dah start, nervous kurang dah..Panel suh perkenalkan diri,pengalaman ngajar,kos yang diambil dan bersediakah anda mengajar dipendalaman..Soalan last tu lebih santai dan hanya borak-borak mengenai posting..tu aje..Sebelum tu saya dah penah itw dpli ni lain sikit lebih praktikal mereka suh buat mikroteaching...tapi rezeki tak menyelebihi saya waktu tu pregnant..tak perlah mungkin ada hikmahnyer..terima kasih pada suamiku yg tak jemu2 menjaga elya sepnjg sesi temudaga berlansung hampir 3jam..huhu

Blogger Templates

Blogger Templates

Monday, April 19, 2010

alhamdulillah..dpt gak interview kpli kali ni

Lama nyer tak update blog ni.Alhamdulillah tahun ni dpt gak interview kpli ni.3x ambil tahun ni rezeki saya dlm kos pendidikan khas.Skrg ni duk prepare utk intw lak.Ingatkn mcm tak dpt sebab ujian hari tu bahagian analitikal susah gak tapi tak sangka dpt lah..Syukur alhamdulillah.Harap-harap dptlh jd pendidik suatu hari nanti..ameen

Blogger Templates

Blogger Templates

Tuesday, April 13, 2010

Cerita origami lagi..

Origami ni telah dikumpulkan since mgu lepas lagi..Bila elya tidor umminyer sibuk membuat origami ni. Then saya letakkan didalm balang khas.Cantik bila dikumpulkan.Origami burung dan ikan..rerama tak buat lagi nantilah kalo ada masa..kertas ni beli di mph jj taman U dah siap potong empat segi sama..hehe sebab kusangat malas utk memotongnyer menjadi kertas segiempat sama.ni pun cadangan dari suami hehe..thanz suamiku..

Blogger Templates

Blogger Templates

Ayam masak Lomak cili api...

gambar dalam periuk..hehe

Semalam menu kitaorag adalah masak lomak cili api..Suami makan bertambah nampaknyer.Sedap ker..hehe. Tapi biasanyer masak berkaitan dgn santan lemak manis ni saya jarang memasak. Itupun kalo rasa macam nak makan masakan berkari barulah masak. Kari ayam or daging suami kata dah pass. Cuma kuahnyer kene pekat sikit.Tapi saya suka masak lemak kari udang mak mentua buat.Best sgt..memang mak mentua bab kari dan apa jua jenis masakan mesti expert.hehe..seganlah menantunyer sebab tak pandai masak.. Nilah antara bahan masakan utk membuat ayam masak lomak cili api

Bahan-bahan:

separuh ayam dipotong ikut suka
5ulas bwg merah
15 biji cili api-pedas dah ni(^_^)..
2btg serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
daun kunyit
sebijik kelapa-ambil santannyer

p/s: kene kacau sentiasa agar tidak pecah lemaknyer