semalam sempat masak udang masak kari guna santan kotak..yg baik utk kesihatan zero kolestrol..hehe sekarang umur dah nak masuk 30thn lagi dua tahun lagi, dah tak lama dah sedar tak sedar bulan dua tahun depan elya genap 2tahun mcm terasa cepat sgt masa berlalu..dan sekarang plan nak dpt baby kedua lak..tak tahu lah moga2 ada rezeki kami tahun depan dengan izin Allah..tak kisah lelaki ke perempuan yg penting sihat walafiat..jiran sebelah dah tanya bila nak menambah anak..hehe..nanti umur dah 35thn dan ke atas dah susah nak mengandung then if di beri rezeki anak pada umur atas 35tahun confirm cepat sgt penat..ni berdasarkan pengalaman kakak dan jiran saya..akak saya bersalin anak bongsu umur dia dah 37tahun..huhu dia gtau seperti bersalin anak pertama..sakit..huhu..tapi tak per dia bersalin normal dan lagi satu risiko terdedah kepada penyakit darah tinggi dan kencing manis mmg senang nak dapat umur atas 35tahun..terlanjur bercerita pasal anak lupa lak nak gtau..mak mentua saya masak kari udang mmg best sgt2..try gak tapi rasa lain..suami saya kata lain rasa tapi dua-dua sedap..hehe sama jer resepi masak kari ayam cuma yg perlu di ubah adalah rempah kari daging bertukar kepada rempah kari ikan..hehe
Wednesday, July 21, 2010
udang masak kari..

anak sapa lah rajin bebenor ni..
tgk tu video si elya bukan main lagi kalo dpt pegang kain mmg keje dia mengelap ajer lantai tapi kain tu utk kesat kat mulut tapi dia duk kesat lantai hehe sgt2 kelakar tgk gelagat elya ni memamcam dia nak try..Mmg betul anak-anak umur seperti elya cepat betul menangkap apa yg kita selalu buat..sekarang ni asyik main dengan lidi penyapu jerk bawa sampai ke depan lak tu..tapi bab mengemas dan gemburkan barang bagi elya....
gelagat elya dlm keta
huhu tgk tu masa nak balik ke jb adalah 4 or 5 kali pass elya dekat abah dia..rasa risau yg amat tgk budak kecik ni sebab nak duduk di atas riba abah dia..saya bukan apa tkt abah elya tak leh nak kawal stereng keta tapi setakat ni ok tak der masalah cuma tu lah kdg2 kalo kita manjakan sgt nanti naik tocang..saya kdg2 ada gak marah sikit kat elya nak pujuk supaya dia kembali dekat riba saya, upah bagi dia pegang gula-gula or air vitagen tapi sekejap jer lepas tu tak leh duk diam2 dlm keta..mmg sgt2 susah..tapi nilah bila anak semakin membesar mmg tak leh duk diam ada jer keja dia sekejap ke bawah sekejap nak duk riba..mcm2..(^-^)..tapi nasib baik masa bawa abah dan mak mentua ke kl dan pulang ke muar mmg tak der masalah elya tidor so senang keje saya..sikit2 nangis tu adalah jugak..hehe
Sunday, July 18, 2010
gi KL
hari ni sempat mengupdate blog hehe..skrg berada di umah uteh..Alhamduillah majlis perasmian kedai kek dan pastry milik keluarga kak amy dan abg sham telah selesai..kawasan nya agak startegik semalam ronda-ronda kawasan tu sambil menyusukan elya yang dah nak tidor..Mostly if tgk byk gak kedai yg dah dibuka..semalam sempat gak singgah jaco beli donut hehe..esok nak balik jb..alhamdulillah elya tak lah meragam sgt cuma nangis2 tu biasalah budak kecik...bila jumpa kwn yg sebaya@sepupu qalisyah bukan main asyik dok gelak2 jerk..hehe
Thursday, July 15, 2010
Gadget baru abah elya..hehe

Gadget terbaru abah elya macbook pro 13inci..best2 semuanya best if ada money2 kui..kui..dulu masa mula-mula suami saya sibuk tanya pendapat nak beli kamera DSLR or macbook pro..dan sudahnya bila pi jj or angsana duk sibuk pi kedai kamera nak tgk2 if berkenan last2 fikiran dah berubah terjatuh chenta dengan macbook pro tu ..memandangkan laptop lama mcm hidup segan mati tak mahu so kesudahannya minggu ni seingat saya hari selasa suami dah bawa balik macbook pro..hehe cun sesangat best dari segi aplikasi dan keyboard..tapi saya lum cuba lagi penangan macbook pro..agak2 dah best guna, nak beli gaklah boleh ker bang?heheeee..(^o^)...gambar ni ambil dari internet sebabnya bila nak upload gambar dari hset asyik2 tertangguh..
Monday, July 12, 2010
Serbuk kunyit jadi mainan elya
masuk-masuk dapur je si kecik ni buka almari dapur ambil serbuk kunyit..kui..kui..boleh dikatakan setiap hari mesti ambik serbuk kunyit buat mainan sampai masuk bilik dan pegang hingga tertidur..bangun je tidur terus capai serbuk kunyit yg mmg saya letak dekat sebelah dia takut-takut menangis mencari perkara penting sgt dlm hidup elya serbuk kunyit mak ai jgnlah berterabur penat ummi nak lap semula..sebelum bagi elya pegang mmg saya dah tutup ketat supaya tak termakan oleh si kecik ni..Layan video si elya ngan serbuk kunyit..agak-agak dah besar leh jadi chef tak anak ummi ni..hehe
Petik buah rambutan
fuh berpeluh abah elya memetik buah rambutan pagi tadi utk bekalan ke jb..hehe..alhamdulillah tahun ni rezeki kami utk makan buah rambutan sebab tahun lepas rambutan di kampung kurang menjadi tapi tahun ni buahnya agak lebat..rezeki allah nak bagi pada manusia..bila fikir semula manusia mmg 100% tak mampu nak bagi rezeki walaupun hanya sekecil-kecil zarah pun semuanya milik Pencipta..Dia maha pemurah dan maha pemberi rezeki..syukur alhamdulillah..Kami pulang ke jb tepat kul 10pg dan sampai 12 tengahari..elya pun ketiduran sebab malam tadi dia susah nak tidor dlam kul 12 gak kot baru betul-betul tidor..Hope malam ni jgn lah jadi mcm hari tu seminggu balik kg dan seminggu pulak dia buat perangai di jb bila time tidor malam..nilah gambar yg sempat disnap semasa abah dan abang g petik rambutan belakang umah..si kecik pun join sekaki..hehe
Friday, July 9, 2010
Balik kampung
Today untill sunday kami balik kg melaka dan muar..rasanya dah sebulan tak jengok khbar berita dari sana..hopefully semuanya sihat hendaknya..moga-moga ibu dan bapa serta kami sekeluarga sempat menyambut ramadhan yg bakal tiba tak lama lagi..esok 27rejab..sesiapa nak berpuasa sgt2 dialu-alukan..sempena bulan rejab saya nak postkan sesuatu yg harus dikongsikan bersama iaitu peristiwa israk mikraj..dapat dari blog faizal.com..semoga memberi pengajaran pada kita semua ameen..
Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

link ni diambil dari facebook..thanz tinie yg link ka..utk tujuan dan masa depan anak-anak..
Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.
Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz.
Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD.
Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.
Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya.
Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.
Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup.
Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :
1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.
2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.
3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.
PANDUAN MENGAJAR
a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.
b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.
c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.
d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.
e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.
f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.
g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.
Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Wednesday, July 7, 2010
asam pedas ikan merah dan ikan masak asam
huhu lamanyer tak update blog..tuan rumah sanat-sangat bz..mcmlah saya bekerja.Tapi nak ikutkan if jadi suri rumah tak leh goyang kaki semua keje kene buat dgn cepat,kemas dan teliti nanti tambah2 lagi ada anak huhu mcm2 lah..agak2 kat rumah ni dlm 3 or 4 kali menyapu..mengelap..elya dah pandai nak pegang sendiri makanan..tak nak dah kami tlg suapkan..kecuali nasi stil saya yg menyuapkan makanan lain semua nak pegang sendiri..hehe..nak update terkini perkembangan si kecik dah update..cuma resepi ni jelah yg sempat di tempek gambar..
bahan asam pedas ikan merah
ikan merah saya suka ekornya
1 bwg besar,4ulas bwg kecik,4ulas bwg putih.seinci halia,kunyit,belacan(blend)
5sudu makan cili blend
air asam jawa secawan
3cawan air,gula,garam,aji
terung(belah dua),sebiji tomato belah empat
bahan ikan masak asam
4ulas bwg kecik,2ulas bwg putih,halia,serbuk kunyit,sebiji cili merah dan cili hijau (dihiris)
secawan air asam jawa
kicap masin,garam,aji..
Friday, July 2, 2010
Ayam masak merah dan sotong masak hitam
Hari ini sempat menempek gambar resepi ayam masak merah..lauk tengahari kami. Semalam lauk sotong masak hitam versi chef hanizah ambil resepi dlm buku resepi masakan johor okay gak..best.
bahan-bahan ayam masak merah
beberapa ketul ayam digoreng dengan kunyit dan garam
sebiji tomato(belah empat)
3 ulas bwg besar,4ulas bwg putih,seinci halia(tumbuk)
4sudu besar cili mesin
1bji bwg besar dipotong bulat
sos tomato
garam,gula dan aji
serai dititik
cara hidangan
panaskan minyak,goreng bahan tumbuk sampai wangi,then letak cili mesin kacau until cili dah garing,bubuh sos tomato,serai biarkan seketika..letak aji,gula dan garam..then baru letak ayam, tomato dan bwg besar yg dihiris
sotong masak hitam
bahan-bahan
beberapa ekor sotong dibesihkan
4ulas bwg merah,3ulas bwg putih,kunyit hidup,halia dan belacan(ditumbuk)
3sudu besar cili mesin
kicap masin
serai dititik
garam,aji,gula
sedikit air asam jawa
cara hidangan
panaskan minyak goreng bahan tumbuk until wangi,then letak cili mesin kacau until garing,then letak air asam jawa,biarkan didih,baru bubuh sotong,kicap,serai,aji,garam dan gula..siap utk dimakan dgn nasi panas-panas..
Thursday, July 1, 2010
Vitagen dan yakult

Sekarang ni elya dah suka sangat minum vitagen..Risau sgt sebab boleh ker budak setahun minum minuman ni..sebab manis.Then saya cari info pasal vitagen ni.Bila baca pasal benda tu terus lega sikit sebab setiap hari dlm 2 minggu ni bagi dia minum vitagen or yakult..huhu..apa-apa jenis perisa dia suka grape,orange,apple,calcium semua dia minum..hehe. Tapi sekarang kene had kan utk dia minum seminggu dlm 2x je bagi..huhu.Nilah info mengenai pengambilan vitagen utk kanak-kanak..
Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.
Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?
Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).
Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.
Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.
Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam
Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?
Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.
Tempoh hayat / Hayat simpanan
Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.
Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.
Corak meminum
Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?
Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?
Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.
ikan siakap masak merah dan mee goreng simple
Semenjak dua or tiga hari ni bz sikit dan nak update blog pun cam malas jerk..hehe..tak tau kenapa..mgkin tak der apa-apa nak share kat sini..hari ni rasa nak tempek gambar ikan siakap masak merah dan mee goreng simple...selalu kami dalam seminggu akan borong lauk kat pasar taman u..Kat situ mmg segar dan nak simpan ikan,sotong,udang or ayam dan daging mmg fresh tak terasa pun cam lain..saya sebenarnya dapat rasa if ikan or lauk yg dimasak cam tak segar rasa dia lain sgt@ tak shiok..sebab tu tak rugi g pasar once a week bawa si kecik ni hehe tapi si kecik tak boleh masuk pasar sebab kene teman suami dlm kete taulah kan kat pasar mcm2 bau ada..lagipun mmg crowded nak jln pun tgu clear baru jln tu pun kene cepat-cepat jerk..lagi satu kat pasar byk pilihan ulaman sprt pegaga,daun selum, kacang botor dan macam-macam lagi..so saya suka mkn apa2 jenis ulaman semenjak kahwin dgn suami yg suka makan ulam dari sayur biasa yg kene masak..hehe
Tuesday, June 29, 2010
Perkembangan elya 1year 4months
Bila anak dah masuk setahun lebih mula risau bila nak jalan,bila nak bercakap semua risau sehinggalah kami melihat sendiri perkembangan elya serta comparekan umur anak saya dengan carta perkembangan bayi alahmdulillah normal..tapi diingatkan ibubapa jgnlah terlampau stress bila anak lambat jalan dan bercakap sebab perkembangan bayi berbeza-beza mengikut genetik dan faktor persekitaran..lagi satu saya sempat berbual-bual dgn jiran sebelah umah..dia ada bagitau kalo org cina suka anak meka berjalan lambat dan bercakap pun lambat..tak tahu knp..cuma mgkin kepercayaan meka kot..sekarang ni apa yg elya dah pandai menguasai:
1) bila snap picture dia,dia dah pandai smile..hehe
2) bila kita ambil barang dari tgn dia,mula menangis dan merajuk untill kita pulangkan semula brg yg diambil or gantikan yg baru
3) bila merajuk tekap muka kat kusyen or pergi balik langsir sambil nangis
4) malam tidor kul 11 kadang-kadang kul 12pm
5) dah pandai mengemas barang masuk dlm casebox
6) pandai panggil abah, nyayi lagu iklan tv nespray ibu, dan iklan tv3 pandai sebut tiga je..
7) pandai salam
8) bila nak g jejalan duk senyap saya nak ikatkan rambut tapi duk dlm umah jenuh nak ikatkan rambut..wah dah pandai melawa kat luar..
9) suka main sorok-sorok dgn abah
10) suka minum vitagen,makan cokelat dan buah-buahan..sayur kurang
11) suka berus gigi..
12) pandai tendang bola dan baling bola kedepan
13) dah paham apa yg kita buat dia pun nak follow contoh masukan bwg dlm lesung batu, lap lantai dgn kain, menyapu sampah, tgk cermin, sikat rambut sendiri,minum guna cawan,selak buku or majalah, petik suis kipas,tv hehe..
enjoy ur phd my dear
Today suami saya memulakan perjalanan sebagai student phd baru register hari ni..Semoga perjalanan wat phd dipermudahkan oleh yg maha Esa..I'm will support you my dear. Buat phd memerlukan kesabaran yg tinggi dan ketekunan supaya hasilnya nanti dpt dimanfaatkan utk insan lain..
to elya: jgn kaco abah wat keje ya..(^-^)
Friday, June 25, 2010
Tag mengenai penyusuan susu ibu..
Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
Penyusuan susu ibu adalah mengenai penyusuan hanya memberi susu ibu kepada bayi yg baru lahir until 6bulan pertama sehingga umur 2 tahun..
Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
elya dah 1tahun 4bulan bermakna 1tahun 4bulan saya dah menyusukan sepenuhnya dgn susu ibu..alhamdulillah
Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
Di hospital besar melaka..hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu wanita menyusukan bayi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi “Sepuluh Langkah ke Penyusuan Ibu yang Berjaya”
Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?1jam 1 jam pertama selepas elya lahir dan dibersihkan saya diminta oleh nurse utk beri susu ibu walaupun hanya sedikit susu yg keluar..huhu rooming in tu bayi dan ibu terpisah sementara utk ibu yg memerlukan rehat..betul ke?kui..kui
Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.
2 hari pertama susu tak kuar sgt sikit sahaja..hari pertama elya nangis2 sebab susu tak kuar masa tu berada di hospital lagi so saya terpaksa bersengkang mata nak jaga dia sebab elya nak susu asi sahaja then 3hari berikutnya susu kuar banyak sampai bengkak..
Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
Bila susu dah berkurang tak semeriah masa umur elya 1-8bulan..Sekarang ni byk minum air masak utk tambah susu badan..
Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda ?
Baca dari blog lunatot, dan sahabat blogger lain marziah (full time housewife) dan najwa (ibu bekerjaya)..ambil panduan dlm majalah pa&ma ruangan laktasi dan web www.susuibu.com
Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
Saya surirumah sepenuh masa so tak pikir nak buat stok simpanan hanya direct feeding sahaja..hehe
Kenapa anda menyusukan anak anda ?
Sebab saya yakin saya mampu beri yg terbaik utk anak saya
Sebab saya sayang sgt anak saya
Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa ?
Sangat mudah tak perlu ke dapur bancuh susu lebih-lebih lagi waktu malam..hehe
okay..tag ni saya tujukan kepada semua para ibu yg meeyusukan baby, ibu2 yg pernah menyusukan baby, kepada bakal ibu dan kepada sesapa sahaja yg berniat untuk menyusukan anak mereka...

Table study for elya
Semalam petang, dlm kul 5.30 kami g beli buah-buahan tempatan..hehe sambil2 tu pergi tengok perabot dan aksesori aquarium. Mula-mula kitaorang singgah g beli buah kat taman u..durian,mangga dan pisang menjali pilihan yg lain cam tak best je..Pastu kami ronda ke area kedai perabot..suami sedang discuss dgn penjual ttg meja study..sebab skrg ni tengah nak beli meja study yg boleh letak pc berbentul L supaya senang keluasan dan keselesaan bila nak study utk phd nanti..tp lom decide lagi hold dulu..then kitaorg belikan table study utk elya, sebab meja study lambat lagi nak membeli so beli yg sekeciknya dulu..meja ni murah je sekali dgn kerusi baru rm39..atas meja tu ada gambar fish, huruf abc-z(berserta gambar animals),monday-sunday,one-ten.buku-buku elya pun dah banyak ada dlm 6buah buku, 4 mini books dan 2 giant books..hehe okaylah elya pun suka selak-selak majalah saya jadi dia leh duk diam2 mengaji buku2 dia sampai khatam hehe..semua complete...taklah mahal sgt..meja ni utk puteri kesayangan kami dan ni pilihan suami saya..(^-^)..Lepas ni elya jgn kaco ummi or abah wat keje depan pc tau..hehe..aksesori aquarium kami beli gak beserta ikan kecik-kecik comel sgt tgk meka berenang dlm aquarium..murah sekor rm1.00 so kami beli 8 ekor..
Thursday, June 24, 2010
Bahagian luar ikan

Info ni diambil dari blog kh9utk pengetahuan umum sesiapa yg suka membela ikan..hehe
Fungsi Bahagian Luar ikan
1. Mulut - untuk makan
2. Sisik - Melindungi badan ikan dari penyakit dan kecederaan
3. Sirip Dorsa - Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah
4. Sirip Anal - Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah
5. Mata - Melihat
6. Penutup Insang - Melindungi insang yang menyedut oksigen
7. Sirip Pektoral - Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan
mengapung badan ikan.
8. Sirip Pelvik - Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan
mengapung badan ikan.
9. Dubur - Mengeluarkan najis
10.Sirip kaudal - Mengawal pergerakan ikan ke hadapan
Tuesday, June 22, 2010
Aksesori aquarium
Semalam suami beli aksesori tambahan utk aquarium kami..hehe neon light stone sand,aksesori ni sejenis batu yg telah dicat pelbagai warna dan nampak cantik bila kita pasang lampu warna biru yg memang dah ada dlm aquarium. Ikan yg paling menarik perhatian adalah anglefish mmg cantiklah tgk sebab warna dia berubah-ubah sekejap biru dan sekejap hijau..cantiknyer..hehe..tgklah si elya ni sekarang port bermain dia dah bertukar duk bawah aquarium hehe kalo dulu laci kebinet tv jadi mangsa sekarang dah ada new place nak lepak-lepak hehe..
Sotong masak hitam
Semalam masak sotong masak hitam..resepi ni diceduk dari kak ina sebab dlm blog kak ina byk resepi sotong. Elya pun berselera sungguh makan dgn nasi putih panas-panas..hehe..
bahan-bahan
sotong dipotong kecil dan diperap dgn serbuk kunyit dan garam selama 15minit
1 bawang besar,3 cili merah yg dipotong dan dibuang biji, carot(semua bahan ni dihiris nipis)
2sb kicap pekat saya guna kicap kipas udang
garam,aji
bahan kisar@tumbuk
5ulas bwg merah,2ulas bwg putih, 2cm kunyit hidup, 3cm halia
cara memasak
panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau,then letak sotong yg diperap tadi gaul lebih kurang 6-8minit biar air sotong kuar,then letak bahan hiris gaul lepas tu buh kicap, garam dan aji..siap dihidang
Monday, June 21, 2010
Jenis-jenis ikan peliharaan

Sebab kami telah membela 5 ekor ikan, so tugas saya sekarang tengah mencari info terkini mengenai ikan yg dipelihara, penjagaan ikan,penyakit ikan...ni antara ikan dan penerangan yg dapat sedikit sebanyak memberi ilmu mengenai ikan peliharaan saya..dapat dari website org lain dan dicopy hehe..thanz for the info..Harga seekor ikan murah je..ikan emas:rm6.50, ikan koi: rm6.50, angle fish :rm5.00 dan suckerfish( ikan pembersih lumut): rm 3.50..Agak-agaknya nama ikan cam angle fish ni diberi sebab bentuk fizikal seolah-olah mcm berbentuk sudut(angle)dan leper..ikan emas maybe warna seakan-akan warna emas..Tulah bila kita lihat aje ikan-ikan ni, besar sungguh ciptaan dari yg maha Esa..mmg tak terjangkau oleh akal fikiran manusia..Bila kita melihat jgn hanya pada luaran sahaja cantik tapi lihat dengan mata hati kebesaran yg dicipta oleh Allah s.wt..subhanallah!
p/s : penerangan mengenai suckerfish dan angle fish belum ada..hehe
p/s : suckerfish ni ala-ala macam ikan keli@catfish
p/s : sebut pasal ikan peliharaan tetiba je teringat ikan-ikan yg dijual dipasar tu pun ada yg belum saya berkenalan lagi..hehe..
Ikan oh Ikan..
Semalam petang after visited aisyah's home kami plan nak singgah 'pet shop' area taman universiti..Kami rancang nak tengok sahaja kedai ikan tup..tup teringin nak bela seekor or dua ekor ikan..bila fikir-fikir orait gak beli sebab kat umah tak der binatang peliharaan..kalo kucing tkt nanti dia berak merata-rata..so kami beli ikan je. Masuk-masuk kedai elya apa lagi 'knock' lah cermin aquarium huhu..mgkin teruja melihat ikan..setelah dibincang dgn penjual tu soal tawar menawar harga, dapatlah dlm rm200 sekali aquarium,penapis,garam dan klorin..except makanan ikan..orait gaklah..sekarang tugas saya telah bertambah once a week mesti kene tukar air bagi memastikan air dlm aquarium tu tak keruh..hehe..Tapi kan kerisauan lah jgk bila tgk2 elya ni suka sangat 'knock' dan duduk bawah aquarium..huhu..minta-minta dijauhkanlah kalo2 aquarium tu jatuh..risau betul..sekarang tengah cari port yg sesuai sebab semalam letak je kat depan living room..hehe
p/s: ikan yg ada dlm aquarium tu..ikan emas, ikan komet,ikan angle dan ikan pembersih lumut..
Sunday, June 20, 2010
Tembikai oh tembikai

Semalam suami saya beli buah tembikai..tapi yg sadisnya lepas makan buah tembikai sekali dengan anak dara saya ni tup tup elya demam. Semalam rasa bahang badan dia tapi sib baik ada ubat demam yg boleh dimakan lagi..huhu..mmg rasanya tembikai ni kalo dimakan byk mmg boleh demam..Suami saya mmg pencinta tembikai mgkin nak turunkan pada anak dia kot sebab elya nampaknya suka makan..hehe tapi bagi saya, depends pada rasa tembikai if rasa manis makan tapi cam tawar 2 or 3hari kdg2 4 hari baru abis tembikai dlm peti ais. Semalam tembikai yg di beli mmg sedap dah tinggal suku sahaja..mmg laju kami anak beranak makan..hehe...
p/s : elya mmg suka semua jenis buah-buahan except durian mcm anak org putih lah plak..hehe tapi dah besar tak tau dia suka ke tak..
p/s : kalo tembikai rasa cam tawar2 je kdg2 rajin wat air tembikai..sedap..
Saturday, June 19, 2010
Jaco doughnut dan yogurt
date: 14.06.10
vanue: Giant Kota Damansara
misi : nak makan jaco doughnut dan yogurt
First time makan doughnut dan yogurt kat sana. memang best sgtlah..doughnut dia sangat lembut vs dunky doughnut..ku memang pencinta doughnut tak kisah apa2 jenama doughnut tapi yg ni antara yg best menjadi pilihan dihati..hehe. Yogurt dia pun best letak buah kiwi,cokelat,strawberry,blueberry mcm2 ada dan yg best letak nuts byk2. ops terlupa nak snap gambar hehe..apa-apa pun thanz kat uteh yg belanja kami 2x sepanjang berada di sana..hehe..Agak2nya kalo duk area sana selalu tak berkunjung dan makan2 kat situ huhu..giant jb tak da yg special..

Result KPLI tak dapat..
hari isnin minggu lepas, saya cek online utk keputusan kpli..resultnya agak mengecewakan..saya tak dapat tawaran ke mana-mana ipg..tapi tak apelah rezeki dlm bidang perguruan semakin sengit..tapi taklah kecewa sangat sebab bagi saya cukuplah utk interview hari tu pun dah kira berbaloi gak dapat dari beribu-ribu penyertaan saya jgk yg terpilih..hehe..ramai kawan chat tak dapat gak..deaorang wat rayuan. Tapi saya tak buat pun malaslah plak nak wat..tak perlah mgkin ada hikmahnya redha apa yg Allah nak beri kat kita. Terima dalam masa yg sama berusaha supaya dimurahkan rezeki. Tunggulah utk dh41 mana tau rezeki disitu..ameen..
Friday, June 18, 2010
Selamat Pengantin Baru adik angkatku..siti maryam

Tahniah kepada adik angkatku yg telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 6.jun.2010..maaf ya tak dpt datang ada hal yg tidak dpt dielakkan..Semoga ikatan yg terjalin akan berkekalan dan bahagia ke akhirnya..maryam jaga diri molek2 deh..dah jadi isteri org kene pandai jaga hati suami,makan minum suami dan yg penting jgn derhaka pada suami..miss u..
p/s: sory akak copy gambar dlm fb yang..hehe..gambar ni comel sgt
Pokok Hiasan lagi..
Semalam sampai jb dalam kul 1.30ptg, dlm pukul 5.30 saya dan suami ngan si kecik sorang ni kemas-kemas di halaman depan umah, sebab banyak dedaun gugur dan menyemakkan pemandangan siap2 menyapu lagi kat situ. Lagi satu tengah semangat waja nak pasang 'mini fence' depan umah sebab pokok hiasan kami sudah bertambah lagi..hehe. Kami sempat membeli pokok hiasan di area nursery damansara okay sangat-sangat dan banyak pilihan. Uteh ajak gi kebun bunga tengok2 mana yg berkenan di hati sebab saya ngan uteh sama spesis suka pokok bunga (^-^)..tak berkelip betul memandang bunga-bunga di nursery tu..banyak sgt tapi sempat beli pokok renek sahaja sebab keluasan kereta kami kecik so beli yg kecik sahaja. Then uteh hadiahkan sejenis pokok tapi tak ingatlah name dia apa cuma suka tengok sebab daunnya mengembang. Sahaja letak gambar pokok-pokok ni mana tau ada yg suka boleh berkongsi idea nak letak2 pokok cam ner..ini pun ilmu bak kata orang 'sharing is caring".hehe..
p/s simen tu kebasahan sebab baru disirami air bagi mengelakkan tidak cukup zat..dah lama tak mandi hampir seminggu..cian pokok ku..
Kisah elya dan syifa' berjumpa di the curve
Hari tu after interview plan nak singgah umah mr. firdaus dan mrs hana kat putrajaya tapi ibu dan ayah mereka ada bercuti disana so batalkan niat sahaja. Tapi kami sempat membuat pertemuan di the curve sebab lama bebenor nak jumpa meka ni tapi tak de kesempatan yg sesuai, anak meka pun dah besar panggilan nama syifa'dalam 10 bulan tak silap saya dah pandai berdiri. Hari tu jumpa dalam 2jam kot (anak2 dah gosok2 mate nak tidor), lepas makan2 di restoran asam pedas then borak-borak sikit, sempat snap beberapa keping gambar buat kenang-kenangan aje..banyak gambar si elya ngan syifa' tengah makan. Posing di atas kerusi baby sahaja..hehe..dan yg bestnyer bapak-bapak budak yg menyuapkan nasi ke mulut puteri-puteri meka..hehe..tengoklan gelagat elya dan syifa' kat restoran tu..syifa' so cute cam muka walid dan ummi dia..suka senyum dan tak takut orang sebab saya try dukung syifa' senyap aje..hehe
Dah selamat interview
Alhamdulillah dah selamat interview hari tu di putra jaya..Apa yg ditanya jawab berdasarkan pendapat..fakta tiada langsung byk pendapat sahaja diutarakan..pasal pendidikan di ipta mcm mana kita nak tingkatkan..almost yg ditanya pasal kpt, kpm tiada plak ditanya..then disebabkan saya asyik bercerita pasal penyelidikan di universiti dia suh saya nyatakan 4universiti yg terbaik didunia saya sebutkan dua sahaja hehe..then tanya pasal math diskrit..if dapat posting jauh2 sanggup kah berjauhan dengan suami..huhu tu yg dia nak tgk kita sanggup ke tak..campur bm dan bi..sebab interviewer tu sorang malay dan seorang china..masa nak balik tersesat jln pulang sebab bangunan dia besar dan boleh keliru almaklumlah first time masuk g putrajaya tak da pengalaman lagi..nasib baik jumpa candidate india dari ump dia pun ada misi yg sama nak balik tapi tersesat gak hehe so join dia. Sempat berborak pasal interview, share2 pendapat, dia banyak terkena soalan politician..huhu..agak susah gak soalan ditanya tapi dia kata dengan saya penemuduga dia seorang yg berpangkat dato'..cuak gak..nasib baik saya pangkat encik sahaja..kepada yg interview dh41 semoga berjaya menjawab dengan baik dan diingatkan bersedia dengan isu-isu semasa ya..gud luck uols..hehe
p/s penemuduga ada tanya kita nak pilih soalan apa,pasal politik,pendidikan,isu semasa..tapi saya pilih pendidikan..ingat lah mana bahagian yg rasa-rasa leh jawab dan banyak point awak pilih..
p/s tak semestinya ditanya pendapat tak boleh diterima if kita ada bukti kene tunjukkan..
p/s yang dah berkahwin soalan treat dia tanya..if kita ada masalah rumahtangga dan keje marking,mengajar byk yg perlu diselesaikan camner nak hadapinya..
p/s jgn lupa bawa ic number penting utk swap dan dapatkan number giliran utk interview dia akan tertera name kita dan dipanggil bersedia dengan ruang tv dihadapan okay..
p/s susun fail ikut dlm surat tawaran (salinan dan asal kene susun sama) jgn nanti kita cuak plak sebab tak susun ikut aturan yg ditetapkan tetiba name kita kene panggil sebab calon boleh dikatakan ramai gak..

Cuti-cuti malaysia
alhamdulillah dah selamat sampai jb semalam..Cuma buzy melayan elya yg dah mengada-ngada. Malam tadi, punyalah susah dia nak masuk tidor start dari balik kg dia cam susah nak tidor biasanya bawa masuk bilik tidor tapi dia nangis2 dan tegang kan badan. Abah elya terpaksa melayan anak dara ni sebab tak mau dengan saya. Dukung pun taknak,bagi susu pun tak nak..nak kata demam tak plak. Tapi dengan suami saya elya nak plak sedih gak masa tu. Maybe suami saya sentiasa berada dengan elya so seminggu asyik lihat wajah hencem abah dia asyik2 nak dukung,bagi makan,main2..so skrg ni mcm abah dia 100% tak over tugas saya. Hmm mcm2 perangai ni. Harap2 hari ni tak plak dia ngada2 sebab suami saya ada traning asp.net kat utm so sayalah kene handle if dia nangis. Skrg ni anak dara tengah tidor, so saya boleh tumpukan perhatian pada blog ni sebab dah seminggu saya tak mengupdate blog kesayangan saya ni..hehe
Saturday, June 5, 2010
Bihun goreng simple
Kelmarin, saya mmg dah tekad nak berdiet. Saya makan bihun sahaja untill malam. Tapi minum air putih banyak2 tkt susu badan kurang. Bila teringatkan bihun mesti saya akan ingat semula masa mula-mula berkahwin dengan suami. Kalo dalam bulan puasa mesti keluarga mentua masak mee utk berbuka dan jarang sekali hidangan berlauk nasi,tapi nasi dan lauk ada cuma hidangan dibuat sebelah mlm after solat terawih. Tak lama lagi dah nak sambut bulan puasa, then beraya diam tak diam dah masuk pertengahan bulan 6. Sekejap sahajakan..
Friday, June 4, 2010
Elya dan bola..
Setiap hari,setelah selesai menunaikan solat asar dlm pukul 5ptg saya bawa elya keluar ke laman rumah utk bermain bola utk mengeluarkan peluh sementara menunggu abah pulang dari ofis.Ummi pun boleh exercise sebb mcm berat dah bertambah jerk..huhu.Kadang-kadang elya main-main dgn anak jiran sebelah yg sama umur dgn dia cuma elya lahir bln 2,dan arissa lahir bln 7,skrg arissa dah jln so lagi rancaklah elya main-main dgn dia.hehe.. Sayalh peneman setia elya diwaktu pagi dan petang hehe.tapi bila abah pulang dari kerja,abahnyerlah plak take over my duty hehe. Sebenarnya elya ni suka duk luar,if saya keluar g sidai baju,menyapu laman,siram pokok hiasan mesti bawa dia keluar since dia dah jalan. Ada pokok hiasan saya telah dicantas oleh anak dara ni,kelompaknya dah robek sebelah.huhu..takperlah elya still nak belajar dan memahami dunia dia sendiri,mgkin dgn sentuhan dia dapat belajar sesuatu yg baru. Kalo dulu masa lom berjalan duduklh dia berpaut kat pintu besi tgk saya buat kerja-kerja umah. Semuanyer kenangan bila anak dah mula membesar apa-apa yg dibuat masa kecik mesti ingat semula..hehe
Wednesday, June 2, 2010
Paprik Ayam
Semalam petang sempatlh memasak paprik.Tengahari tak masak sebab lupa lah pulak nak beli daun limau purut..hehe tgu husband balik pesan kat dia. Sempat tgk citer indonesia kul 6.30ptg "benci bilang cinta" best gak cite ni ala-ala citer korea "my girl". Saya mmg pencinta dgn cerita korea. Sebab suasana dan permandangan di korea begitu cantik dan bersih. Lagi satu meka wat kerja mesti sungguh2 walaupun dlm citer.
bahan2 ayam masak paprik:
ayam potong kecik2..ambik isi
5helai daun limau purut
2btg serai dititik
5ulas bwg merah,3ulas bwg putih,6cili burung(tumbuk)
3sb cili blend
sos tomato,sos cili dan sos tiram
kicap
sayur:kacang panjang,lobak,bunga kobis,anak jagung
gula,garam,aji
cara
tumis bahan tumbuk till wangi,then buh cili blend goreng till garing,letak daun limau purut dan serai,letak 2sudu setiap jenis sos,then lletak air 600ml ikut suka pun tak per,kicap tgk agak2 nak warna kehitaman,letak semua jenis sayur,tgu till sayur dah agak2 masak then letak ayam,gula,garam dan aji..siap.
Tuesday, June 1, 2010
Temuduga SPP jawatan DH41
alhamdulillah semalam dapat surat dari spp untuk temuduga jawatan dh41.Dah lama minta hampir setahun baru dapat panggilan. Rasa mcm tak percaya pun ada. Nak confirm adakah itu betul utk panggilan temuduga mereka yg dah bekerja dan tidak bekerja suami saya pun call spp minta kepastian, sebab surat tu tulis temuduga perlantikan ke jawatan tetap pegawai perkhidmatan pengajian tinggi DH 41. Dan Alhamdulillah confirm saya layak utk di interview. Tapi sian kat saya surat yg di pos hampir lencun sebab hujan..huhu tapi still boleh digunakan cuma comot2 sikit jer (^-^).. Ada gak member maya bagitau mereka dpt jgk. Apa-apa pun semua rezeki Allah yg beri kita cuma perlu berusaha dan berusaha. Dengar kawan-kawan bagitau temuduga ni a little bit hard. Perlu banyak membaca pasal current issue,malaysia,kos yg berkaitan dipohon..InsyaAllah temuduga saya akan diadakan pada 15.6.2010,di putrajaya,8.30 pg. Hmm apa-apa syukur sangat-sangat..Hope adalah rezeki kali ini sama ada kpli or pppt ni.
susu ibu info
info dari http://www.myhealth.gov.my
Pengenalan
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Kebaikan
Untuk bayi :
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :
Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
Sebelum kelahiran
Semasa kelahiran
Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
Tiada puting tiruan.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Subscribe to:
Posts (Atom)