Thursday, July 29, 2010
Tuesday, July 27, 2010
asam pedas ikan merah
hari ni lauk berbuka kami adalh asam pedas ikan merah..lum masak cuma bahan2 dah disedia..petang ni after asar leh masak ini suami request hehe..hari ni elya cam menangis jer betul ke susu badan berkurang if kita berpuasa..pagi tadi sahur nasi dan air suam jerk dlm pikiran insyaAllah cukup kot susu saya ni..then pagi tadi elya breakfast nasi lemak without sambal byk gak dia makan..tapi still cam nak susu gak kot.Ingatkan mcm dia makan banyak so kuranglah nak minum susu tup-tup bila nak tidorkan dia byk kali dia gigit n***** huhu sakit nyer..bila time bendera jepun keluar huhu mmg kekurangan sikit susu badan..then after 2 or 3 hari baru okay..sian kat elya..kdg2 bagi dia minum susu HL boleh ker dia minum sikit jer..then bagi minum vitagen less sugar..air masak mmg saya dah sediakan satu botol..kalo dah haus sgt habis satu botol dia minum..hope puasa yg akan menjelma ni harapnya adalah rezeki susu ibu utk elya..cianyer..
Monday, July 26, 2010
Jangan pandang remeh fardhu kifayah terutamanya menguruskan jenazah
Hari ni post mengenai pengurusan jenazah yg sememangya sgt di ketahui sebagai fardhu kifayah..Sebagai seorang muslim jgn kita sesekali memandang 'enteng' mengenai perkara di atas iaitu menguruskan jenazah. Sebab bagi kita yg arif mengenai keperluan tersebut ia sgt penting utk kita terutamanya keluarga kita if salah seorang keluarga kita telah kembali kerahmahtullah..Saya sgt2 menekankan mengenai solat jenazah..Ingat yg lebih afdal sekiranya si mati itu adalah seorang isteri suaminyalah yg patut menjadi imam solat jenazah, jika simati itu adalah seorang anak yg lebih afdal adalah seorang bapa kepada anak itu dan jika yg si mati itu adalah seorang bapa yg sgt afdal adalah anak lelaki simati..Jgn sesekali kita mengaharapkan tok imam yg menjadi ketua utk solat jenazah..dan jgn kita anggap ia suatu fardu kifayah jadi kita tak nak tuntut ilmu sebab bila ada yg dah mahir uruskan jenazah kita tak payah sibuk2 nak menguruskan perkara tersebut.Ingat kita adalah mahluk ciptaan Allah lambat laun kita akan pergi buat selama-lamanya.
Solat jenazah sgt lah mudah tapi masih ramai diluar sana tidak ambil pusing mengenai solat tersebut.Teringat saya masa belajar di u,seorang lecturer mengajukan soalan kepada pelajar lelaki yg berjumlah 25org dimana soalan itu mengenai siapa yg pernah solat jenazah dan yg angkat tangan hanya 2org dari 25 org masyaAllah sgt rasa terkilan inikah yg dikatakan pemimpin,ketua keluarga dan org yg penting dlm mewujudkan suasana mawadah wa rahmah.Niat(sahaja aku sembahyang atas mayat yg hadir fardhu kifayah empat takbir kerana allah),berdiri bg yg mampu,takbir 4 kali,takbir pertama baca alfatihah,takbir kedua selawat ke atas nabi,takbir ketiga doakan si mati dan takbir keempat memberi salam..sangat mudah. Agama islam sgt mudah,senang..so jgn disebabkan perkara-perkara itu menjadi suatu kesusahan kita nak belajar perkara-perkara yg menjadi suatu keperluan.

Saturday, July 24, 2010
so sweet
lena nya tidor if dapat bilik macam ni..sesuai utk anak perempuan..warna putih,pink hijau mmg masyuk sgt cantik kan..semuanya teringin nak wat cam nilah cam tulah...harap my dream comes true..perabot semua white colour mmg sgt2 teruja if elya dapat bilik cam tu..bilakah masanyer..huhu..sebenarnya tak de pe nak citer layan gambar dekor hiasan tup-tup nampak bedroom yg cantik terus save gambar ni..hehe
Wednesday, July 21, 2010
udang masak kari..
semalam sempat masak udang masak kari guna santan kotak..yg baik utk kesihatan zero kolestrol..hehe sekarang umur dah nak masuk 30thn lagi dua tahun lagi, dah tak lama dah sedar tak sedar bulan dua tahun depan elya genap 2tahun mcm terasa cepat sgt masa berlalu..dan sekarang plan nak dpt baby kedua lak..tak tahu lah moga2 ada rezeki kami tahun depan dengan izin Allah..tak kisah lelaki ke perempuan yg penting sihat walafiat..jiran sebelah dah tanya bila nak menambah anak..hehe..nanti umur dah 35thn dan ke atas dah susah nak mengandung then if di beri rezeki anak pada umur atas 35tahun confirm cepat sgt penat..ni berdasarkan pengalaman kakak dan jiran saya..akak saya bersalin anak bongsu umur dia dah 37tahun..huhu dia gtau seperti bersalin anak pertama..sakit..huhu..tapi tak per dia bersalin normal dan lagi satu risiko terdedah kepada penyakit darah tinggi dan kencing manis mmg senang nak dapat umur atas 35tahun..terlanjur bercerita pasal anak lupa lak nak gtau..mak mentua saya masak kari udang mmg best sgt2..try gak tapi rasa lain..suami saya kata lain rasa tapi dua-dua sedap..hehe sama jer resepi masak kari ayam cuma yg perlu di ubah adalah rempah kari daging bertukar kepada rempah kari ikan..hehe
anak sapa lah rajin bebenor ni..
tgk tu video si elya bukan main lagi kalo dpt pegang kain mmg keje dia mengelap ajer lantai tapi kain tu utk kesat kat mulut tapi dia duk kesat lantai hehe sgt2 kelakar tgk gelagat elya ni memamcam dia nak try..Mmg betul anak-anak umur seperti elya cepat betul menangkap apa yg kita selalu buat..sekarang ni asyik main dengan lidi penyapu jerk bawa sampai ke depan lak tu..tapi bab mengemas dan gemburkan barang bagi elya....
gelagat elya dlm keta
huhu tgk tu masa nak balik ke jb adalah 4 or 5 kali pass elya dekat abah dia..rasa risau yg amat tgk budak kecik ni sebab nak duduk di atas riba abah dia..saya bukan apa tkt abah elya tak leh nak kawal stereng keta tapi setakat ni ok tak der masalah cuma tu lah kdg2 kalo kita manjakan sgt nanti naik tocang..saya kdg2 ada gak marah sikit kat elya nak pujuk supaya dia kembali dekat riba saya, upah bagi dia pegang gula-gula or air vitagen tapi sekejap jer lepas tu tak leh duk diam2 dlm keta..mmg sgt2 susah..tapi nilah bila anak semakin membesar mmg tak leh duk diam ada jer keja dia sekejap ke bawah sekejap nak duk riba..mcm2..(^-^)..tapi nasib baik masa bawa abah dan mak mentua ke kl dan pulang ke muar mmg tak der masalah elya tidor so senang keje saya..sikit2 nangis tu adalah jugak..hehe
Sunday, July 18, 2010
gi KL
hari ni sempat mengupdate blog hehe..skrg berada di umah uteh..Alhamduillah majlis perasmian kedai kek dan pastry milik keluarga kak amy dan abg sham telah selesai..kawasan nya agak startegik semalam ronda-ronda kawasan tu sambil menyusukan elya yang dah nak tidor..Mostly if tgk byk gak kedai yg dah dibuka..semalam sempat gak singgah jaco beli donut hehe..esok nak balik jb..alhamdulillah elya tak lah meragam sgt cuma nangis2 tu biasalah budak kecik...bila jumpa kwn yg sebaya@sepupu qalisyah bukan main asyik dok gelak2 jerk..hehe
Thursday, July 15, 2010
Gadget baru abah elya..hehe
Gadget terbaru abah elya macbook pro 13inci..best2 semuanya best if ada money2 kui..kui..dulu masa mula-mula suami saya sibuk tanya pendapat nak beli kamera DSLR or macbook pro..dan sudahnya bila pi jj or angsana duk sibuk pi kedai kamera nak tgk2 if berkenan last2 fikiran dah berubah terjatuh chenta dengan macbook pro tu ..memandangkan laptop lama mcm hidup segan mati tak mahu so kesudahannya minggu ni seingat saya hari selasa suami dah bawa balik macbook pro..hehe cun sesangat best dari segi aplikasi dan keyboard..tapi saya lum cuba lagi penangan macbook pro..agak2 dah best guna, nak beli gaklah boleh ker bang?heheeee..(^o^)...gambar ni ambil dari internet sebabnya bila nak upload gambar dari hset asyik2 tertangguh..
Monday, July 12, 2010
Serbuk kunyit jadi mainan elya
masuk-masuk dapur je si kecik ni buka almari dapur ambil serbuk kunyit..kui..kui..boleh dikatakan setiap hari mesti ambik serbuk kunyit buat mainan sampai masuk bilik dan pegang hingga tertidur..bangun je tidur terus capai serbuk kunyit yg mmg saya letak dekat sebelah dia takut-takut menangis mencari perkara penting sgt dlm hidup elya serbuk kunyit mak ai jgnlah berterabur penat ummi nak lap semula..sebelum bagi elya pegang mmg saya dah tutup ketat supaya tak termakan oleh si kecik ni..Layan video si elya ngan serbuk kunyit..agak-agak dah besar leh jadi chef tak anak ummi ni..hehe
Petik buah rambutan
fuh berpeluh abah elya memetik buah rambutan pagi tadi utk bekalan ke jb..hehe..alhamdulillah tahun ni rezeki kami utk makan buah rambutan sebab tahun lepas rambutan di kampung kurang menjadi tapi tahun ni buahnya agak lebat..rezeki allah nak bagi pada manusia..bila fikir semula manusia mmg 100% tak mampu nak bagi rezeki walaupun hanya sekecil-kecil zarah pun semuanya milik Pencipta..Dia maha pemurah dan maha pemberi rezeki..syukur alhamdulillah..Kami pulang ke jb tepat kul 10pg dan sampai 12 tengahari..elya pun ketiduran sebab malam tadi dia susah nak tidor dlam kul 12 gak kot baru betul-betul tidor..Hope malam ni jgn lah jadi mcm hari tu seminggu balik kg dan seminggu pulak dia buat perangai di jb bila time tidor malam..nilah gambar yg sempat disnap semasa abah dan abang g petik rambutan belakang umah..si kecik pun join sekaki..hehe
Friday, July 9, 2010
Balik kampung
Today untill sunday kami balik kg melaka dan muar..rasanya dah sebulan tak jengok khbar berita dari sana..hopefully semuanya sihat hendaknya..moga-moga ibu dan bapa serta kami sekeluarga sempat menyambut ramadhan yg bakal tiba tak lama lagi..esok 27rejab..sesiapa nak berpuasa sgt2 dialu-alukan..sempena bulan rejab saya nak postkan sesuatu yg harus dikongsikan bersama iaitu peristiwa israk mikraj..dapat dari blog faizal.com..semoga memberi pengajaran pada kita semua ameen..
Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

link ni diambil dari facebook..thanz tinie yg link ka..utk tujuan dan masa depan anak-anak..
Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.
Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz.
Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD.
Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.
Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya.
Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.
Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup.
Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :
1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.
2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.
3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.
PANDUAN MENGAJAR
a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.
b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.
c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.
d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.
e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.
f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.
g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.
Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Wednesday, July 7, 2010
asam pedas ikan merah dan ikan masak asam
huhu lamanyer tak update blog..tuan rumah sanat-sangat bz..mcmlah saya bekerja.Tapi nak ikutkan if jadi suri rumah tak leh goyang kaki semua keje kene buat dgn cepat,kemas dan teliti nanti tambah2 lagi ada anak huhu mcm2 lah..agak2 kat rumah ni dlm 3 or 4 kali menyapu..mengelap..elya dah pandai nak pegang sendiri makanan..tak nak dah kami tlg suapkan..kecuali nasi stil saya yg menyuapkan makanan lain semua nak pegang sendiri..hehe..nak update terkini perkembangan si kecik dah update..cuma resepi ni jelah yg sempat di tempek gambar..
bahan asam pedas ikan merah
ikan merah saya suka ekornya
1 bwg besar,4ulas bwg kecik,4ulas bwg putih.seinci halia,kunyit,belacan(blend)
5sudu makan cili blend
air asam jawa secawan
3cawan air,gula,garam,aji
terung(belah dua),sebiji tomato belah empat
bahan ikan masak asam
4ulas bwg kecik,2ulas bwg putih,halia,serbuk kunyit,sebiji cili merah dan cili hijau (dihiris)
secawan air asam jawa
kicap masin,garam,aji..
Friday, July 2, 2010
Ayam masak merah dan sotong masak hitam
Hari ini sempat menempek gambar resepi ayam masak merah..lauk tengahari kami. Semalam lauk sotong masak hitam versi chef hanizah ambil resepi dlm buku resepi masakan johor okay gak..best.
bahan-bahan ayam masak merah
beberapa ketul ayam digoreng dengan kunyit dan garam
sebiji tomato(belah empat)
3 ulas bwg besar,4ulas bwg putih,seinci halia(tumbuk)
4sudu besar cili mesin
1bji bwg besar dipotong bulat
sos tomato
garam,gula dan aji
serai dititik
cara hidangan
panaskan minyak,goreng bahan tumbuk sampai wangi,then letak cili mesin kacau until cili dah garing,bubuh sos tomato,serai biarkan seketika..letak aji,gula dan garam..then baru letak ayam, tomato dan bwg besar yg dihiris
sotong masak hitam
bahan-bahan
beberapa ekor sotong dibesihkan
4ulas bwg merah,3ulas bwg putih,kunyit hidup,halia dan belacan(ditumbuk)
3sudu besar cili mesin
kicap masin
serai dititik
garam,aji,gula
sedikit air asam jawa
cara hidangan
panaskan minyak goreng bahan tumbuk until wangi,then letak cili mesin kacau until garing,then letak air asam jawa,biarkan didih,baru bubuh sotong,kicap,serai,aji,garam dan gula..siap utk dimakan dgn nasi panas-panas..
Thursday, July 1, 2010
Vitagen dan yakult
Sekarang ni elya dah suka sangat minum vitagen..Risau sgt sebab boleh ker budak setahun minum minuman ni..sebab manis.Then saya cari info pasal vitagen ni.Bila baca pasal benda tu terus lega sikit sebab setiap hari dlm 2 minggu ni bagi dia minum vitagen or yakult..huhu..apa-apa jenis perisa dia suka grape,orange,apple,calcium semua dia minum..hehe. Tapi sekarang kene had kan utk dia minum seminggu dlm 2x je bagi..huhu.Nilah info mengenai pengambilan vitagen utk kanak-kanak..
Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.
Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?
Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).
Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.
Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.
Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam
Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?
Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.
Tempoh hayat / Hayat simpanan
Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.
Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.
Corak meminum
Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?
Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?
Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.
ikan siakap masak merah dan mee goreng simple
Semenjak dua or tiga hari ni bz sikit dan nak update blog pun cam malas jerk..hehe..tak tau kenapa..mgkin tak der apa-apa nak share kat sini..hari ni rasa nak tempek gambar ikan siakap masak merah dan mee goreng simple...selalu kami dalam seminggu akan borong lauk kat pasar taman u..Kat situ mmg segar dan nak simpan ikan,sotong,udang or ayam dan daging mmg fresh tak terasa pun cam lain..saya sebenarnya dapat rasa if ikan or lauk yg dimasak cam tak segar rasa dia lain sgt@ tak shiok..sebab tu tak rugi g pasar once a week bawa si kecik ni hehe tapi si kecik tak boleh masuk pasar sebab kene teman suami dlm kete taulah kan kat pasar mcm2 bau ada..lagipun mmg crowded nak jln pun tgu clear baru jln tu pun kene cepat-cepat jerk..lagi satu kat pasar byk pilihan ulaman sprt pegaga,daun selum, kacang botor dan macam-macam lagi..so saya suka mkn apa2 jenis ulaman semenjak kahwin dgn suami yg suka makan ulam dari sayur biasa yg kene masak..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)