Monday, May 31, 2010

Tikar baru

Disebabkan tikar lama suka dicarik-carik kan dan terus dimasukkn mulut si comel ni so kami cadang balik dari badan singgah jakel tampoi beli tikar buluh. Sampai je di jakel huhu nak cari tempat parking punyalah susah 3 kali suami tawaf ramai sgt org sebab dlm 3 bln lagi nak raya so belum tiba bln posa sibuk mencari itu dan ini.. kat situ mmg popular dgn kain,langsir,tikar dan karpet. Sampai sahaja rumah terus dipasang..hehe teruja gak tgk tikar tu.Walaupun kami hanya duduk di rumah sewa tapi kami pentingkan keselesaan dan kekemasan rumah tambah-tambah lagi dah ada anak dan suami akan sambung belajar peringkat phd bln 7 ni. Sebab elya bila dia nangis je saya akan pujuk dia masuk bilik tidor dan secara automatik terus senyap mgkin dia rimas duk kat ruang tamu lama-lama..Sebab tu bila kita hendak menyewa rumah carilah yg lebih selesa dan murah..hehe

Karya Ramli Awang Murshid

Semalam sempat kami berkunjung ke badan utk membeli beberapa buah buku dan majalah.Hampir sebulan kami tak pergi kesana mcm ada sesuatu tarikan nak kesana hehe.Sedang saya belek2 majalah kesukaan tetiba je suami tunjukkan buku ni pada saya "cinta sufi" keluaran terbaru RAM.Suami saya mmg peminat setia novel RAM.Setiap keluaran terbaru mesti beli.Daripada saya yg tak minat baca terus terjatuh hati dgn novel ni."Cinta Sufi" ni adalah sambungan keempat dlm karya RAM sebelum ni karya pertama beliau adalah bagaikan puteri,cinta sang ratu,hijab sang pencipta.Tapi kalo kita tak baca dari mula keluaran karya ni mmg tak faham..Kisah cinta laksamana sunan serta cara sunan mengislamkan perempuan yg meminatinya kerana akhlak dan agama yg ada pada sunan..If difilem mesti laku..Kami singgah sekejap sahaja disebabkan elya sudah menyepah2kan buku dan dia tak suka didukung mungkin juga teruja dgn himpunan buku yg banyak..sempatlh merembat majalah wanita,hiasan rumah apartment dan buku resepi masakan johor..huhu.Saya tak sempat nak tgk novel lain..huhu

Si kecik berkemas di dapur

Hmm..mgkin bagi ibu-ibu yg telah mempunyai anak akan faham ragam si kecil apabila mereka mula berjalan.Elya skrg ni,selalu mengembara di dapur sebab keluasan dapur lebih luas berbanding ruang tamu.Lagi satu anak dara ni bkn sahaja menjadi pangembara dapur,tapi tukang chef huhu..Asyik2 bukak almari dapur dan keluarkan brg2 dapur.Lepas ni boleh tolong ummi masak sedap2lh elya..apa-apa pun ragam sikecik tetap mencuit hati sebab bila nak marah je mesti ada selingan lucu dibuatnya..tak jadi nak marah...hehe..

Friday, May 28, 2010

Imam muda program realiti

tadi tgk slot program realiti imam muda.Mmg tak dinafikan tapisan nak memilih imam muda amatlah ketat.Saya melihat dlm slot ulangan yg disiarkan dlm astro oasis tengahari tadi antara pukul 12.35-1.05 tengahari mmg calon2 yg layak sgt berbakat dari segi taranum,menghafaz potongan ayat quran dan surah lazim, penyampaian bi dan juga memberikan ceramah.Ada sorang juri menangis mendengar bacaan ayat quran dari seorang calon sebab bacaannya sungguh syahdu sehingga sesiapa yg mendengar sungguh sayu dan tambah juri tu lagi if jadi imam dlm solat tarawih ramai org tak nak balik..mmg bacaan sungguh sedap tapi diperingkat kedua calon tu tak layak.Agaknya yg betul-betul layak ni, di peringkat akhir mmg betul2 power dari segi keilmuan tentang agama.Hope bakat yg ada jgnlah disalah gunakan..niat utk menceburi bidang terutama imam muda kene betul.Bkn disebabkan nak kejar popular tapi..hanya Allah yg tahu...setiap yg kita niat kan tu mesti akan dibalas dgn niat yg kita minta..pergunakanlah ilmu yg ada utk kemakmuran masyrakat sejagat.satu lagi mlm ni insyaAllah akan disiarkan slot pertama pencarian imam muda disaluran oasis.

Thursday, May 27, 2010

Funny picture

PaPa ChOp MaMa GriLL

pangilan yg dinanti dari suami tercinta setiap hari waktu bekerja..tapi pangilan ni plg best didengar hehe mlm ni mas tak yah masak abg belanja mkn.Lepas tu tylah suami nak belanja makan apa..suami kata adalah..nak juga jwb then suami bagi clue hehe ada 4 perkataan,so teringat kat kepala ni mesti papa chop mama gril hehe,saya kalo pasal bab-bab makan memang teror menjawab....since saya belajar di utm tak pernah sekali merasa nak makan kat restoran tu sehinggalah saya kawen barulah suami ajak dan since saya dah kawen+mengandung+beranak hehe dah byk kali merasa makanan kat restoran yg bernama abah chop ummi gril..hehe

Cendol dan sotong masak kicap..

bila tekak dahaga dan cuaca agak panas hehee apa yg anda fikirkan?mesti tengah syok nak minum air sejukkan?.Saya mmg tak plan pun suami nak balik makan tengahari so disebabkan anak kesayangan kami tidor lama,saya bertarung didapur masak sotong masak kicap yg paling ringkas dan kebetulan tkt disimpan lama-lama dlm freze nanti busuk.Tapi biasa lah kdg2 suami saya suka sgt buat kejutan.Bila balik mcm faham-faham je dia belikan cendol.Cendol ni mmg sedap tambah-tambah lagi dgn aksesori yg byk diletakkan seperti kacang merah,jagung,cendol dan pulut. Memang waktu tu seperti 'pucuk dicita ulam mendatang' betul ke pepatah tu..hehe mmg suami mcm boleh baca je apa yg kita nak kan bak kata org cam ada chemistry antara kami..hehe..apa-apa pun terima kasih suamiku.(^-^)..

Anak-anak patung Elya

bila saya mengemas semula baby court yg diberi oleh mak sedara elya(mak uteh)so saya plan anak patung yg banyak tu saya nak letakkan dlm baby court sebab elya tak tidor dlm tu.dari dibiarkan kosong baik diisi sahaja anak2 patung tu..hehe.Elya suka sgt main dengan anak patung,if dia nampak saya or abah dia letakkan patung utk dibuatkan bantal,mula lah dia tarik2 anak patung tu dan nangis2 manja..@kedekut..jgn macam tu elya sayang dah besar tak leh bersifat sebegitu nanti semua org tak sayang awak..hehe,..Tak perlah mgkin elya kecik lagi dan belom mengerti nanti dah faham apa-apa yg kami cakapkan..akan kami ajarkan perkara-perkara yg elok..

Tuesday, May 25, 2010

Masak daging black pepper

Menu utk tengahari saya hari ni adalah daging black pepper dan sup sayur cendawan+taugeh..simple jer..mmg teringin nak wat menu daging ni dan akhirnya tercapai niat dihati hehe..

bahan-bahan:
daging batang pinang dipotong ikut suka dan rebus sampai empuk
black pepper,lada sulah
sos tiram
kicap masin
air rebusan daging sedikit sahaja
5ulas bwg kecik,3ulas bwg putih,seinci halia(ditumbuk lumat)
1biji bwg besar dipotong bulat
cili merah dipotong serong(xletak pun tak per)
aji

cara-cara memasak

goreng daging ketepikan,masukan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi,taruh sos tiram dalm 2sudu,kicap masin dlm 3sudu..kacau.letak black pepper dan lada sulah..lepas tu masukan air rebusan daging sedikit sahaja dan last taruh daging yg telah digoreng kacau biar sebati dan agak2 kering masukan bwg besar..siap dihidang..

Elya dulu dan sekarang

Alhamdulillah sekarang elya dah berumur setahun 3bulan dan tinggal lagi beberapa hari lagi utk ke setahun 4bulan.Perkembangan dia sihat dan jarang sekali mendapat penyakit berkat dari susu ibu.Elya sekarang tak boleh dibiarkan sendirian sekarang ni,dia suka melompat-lompat di atas katil dan kusyen.Bila dia dah tidor barulah saya boleh buat kerja umah dgn aman..semalam elya tidor petang sekejap dan belum sampai 1jam dia dah bangun..Mlm mmg dia akan tidor awal selepas isyak dalam kul 8.45 dah tidor jika siang nya dia bangun awal.Malam hari dia bangun if nak mnyusu sahaja dan tidak pernah sekali meragam dari sejak lahir hingga hari ni.Cuma pernah sekali elya kene demam campak masa tu mmg dia meragam di sebabkan rasa miang dibadan dan kurang selesa .Sungguh senang menjaga dia.bila dikenag-kenang semula Elya semakin hari berubah wajah. sekejap ikut muka saya dan sekejap ikut muka abahnya..dah besar ikut muka sendiri kut..hehe.layanlah gambar elya ni..dari lahir hingga kini..

Resepi kari kepala ikan merah dan one-onde

hari ni baru boleh update blog..hehe anak dara tidor..resepi kari kepala ikan merah dan kuih onde-onde..

bahan-bahan
1kepala ikan merah
santan
bendi potong serong
sebiji tomato belah empat
sebuk kari ikan (3susu)
5ulas bwg merah,3ulas bwp putih,1inci halia,sedikit biji ketumbar,cili kering(blend)
2ulas bwg merah dan putih dihiris nipis.
air asam jawa dan air.
garam

cara:tumis hirisan,masukan serbuk kari dan bahan blend(ni buat pes dulu)..goreng sampai garing,masukan air asam jawa dan air.bila dah didih letak kepala ikan merah,bila ikan agak2 masak letak santan lepas tu masukan bendi dan tomato.last sekali letak garam dan aji..siap..ayam goreng dan tempeh goreng pun menu tenghari kami..

onde-onde
bahan
tepung pulut
air
gula melaka dikerat seperti gula2
garam
kelapa parut

cara-cara
uli kan tepung pulut bersama air.ikut sukatan sehingga boleh dibentuk bulat,masukan gula melaka buat bulat.jerang air masukan adunan yg bulat2 tu didlm air yg dijerang.
bila dah terapung angkat dan letakkan kedlm kelapa parut yg telah diletakkan sedikit garam..golek-golek kan onde-onde utk diratakan dgn kelapa parut tadi.siap dihidang..
p/s: letak daun pandan dan pewarna hijau lebih menarik dan sedap..saya tak letak..

Friday, May 21, 2010

Anak buah yg dirindui..

Lama betul tak dengar telatah meka..huhu rindu betul pada meka.Dulu masa meka kecil mmg dijaga oleh mak saya.Aina dan haziq kawan baik tapi adakalanya suka bergaduh.Tapi bila sorang tak datang umah nenek mesti tanya.."nenek mana aina?".bila aina lak cakap"mokder (pangilan anak sedara utk ibu haziq) mana haziq.Bawalah lah haziq dtg umah nenek mokder."Kalo haziq tak dtg umah mak saya mesti suh ibu haziq bawa aina g umah nenek ambik haziq sebab bab pujuk memujuk ni serah pada aina kalo tak haziq mesti tak nak ikut, lagipun umah nenek haziq dekat tak sampai 7minit pun..kakak saya jodohnya dengan org dekat hehe..hmm cam tulah anak-anak kalo dah pandai cakap dan faham.Dua-dua dah ada adik.Skarang dah besar pun meka.Aina tahun ni genaplah 4tahun dan haziq 3tahun.Setiap kali balik kg mesti tanya mak mana aina dan haziq..tu dulu sebab lom kawen.Sebab masa tu kalo tak jumpa meka mesti rindu sgt...

Thursday, May 20, 2010

Ikan Tongkol masak singgang

Dah lama tak makan ikan tongkol masak singgang..mmg popular di terengganu.Dulu time belajar kat u housemate suka masak ni almaklumlah meka org terengganu.Masak ni simple je sebab tak memerlukan byk tenaga cuma campak-campak ajer..antara bahan yg diperlukan masak singgang ni:

5 Ekor ikan tongkol
¼ inci Lengkuas
4 hiris kunyit hidup atau satu sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 keping asam gelugor
2 biji cili hidup dipatahkan (nak lebih pedas tambah cili api)0

garam secukup rasa
air secukupnya
Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.

Blogger Templates

Blogger Templates

Itulah yg Paling Manis...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Blogger Templates

Blogger Templates

Kanak-kanak mati tersedak susu..

lagi bayi meninggal kecuaian sape?..Lagi2 kes macam ni menimpa wanita yg berkejaya..tinggalkan bayi kat taska or kat pengasuh.Susah nak dimengertikan.Hati ibu mana yg tak sedih bila bayi yg dikandung selama 9bln 9hari meninggal dunia di bawah pengawasan org lain disebabkan tuntutan bekerja.Sedih jgk yelah tak tau nak salahkan sape sebenarnyer.Byk sgt dah kes macam ni belum lagi yg di dedahkan di akbhar..ada yg terjatuh terus tak leh jalan,ada yg cacat seumur hidup huhu sedih baca dlm majalah pa&ma,keluarga mmg ada dimuatkan cerita mcm tu..hati-hati lah wahai para ibu di luar sana sekarang mcm2 kes berlaku terhadap anak kita..

Blogger Templates

Blogger Templates

Tudung dari lycra selamat sampai

Alhamdulillah tudung yg dipesan mgu lepas selamat sampai menggunakan pos laju.Semalam tunggulah tudung tu dlm kul 11-12 pg tapi tak sampai2 ingatkan posmen hantor..hehe rupa-rupanyer dlm kul 3 ptg dengar bunyi kenderaan hon kat depan umah nampak je tertera van pos laju yes!yes!.mesti tudung yg di pesan telah sampai..tak sempat nak snap gambar kotak terus ajer koyakkan bungkusan tu dan sarung di kepala sgtlah teruja..cantek sgt..harga dlm rm65..saya bukan apa nak pakai utk duk umah dan kemas umah depan jer bukan bawa g memana pun hehe..sebab tudung ni senang sarung aje.dulu penah beli sekali kat pasar raya tapi cutting tudung pendek beza sgt dgn yg ini..nilah gambar yg saya ambik dari fb kawan masa diploma azie yg saya order dark brown igt nak beli yg hitam tapi tak der....sape2 nak beli leh ar join..hehe

Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, May 19, 2010

Layan deko plak..

Sentuhan dari rizalman copy gambar ni pun dari blog rizalman..bukan apa suka tengok cara dia design umah ni. Suka hiasan dalaman yg cantik,kemas dan tak serabut dgn barang2 hiasan..ala-ala moden.Suami saya pun minat ala2 moden ni cuma plan ajer sebab lom ada rezeki nak dpt umah ni. Tapi rasa nak wat sentuhan english sikit2 utk tambah seri orait gak..cuci mata sahaja.hehe..cantik sgt..

Blogger Templates

Blogger Templates

Tuesday, May 18, 2010

Elya

DSC01776, originally uploaded by Elya Darwisyah.

Blogger Templates

Blogger Templates

Mengapa susu ibu yg paling baik

Artikel ini ditaip semula dari majalah wanita keluaran mei-jun oleh Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar..

Saya hanya mengambil beberapa point yg penting utk dikongsikan bersama pembaca.Alhamdulillah saya telah pun berjaya menyusukan anak saya selama setahu 3bulan dengan susu ibu dan sehingga kini anak saya masih lagi menyusu susu saya. Disini saya ingin berkongsikan beberapa isi penting berkenaan dgn susu ibu.

SETIAP MAMALIA YG TELAH DIANUGERAHKAN DGN ORGAN MENGHASILKAN DAN MENGELUARKAN SUSU UTK ANAKNYA,SEHARUSNYA MAMPU MEMBERI ANAKNYA SUSU SENDIRI...

1. Dalam islam,terutamanya dizaman rasulullah s.a.w digalakkan ibu-ibu susu,iaitu ibu yg memberi susunya kpd anak org lain kerana tidak mampu berbuat demikian.

2. Anak yg baru dilahirkan mempunyai sistem ketahanan yg belum matang dan kajian tlh membuktikan khasiat susu ibu berjaya utk meningkatkan sistem ketahan tubuh dr sebarang jenis penyakit kerana susu ibu mengandungi protein yg diberi nama Neuclotide yg berjumlah sbyk 72gm/liter berbanding dgn susu formula /susu lembu walaupun byk protien tapi hanya mengandungi 32mg/liter.

3. Protein Neuclotide perlu membina dan mamatangkan sel2 darah putih jika kekurangan protein tersebut menyebabkan anak mudah dijangkiti penyakit dan susah utk sembuh biasanya demam.

4. Susu ibu pada waktu mlm lebih pekat jadi para ibu perlu mengaturkan dlm memberi mereka susu pd waktu malam..

itu yg dpt saya kongsikan sedikit ilmu mengenai penyusuan susu ibu kpd para pembaca semua. semoga kita dpt memberikan anak kita khasiat yg terbaik utk masa depan mereka.

Blogger Templates

Blogger Templates

Monday, May 17, 2010

Tetamuku datang lagi..huhu

Cik tikus masih berleluasa di umah saya..berbagai2 cara nak jerat cik ti ni tapi belum berjaya..dulu mmg pernah ada 2ekor cik ti di umah tapi sudah berjaya ditangkap oleh suami.Sekarang timbul masalah lagi cik ti seekor kecil sahaja mula2 mmg tak tau tapi bila tgk bawah gas byk sisa makanan yg dikumpulkan dicelah gas..Nampaknyer cik ti mengganas lagi..huhu..mmg kawasan kami tinggal byk tikus tak tau dia masuk dari celah mana?..saya mmg geli dgn cik ti..tanya jiran sebelah umah dia pun ada masuk..bila suami gi beli gam tikus ada satu kedai dah abis jual cuma tinggal kedai satu lagi..tapi kali ni jerat tak mengena lah plak..Semalam balik jb tgk2 tak der plak brg2 yg digigit oleh cik ti..nasib baiklah seekor kalo dua ekor lagi haru biru dibuatnyer umah..setiap kali nak masak mmg segala pinggan,mangkuk,kuali,periuk dibilas dgn air paip..my mom ajar..tkt air kecing cik ti terkena kat tmpt tu..huhu..bahaya..penyakit kencing tikus ni..hati-hati..

Blogger Templates

Blogger Templates

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bila layan lagu nasyid dari kumpulan raihan tetiba jer ingat perkara di atas..Betullah kita perlu beringat2 sebelum berlakunyer kemudian hari..semua amalan yg dibuat semuanyer akan di hitung..Setiap kita pasti akan ke Sana umah ke dua yg gelap..teringat masa hari tu jb dilanda black out..sehingga 2jam..tetiba jer dtg idea bagi tazkirah kat suami hehe..ni baru 2jam kita bergelap terasa panas,gelap dan tanpa perhitungan..tapi cuba bygkan di alam kubur bagaimana? azab kubur-cuma bayang kan melalui pembacaan..semoga menjadi panduan utk kita yg masih lagi bernyawa..Ya Allah Kau tempatlah mereka dikalangan yg beriman dan beramal soleh..yg masih hidup pergunakan kesempatan waktu yg masih ada utk bekalan di SANA...Ya Allah lorongkan lah aku serta kaum keluarga ku di jalan yg Kau redhai dan bukan jalan org2 yg sesat..ameen

Blogger Templates

Blogger Templates

spageti

Hmm saya mmg teringin nak wat spageti tapi lom mencuba insyaAllah dlm minggu ni akan dibuat..kelmarin jiran sebelah beri spageti sedap betul dia masak..tulah teringin nak wat sendiri lak..tengah mencari resepi spageti yg mudah,cepat dan ringkas dimasak,kurang pedas supaya elya leh join sama dan sedap..bila dah berjaya mgkin akan diubah suai utk menjadi lebih sedap..hehe

Blogger Templates

Blogger Templates

Baru balik kampung

Alhamdulillah..semalam tiba dengan selamatnyer walaupun waktu perjalanan pulang ke jb hujan lebat sgt dari highway sedenak till tol skudai..huhu sepanjang dlm keta berdoa sahaja..akhirnyer tiba kul 6.sampai tol jem plak byk kenderaan..Semalam g w-day sepupu suami teman sepermainan masa kecik..bln jun ni adalah lagi satu w-day..mgkin scholl holiday..so musim org makan nasi minyak tinggi..hehe..berat pun naik..cerita pasal anak yg sorang ni hmm dia setakat ni takdalh meragam bila balik kg..cuma malu2 ajer bila jumpa atuk dan nenek dan sepupu..lama sikit baru elya sesuaikan diri dia.Bila start dah jln haru biru jadinyer rumah kg luas seronok dia jejaln kat sana ummie dan abah berkejar2 cari dia nyorok dlm bilik sorang2lh,g dapur,g bilik air...tapi kita layan jelh dia..hehe.

Blogger Templates

Blogger Templates

Thursday, May 13, 2010

badminton ..

Layan badminton semalam sampai kul 11 lbh..alhamdulillah menang masuk separuh akhir..pasukan malaysia dah bersemangat balik..seronok tgk meka semua bersemangat kalahkan denmark..apa pun tahniah kpd pasukan badminton malaysia..TAPI yg sedihnya segelitir org melayu islam terutamnya penyokong adakah mereka sudah menunaikan solat magrib sebab slot perlawanan bermula kul 6ptg sehingga 11 mlm??yg wajib perlu dilaksanakan..

Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, May 12, 2010

baju baru Elya

Elya dapat baju baru..baju yg abah elya suka sgt kalo anak dia pakai..hmm..Kami sempat rembat satu seluar warna hitam dan satu lg tak tau jenis apa tapi mmg senag kalo elya pakai yg susah nya kalo dia berak ke sebab baju tu nak buka nyer payah so kami beli yg berbutang aje jenama kiko hehe...tadi pagi try pakaikan elya baju tu..muat jer tapi ada longgar sikit lagi ok if pakai long sleve nampak lagi sopan..

Blogger Templates

Blogger Templates

Tuesday, May 11, 2010

Tsunami Dosa..

Di copy dari blog isteri ustaz zaharudin..semoga kita dipelihara iman..

Dicatat oleh Ummu Husna on 9 May 2010

“Satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Meulaboh, Aceh, Indonesia, pada pukul 12.59 tengah hari tadi, menyebabkan penduduk di kawasan itu menjadi panik.

Pihak berkuasa segera mengeluarkan amaran potensi tsunami dan menasihat penduduk di Meulaboh menjauhi kawasan pantai sebaliknya pergi ke tempat lebih tinggi.” ( Bernama )

“Ya Allah, bantulah saudara kami di Acheh. Selamatkanlah mereka dengan limpah kasih sayang-Mu. Hanya kepada-Mu, Ya Allah..kami berlindung dan berserah..” saya memanjatkan doa tatkala membaca berita duka di atas. Kemungkinan Tsunami melanda bumi Acheh buat kesekian kalinya cukup menggerunkan rasa.

Bagai masih terbayang kedahsyatan tragedi menyayat hati yang pernah melanda rantau ini di penghujung tahun 2004. Ketika itu, saya dan keluarga baru beberapa bulan berada di Malaysia setelah 3 tahun hidup di perantauan, di bumi Jordan. Ribut Tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa. Memisahkan insan-insan tercinta dari kamus kehidupan di dunia.

Suami kehilangan isteri. Pasangan hidup, pergi tidak kembali. Anak-anak meratapi pemergian orang tua. Ibu ayah menangisi tubuh si anak yang tidak lagi bernyawa.

Bumi sebelah sini bagaikan dihentam letupan nuklear dengan beberapa kawasan di Asia terutama Indonesia, Sri Lanka dan Thailand, umpama ‘padang jarak padang tekukur’ apabila hampir sebahagian wilayahnya musnah sekelip mata ditelan ombak besar.

Lidah kelu untuk mengungkapkan. Hanya air mata yang laju menuruni pipi melihat rakaman di kaca tv . Menyaksikan keagungan Allah SWT di sebalik peristiwa sedih yang terjadi. Mendengar teriakan pilu dan sendu insan-insan yang diuji Allah dengan kemusnahan dan kehilangan yang bukan sedikit.

IKLAN MENGGODA
Saya cuba menghilangkan sedikit gelodak jiwa dengan menonton rancangan bercorak agama dari salah satu stesyen televisyen di Malaysia secara online. Sekadar untuk mencedok mutiara ilmu yang mungkin boleh saya manfaatkan buat peringatan diri sendiri dan keluarga.

Ketika itulah, hati wanita saya yang sedia sedih semakin pedih. Akan tetapi, hati muslimah saya lebih terasa peritnya. Tumpuan saya kepada rancangan yang sedang ditonton sangat terganggu oleh satu iklan komersial yang muncul. Aksi artis wanita yang dipaparkan di dalamnya sangat menjolok mata ! Pakaian yang disarung ketubuhnya terlalu sendat dan ketat. Menonjolkan ‘perhiasan dalaman’ seorang wanita yang sepatutnya ditutup dari tatapan mata jejaka.

Sesuai dengan tema iklan yang dilakonkannya :

“Serlahkan gaya kewanitaanmu, mempersona, yakin bergaya”

Dengan gaya ranggi diiringi cara jalan berlenggang lenggok ke sana sini. Ditambah pula, pakaian ketat yang memperlihatkan susuk tubuh. Sungguh menggoyahkan iman lelaki.

Jiwa dan naluri keperempuanan saya meronta-ronta untuk berkata. Patutlah, ada seorang teman mengesyorkan saya menulis sesuatu berkaitan perkara ini.

Saya pasti sesiapa sahaja yang pernah menyaksikan artis tersebut di dalam iklan komersial berjenama kosmetik terkenal anak tempatan ini, akan gelisah dan resah oleh aksi pakaiannya yang keterlaluan.

Sayang sekali bila mengenangkan pemilik jenama kosmetik berkenaan yang diwarwarkan telah berubah ke arah kesempurnaan menutup aurat, malah berpurdah. Sewajarnya, perkara ini sentiasa mendapat perhatian dan berada di dalam pengawasannya agar kebatilan tidak bercambah bersama hasrat murninya untuk membangunkan ekonomi ummah, terutama kepada warga kurang berkemampuan di desa-desa.

Tidak sanggup rasanya membiarkan artis wanita itu terus-terusan dijadikan bahan pelaris barangan. Mengenangkan betapa banyak hati-hati yang telah hitam dan kusam dengan melihat gaya manjanya. Itu belum lagi ditambah dengan sembang-sembang separuh lucah lelaki kurang beriman yang pernah saya temui di satu laman forum berkait iklan menghairahkan ini.

Meluat dan cukup benci saya membacanya!

MEMBANTU YANG ZALIM
Biarpun saya maklum, ada pihak yang melahirkan rasa kagum dan gembira dengan kekuatan iklan tersebut yang dikatakan bertaraf dunia dan setanding dengan iklan berjenama antarabangsa, namun ingatan saya lebih kuat terhadap pesan Rasul Mulia :

‏حدثنا ‏ ‏مسدد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏معتمر ‏ ‏عن ‏ ‏حميد ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قا‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏انصر أخاك ظالما أو مظلوما قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما قال تأخذ فوق يديه

Maksudnya : “ Bantulah saudaramu yang berlaku zalim atau yang menzalimi. Sahabat berkata: Ya Rasulallah,kami membantu orang yang di zalimi,tetapi bagaimana kami membantu orang yang zalim. Sabda Rasullullah: Halangilah kezaliman yang di lakukan oleh mereka.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis, Rasulullah SAW menganjurkan seorang Muslim agar membantu saudara Muslimnya, baik ia seorang yang sedang dizalimi atau ia berada di posisi sedang menzalimi. Lantas, apabila memperkatakan tentang iklan ini, ia bagaikan menyeru :

“Bantulah saudara seislammu yang sedang lemas di lautan nafsu dan pimpinlah mereka menuju jalan yang diredhai Allah dan Rasulmu.”

Orang yang zalim adalah orang yang menyimpang dari kebenaran.

Justeru, apa yang dilakukan oleh artis wanita Melayu beragama Islam di dalam iklan tersebut adalah satu bentuk kezaliman yang sedang berlaku.

Dia seolah-olah sedang menzalimi dirinya sendiri dengan memperagakan aurat yang wajib ditutupi. Dia mengingkari suruhan Allah dengan menayangkan secara percuma tubuhnya yang mengiurkan mata keranjang lelaki tidak bertaqwa.

Begitu juga dengan syarikat yang bertanggungjawab mengkomersialkan iklan ini untuk meraih keuntungan. Mereka tanpa sedar sedang melakukan kezaliman dengan memperdagangkan aurat seorang Muslimah. Menaja kemungkaran dengan menggalakkan kecantikan wanita dipertontonkan tanpa batasan dan rasa bersalah.

“Keuntungan syarikat mereka di ketika itu menjadi syubhah dan sebahagiannya menjadi haram terus akibat dari iklan tersebut” kata suami apabila saya bertanya berkenaan hal terbabit walaupun tidak pernah melihat iklan yang dimaksudkan.

PERANAN
Seorang muslim seharusnya menyukai untuk saudaranya apa yang di sukai bagi dirinya. Kerana itu, perlu diperhalusi hadis ini sebaiknya agar manfaat dari sikap mengambil berat dan membantu orang yang zalim dan menzalimi dari saudara seakidah ini terzahir dan nyata kebaikannya buat semua.

Allah dan Rasul-Nya bukan sekadar menganjurkan kita untuk berkongsi kebaikan dengan saudara seislam kita dari segi material semata-mata. Akan tetapi, kebaikan yang paling besar dan wajib di kongsi bersama adalah hidayah Allah dan kefahaman islam yang mulia.

Lalu, di dalam hal ini, bagaimana caranya dapat kita membantu?

Pada saya, perkara pertama yang dapat saya dan kita semua lakukan ialah dengan menyampaikan nasihat dan peringatan kepada pemilik syarikat Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim, yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan ini di bawah jenama ST Beauty, D’Folia Coffee. Saya sedang berusaha dan untuk mendapatkan alamat emel atau apa-apa sahaja medium perhubungan yang dapat menyampaikan terus peringatan ini kepada beliau, tetapi masih belum berhasil.

Saya maklum akan kebaikan yang terkandung di dalam produk yang diiklankan, iaitu untuk kesihatan dalaman wanita, akan tetapi biarlah promosi dan iklan mengenainya bersih dari sebarang paparan aurat wanita Muslimah, apatah lagi menggunakan artis yang terkenal dengan gaya seksi dan mengiurkan sebagai daya tarikan.

Keuntungan dunia yang bercampur dosa dan dan maksiat akan menghilangkan keberkatan dari Allah. Ingatlah, pelaku dosa yang tidak bertaubat sebelum hayatnya tamat dan kembali kepada Allah, umpama besi yang akan ditarik kepada ‘magnet’ api neraka Allah SWT di akhirat kelak. Na’uzubillahi min zaalik.

Rasulullah SAW menegaskan di dalam satu hadis :

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال : ” كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما ، فقال : ( يا غلام ، إني أُعلمك كلمات : احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سأَلت فاسأَل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله ، واعلم أن الأُمة لو اجتمعت على أَن ينفعـوك بشيء ، لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء ، لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف ) . رواه الترمذي وقال :” حديث حسن صحيح “.وفي رواية الإمام أحمد : ( احفظ الله تجده أَمامك ، تعرف إلى الله في الرخاء يعرفك فـي الشدة ، واعلم أَن ما أَخطأَك لم يكن ليصيبك ، وما أَصابك لم يكن ليخطئك ، واعلم أَن النصر مع الصبر ، وأن الفرج مع الكرب ، وأن مع العسرِ يسرا

Maksudnya : “Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah*, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu**. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”

Dan didalam riwayat imam Ahmad: “Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senggang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan.”

TSUNAMI DOSA
Justeru, saya menyeru kepada mana-mana pengedar, stokis atau kedai-kedai barangan kosmetik yang menjual jenama dari syarikat ini yang membaca atau terbaca tulisan ini agar memanjangkan kata-kata saya kepada beliau. Begitu juga kepada pembaca blog saya yang mengenali mana-mana pihak yang menjadikan kosmetik kecantikan sebagai barang jualan, agar dapat menitipkan kata-kata nasihat buat mereka supaya lebih berhati-hati dalam perniagaan dan tidak melanggar batas-batas syari’at demi mendapatkan habuan dunia yang sementara.

Insafilah, Tsunami besar pernah melanda. Dan tidak mustahil ia akan melanda lagi dengan impak yang lebih besar dari sebelumnya.

Ambillah semua itu sebagai ingatan dari Allah Yang Maha Berkuasa. Tsunami dosa manusia telah terlalu banyak menyelubungi dunia. Tidak hairanlah, Allah mendatangkan musibah sebagai peringatan dan penghapus dosa yang melata.

Telah begitu banyak tanda-tanda Keagungan Allah dari peristiwa Tsunami yang sulit diingkari oleh pandangan mata, pendengaran telinga, dan penilaian hati manusia yang masih berfungsi.

Hanya hati-hati yang buta saja yang masih tegar mengingkari ayat-ayat Allah. Bahkan andai berlaku bencana yang berganda dahsyatnya dari gelombang Tsunami yang pernah berlaku, hati-hati mereka akan tetap keras, lebih keras dari batu yang pejal kaku. Firman Allah SWT :

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Maksudnya : “Karena sesungguhnya, bukanlah pandangan mata itu yang buta, akan tetapi yang buta adalah hati yang ada di dada.” ( Surat Al Hajj ayat 46 )

Dan firman-Nya juga :

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاء وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّهِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya : “Kemudian setelah itu hati-hati kalian menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras dari itu. Padahal di antara batu itu ada yang mengalir sungai-sungai darinya, dan di antaranya ada yang terbelah lalu keluar air darinya.” ( Surat Al Baqarah ayat 74 )

Benarlah kata-kata Allah Yang Maha agung.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Elya fesyen bertudung...

Petang ahad boring2 suka mengayakan fesyen utk si kecik ni..elya dok pakai tudung..Mmg umur macam ni byk perkara yg diserap oleh kanak-kanak. Mereka belajar dari pemerhatian..sebab tu kalo benda yg negatif pun mereka buat sebabnya pengaruh ngatif kat tv terutamanya mmg senang nak ikut..mmg amanah yg Allah bagi kat kita mesti dilaksanakan dgn baik terutamnya hak anak..mcm mana kita jaga mereka,beri kasih sayang,pendidikan agama dan dunia mcm mana kita nak seimbangkan..masa bwh umur 7tahun,then meningkat dewasa bagaimana acuan nya pula..byk tangugjawab kita belom lagi soal mencari rezeki sumber yg halal..sekecil-kecil pun mmg di ambil kira dalam islam..rugi if kita tak memahami dan menghayatinya..fikirkanlah..

Blogger Templates

Blogger Templates

Nasi goreng mak

Wah lama sudah tidak ditempek resepi dlm blog ini..Hari ni saya masak nasi goreng biasa aje..selalu nasi warna hijau tapi skrg warna merah..sebab letak cili blend..ingt dulu waktu sekolah mak mmg suka masak nasi goreng ni...before g sekolah mesti bawak bekal almaklumlah org susah..hehe.bahan-bahan nak wat nasi goreng mmg simple jer

4bwg kecik,3 bwg putih dan ikan bilis-ni tumbuk,cili belend dan sos tiram..semangkuk nasi ptih,garam,aji dan sayur kobis serta telur..

cara-cara
tumis bahan tumbuk sehingga wangi,then letak cili blend lepas npk cam dah garing buh garam,aji dan sos tiram..lepas tu letak nasi putih,gaul sebati then pecahkan telur dan masukkan kobis..siaplah..yummy!!

Blogger Templates

Blogger Templates

Friday, May 7, 2010

Mia Sara Nasuha budak comel

anak buahku noraina batrisyah..

mia sarah nasuha

Kul 630ptg mesti terpaku di depan tv tengok citer mmm adamaya mcam adhamastura jerk..kihkihhh..bukan nak tgk citer sgt tapi suka tgk budak comell ni name dia mia sara nasuha betul ke@ dalam citer tu amani..tgk dia ckp very polite dan serak2 basah aje..suami kata wajahnyer mirip tak tumpah dengan anak buah ku yg sorang ni nama dia nor Aina batrisyah..betul ker?anugerah allah..

Blogger Templates

Blogger Templates

Bacalah Al-Quran

Ramai antara kita menyimpan sekurang-kurangnya senaskah al-Quran di bilik masing-masing. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja daripada bilangan yang ramai itu menjadikan alQuran sebagai bacaan harian. Sebahagian daripadanya mungkin sudah berbulan-bulan tidak menyentuhnya dan mungkin ada juga yang hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat sahaja.

Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sebagai perhiasan sahaja. Sebagai muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran membaca al-Quran. Tetapi mungkin kerana kelemahan kita untuk menguasai bahasa arab menyebabkan kita tidak tertarik untuk membaca sesuatu yang kita tidak faham.

Kebaikan membaca al-Quran sangat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga.

Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (hari Tirmidzi)

Mungkin tidak ada masalah untuk membaca al-Quran pada masa iman tengah naik. Tetapi untuk menjadikannya sebagai rutin harian mungkin agak berat. Iman itu ada pasang surutnya. Antara cara mendorong diri supaya konsisten membaca quran ialah:

1. Jangan simpan quran di tempat yang sukar dicapai. Letaklah di tempat yang selalu anda lakukan kerja atau di tempat yang senang dilihat supaya anda tidak lupa dan senang terdorong untuk membacanya. Contohnya anda boleh menyimpan quran di atas meja belajar, sebelah komputer atau di kepala katil anda. Lebih mudah jika di simpan di tempat yang tidak memerlukan anda bangun dari kerusi anda. Maknanya simpan dekat dengan tempat anda duduk dan dalam capaian anda.

2. Jangan letakkan target yang luar biasa. Jika anda jarang-jarang membaca quran, sudah cukup baik jika anda ‘aim’kan untuk membaca 7 baris ayat (setengah muka surat) setiap hari. Jangan sekali-kali cuba untuk membaca seberapa banyak ayat yang mungkin (jangan tertipu dengan semangat), tetapi berusahalah untuk melaziminya setiap hari walaupun sekadar beberapa ayat. Anda tidak dikira benar-benar berjaya jika mampu membaca 7 baris ayat tersebut, tetapi kejayaan yang sebenar ialah apabila 7 baris ayat itu sebati menjadi bacaan rutin harian anda. Setiap orang boleh meletakkan target masing-masing berdasarkan kemampuan diri.

3. Bermulalah dengan surah yang anda minati. Jika anda tidak tahu surah apa yang anda minat, saya syorkan anda mendengar (mp3) bacaan surah Yusuf oleh Syeikh Saad Said al-Ghamidi. Dapatkan ‘feel’ daripada alunan bacaannya. Kemudian bacalah bermula dari surah tersebut dengan menggunakan alunan lagu yang sama.

4. Bagi yang belum lancar bacaan, gunakanlah sedikit duit untuk membeli vcd bacaan quran yang mempunyai visual ayat dan audio bacaan. Software ini sangat membantu untuk kita mengenal pasti cara bacaan yang betul. Rujuklah software ini apabila bacaan anda tersangkut atau anda tidak yakin bagaimana cara sebutan yang betul.

5. Kadang-kadang kita ada keinginan untuk membaca quran. Tetapi keinginan itu terbantut disebabkan rasa malas untuk ke bilik air mengambil wudhuk. Barangkali sejuk untuk membasahkan diri. Lawatilah www.quranflash.com. Gunakanlah paparan quran yang cantik itu dengan sebaiknya. Anda tidak perlu bersusah payah untuk berwudhuk terlebih dahulu. Anda juga boleh membacanya pdaa bila-bila masa sahaja. Apa salahnya jika meluangkan sedikt masa anda di depan komputer untuk membaca quranflash ini. Untuk pengetahuan anda, setiap kali anda melayari quranflash, ia akan membuka paparan pada muka surat yang sama seperti mana ketika anda menutupnya. Jadi anda boleh melanjutkan bacaan anda secara konsisten sehingga surah yang anda baca itu tamat.

Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah untuk sentiasa mendengar, membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

p/s: Tahukah anda, masa yang diambil untuk membaca satu muka surat (15 baris ayat) dengan kadar (kelajuan) bacaan yang normal hanyalah 4 minit sahaja. Maknanya hanya 2 minit sahaja diperlukan setiap hari untuk membaca separuh muka surat daripada quran.

http://danialle.blogspot.com/

Blog berubah wajah..

Blog saya sudah berubah wajah tapi still 3columm yg berubah design dan warna..npk lebih bersahaja not formal..hehe..coretan pun bersahaja..hope enjoy this blog..dulu warna ungu + pink skrg biru,pink dan putih...i like both of it..