Monday, August 30, 2010

kuih raya dan balang

alhamdulillah kuih yg saya tempah ngan jiran dah siap pagi tadi dia hantar harga utk 50biji hanya rm18.50 biskut raya ni best tau toasted coconut,lovalovi ngan choc rice saya cuba hari tu then saya pilih biskut tu..sedap..hari tu abg ada tempah kuih kat kawan dia sedap gak tapi kami dah buka...kuikui..ni balang kuih raya ala-ala english style tapi murah jer..utk isi biskut raya, ada 3 balang yg sama jenis cadang nak beli balang yg tinggi sikit utk letak kerepek..hehe..tak der sapa nak dtg umah sewa kami cuma kawan-kawan husband adalah..hehe kwn2 saya mostly dah balik negeri masing-masing..

Friday, August 27, 2010

kuih raya kegemaran

Hari ni dah masuk 17ramadan,diam tak diam lebih kurang 2minggu lagi nak beraya..kuih raya yg bpalin gemar saya makan adalah hehe nilah antara nya..kuih tart,kuih batang buruk,mam carie ngan almond london..kuih tradisional minat gak cam rempeyek ngan kuih belanda..mak saya suka sgt order kuih belanda ngan ada sorang mak cik ni sedap betul kuih dia buat..saya penah gak tlg kawan buat kuih belanda ni bahannya senang nak cari tapi nak golong punyalah susah sikit kene cepat2 takut nanti dah keras dia patah n tak lawa..saya tlg dia buat sebab dia dapat tempahan byk utk kuih tu..rasa-rasanya kuih tradisional ni senang nak buat tapi perlukan kesabaran yg tingi..hehe..gambar ni cilok dari cik google

nak masak apa hari ni..

hari ni tak tau nak masak pe..semalam masak bihun sup dan sambal sotong udang,then hari ni tak tau lah plak..adik yg keje jururawat kat hospital sultananh aminah nak dtg nak berbuka posa bersama kami..hehe cadang nak masak ayam masak cili api,goreng tempeh,sambal ikan bilis dan sayur campur..hehe..tgklah tup2 ptg karang menu dah bertukar ke..adik beli sikit2 kat bazar ke kan..elya sejak dua menjak ni susah sgt nak tidor malam semalam kul 12 kot baru tidor..tu pun jenuh nak tidorkan dia sekejap gi luar kat ruang tamu jap gi masuk bilik..huhu..agak2 budak besar cam elya ni mmg dah susah tidor ke...kalo mlm raya tidor lewat best gak ni tengah kita nak bangun sahur dia lak nak tidor lewat..kadang2 kami buat2 tak tau jer sebab kalo makin dilayan makin tak nak tido..dah nagis barulah pujuk masuk bilik..hehe

Wednesday, August 25, 2010

karipap

petang sabtu kelmarin pulun ngan suami wat karipap hehe..yg kelakarnya acuan tak der so design karipap ni jadi tak lawa...tapi ikut kata abang bior tak lawa asal sedap dimakan kuikui..anak beranak juga ya nak makan bukan org lain kan..huhu..tapi elya makan karipap ni bertambah suka kot..masa goreng panas2 karipap ni tak berapa laku sebab dah makan mcm2 kan masa berbuka tup2 tgk after suami balik solat terwaih karipap ni dah nak abis..hehe

muffin cokelat

hari ni rasa mcm nak wat muffin hehe..petang ni abg kata tak yah masak tu yg rajin wat benda lain..hehe..Abang beli kat bazar ramdhan jerk saya request nasi kerabu..masa hari yg saya demam tu abang belikan nasi kerabu gak but saya nya tekak tak leh nak terima sgt so hari ni maybe seera makin bertambah. Pagi tadi batuk-batuk sebab degil nak gak minum ais skrg apa sudah jadi..hehe...batuk saya tak kisah sgt sebab leh wat keje lagi mengemas2 tapi bab demam saya mmg serender..huhu..layan gambar muffinlah yerk hehe ada yg besar ada kecik maaflah bentuk nya tak comel..harap2 sedap mcm hari tu..kuikui..bab rasa bagi si elya dulu, bila dia makan bertambah-tambah maknanya sedap hehe..selera budak kecik sama je ngan org dewasa huhu yg penting budak kecik cam elyya ni tak tipu kan..hehe

Sunday, August 22, 2010

alhamdulillah beransur pulih

alhamdulillah demam beransur pulih seperti sedia kala..:)boleh dikatakan 99%..1% lagi mcm tekak masih rasa kurang sikit tapi dah boleh menjamah mkanan..hehe..since dah baik ni bolehlh nak berblog..terima kasih pd en suami yg bnyk membantu mmg sgt terharu tlg uruskan elya mandikan,suapkan makan..sebab hari khamis mmg pening kepala...petang tu dah rasa kebah then mlm panas balik..skrg ni dah sihat..cerita pasal elya mlm dia dah suka tidor lewat pukul 1pagi huhu..kitaorg dah mgntuk elya stil nak main2 lagi penatlh abah elya main sorok2 ngan main bola dgn ank dara dia ni motif utama adalah nak kasi elya penat dan ngantuk hehe..saya mmg dah tak larat nak buka mata layan dia..sebb saya mmg tak suka tidor siang so jwbnya mlm mmg kene tidor awal..tapi since sejak dua menjak ni elya tidor lewat ikutkan jugak main2 kejar2 dgn dia..huhu..

Friday, August 20, 2010

Susu ibu tidak akan kering

Umum mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.

Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.

Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.

"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.

Elak tertekan

Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.

"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.

Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.

Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.

"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Jangan putus asa

Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.

Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.

"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.

"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.

FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.

Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.

"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.

Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.

Berlatih sejak Syaaban

Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.

"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.

"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.

Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.

"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.

Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.

sumber :kosmo

Thursday, August 19, 2010

Sedih + terharu + geram

Tiap-tiap hari kita dikejutkan dgn kes pembuangan bayi.Bayi dibuang dlm tong sampahlah,bayi dilemaskan disungailah,bayi dibuang dlm mangkuk tandaslah dan memacam lagi. Betul ke kita ni dah berada pada tahap negara maju walhal tgklah anak muda mudi kita ni sanggup berperangai seperti ni..Gejala sosial dah berlambak-lambak, minum arak masa bulan pose pun ada,berkhalwat pun tak kira masa,sana sini org melayu dicekup sebab berkhalwat.huhu sedih lah dengar mcm2 kes skrg ni. Tapi yg pastinya mmg wajarlah hukuman bunuh bagi pesalah yg bersabit dgn kes buang bayi sampai mati..Saya mmg sokong penuh tapi sampai bila? walaupun hukuman mati dibuat mmg tak de kesudahanya better kita bendung perkara-perkara yg mendatangkan maksiat tutup terus pusat karaoke,judi,disko2,konsert2 yg tak berfaedahnya ni semua boleh mengundang barah dlm masyarakat..semoga meka yg sengaja buang bayi ni akan mendapat balasan yg setimpal kalo tak didunia kat akhirat nanti rasakan azab dari Allah

Wednesday, August 18, 2010

Ayam goreng berempah

Resepi ni diambil dari buku chef hanieliza..okay best

bahan-bahan
beberapa ketul ayam
lada sulah,garam,cili blend,halia,bawang putih dan serbuk kari ayam..bahan ni disatukan dan gaulkan pada ayam tgu sampai 1jam boleh goreng..

Tuan rumah kurang sihat

hari ni kurang sihat sakit tekak+batuk+selesema+badan rasa panas huhu.Tapi alhamdulillah elya tak meragam so saya boleh baring2 sebab bila bangun mcm fenin2 jerk..bangun utk solat zohor dan masak kan bubur nasi elya n suapkan dia.Sebenarnya elya pun tak sihat sejak balik kg hari tu.Dua hari kene berak-berak.Semalam juga kami pegi bawa elya jumpa doktor fatimah..alhamdulillah dia ada demam sikit dan doktor bagitau if anak kene cirit birit berlanjutan sampai melepek kat kita tak nak minum pe2 better gi hospital utk masuk air. Tapi si kecik ni minum banyak dan aktif semacam je mcm tak nampak sakit pun..dan hari ni elya berak sekali jerk mgkin dah okay kot tummy dia. Semalam masak nasi lemak dan sambal tumis udang,telur rebus dan ayam goreng serta air twister.kuih muih tu abg beli kat depan kedai runcit tapi tak abes pun.hari ni rasanya nak masak mee goreng jerk sebab tak larat nak bangun.Sahur pagi tadi just buat air milo dan makan quaker oat utk tambah susu badan,makan benda lain tak lalu..ni gagahkan diri jugak bangun utk prepare bahan berbuka dan tengok3 elya tidor lagi so saya start tumis bahan2 dlm kuali ptgkan lebur je mee..Minta tolong abg singgah gi beli tauhu dan sayur sawi..harap2 esok dah okay..dah lama tak kene demam mcm ni sejak 3tahun dulu..so hari ni allah beri ujian demam dan berpuasa..terima dgn hati terbuka. tu abg beli kat depan kedai runcit tapi tak abes pun

Tuesday, August 17, 2010

Muslimah dan Fesyen

Allah tidak meletakkan uniform khusus dalam pemakaian seorang Muslimah, contohnya warna pakaian mestilah hitam sahaja atau labuh hijab sebagaimana kita (orang Melayu khususnya) bertelekung sembahyang. Sebaliknya Allah hanya meletakkan “limitation” di dalam berpakaian. Sebagaimana Firman Allah di salam surah–An-Nur: 31

• “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

• Rasulullah SAW ada menyatakan dengan maksudnya: “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Untuk berfesyen macam mana sekalipun, asalkan menepati sebagaimana yang Allah berikan dan Rasulullah SAW sampaikan. Iaitu:

1) Menutupi dada (atau lebih spesifik: dot dot).

2) Hanya menzahirkan muka dan tangan (tangan dari pergelangan tangan sehingga ke jari, bukan dari bahu tangan sehingga ke jari).

3) Pakaian itu dipastikan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan, apatah lagi bentuk punggung, bentuk kaki dan sebagainya.

4) Tidak melampau-lampau sehingga boleh menarik perhatian.

Wallahua’lam. Banyak lagi yang dikongsi sebenarnya terutamanya dalam isu tudung trendy Arab Style lah, Syria Style lah dsb (tetapi kalau daripada hadis itu pun sudah jelas hukumnya). Cukup sekadar ini yang ditulis.

Berbanggalah kita dengan status diri sebagai seorang Muslimah. Jaga diri dan hiasi peribadi dengan akhlak yang terpuji.

dari: dinalnuzriq

Syukur Alhamdulillah..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah hari ni saya sempat menghabiskan 1juz al-quran yg dimulakan tengahari semalam hari ni masuk juz yg ke 2. Saya dan suami dah bahagikan juz kepada dua iaitu saya akan baca juz1-juz15 dan suami akan mula juz 16-juz30 harap-harap kami berdua sempat khatam dlm bulan posa ni..Dulu time belajar di u,kami duk serumah dlm 10org. Bila bulan ramdhan kami akan divide group utk tadarus quran,jadinya setiap kumpulan ada 2org dan kami pecahkan juz kepada 6juz setiap kumpulan dan alhamdulillah mmg sempat khatam biasa before balik bercuti raya kami akan abiskan membaca juz yg diamanahkan. Rutin kami mebaca bersama-sama after subuh ,zohor (if tak der kelas) dan magrib. Bagi saya peluang mcm tu hanya dpt kat u zaman masa belajar dah tak sama mcm zaman kita kerja @ berumahtangga. Dulu masa belajar bulan-bulan sebelum bulan ramdhan rutin tadarus dibaca after solat magrib dimana setiap individu akan membaca 5 ayat dan disambung oleh sahabat-sahabat lain dan alhamdulillah setiap sem kami akan abiskan 30juz. Selain kita tadarus sebenarnya banyak perkara yg boleh kita pelajari terutamnya kawan yg pandai tajwid akan betulkan bacaan kita so sama-sama belajar dari kesilapan. Banyak saya belajar kat u saya applykan di hari-hari biasa sampai skrg..alhamdulillah semoga usaha ini akan berterusan.. Ramai org yg beranggapan if kita tak bekerja akan berkata" rugilah tak keje dah belajar tinggi2 then duk umah jaga anak".Setiap org ada pandangan yg berbeza-beza..Bagi saya tak rugi mana pun selagi kita ada ada Allah swt dan agama sebagai landasan utk berada dikalangan org2 yg berilmu kita tak rugi malah lagi beruntung. Contohnya kalo dulu pakai tudung on dan off tapi skrg dgn ada ilmu alhamdulillah kita dah tau hukum menutup aurat adalah wajib vs mereka yg tak menutup aurat dan bagi meka yg tak menutup aurat dosanya 24jam if auratnya terbuka utk tontonan yg bukan muhrim,if dulu bacaan quran belum teratur(tartil) tapi skrg dah lancar, if dulu mmg buta IT skrg dah pun celik IT,if dulu baca al-quran pun hanya baca yasin setiap mlm jumaat tapi skrg tiap-tiap hari after magrib mesti mengaji..if dulu sujud tilawah pun jarang buat tapi bila ada sahabat yg menghafal surah as-sajadah semasa melakukan solat subuh alhamdulillah dah tau..If dulu tak tau apa itu makmum muafiq dan makmum masbuk sekarang dah tahu mcm mana nak praktikan dlm solat jemaah..dan yg pastinya dulu hanya belajar teori sahaja praktiknya saya tak buat sebab sekolah harian semua perkara saya hanya faham sahaja tapi tak pernah nak praktikkan tapi sekarang alhamdulillah ilmu yg kita perolehi di u banyak merubah kita ke arah kabaikan yg sangat-sangat dituntut dlm islam..Rugi ker tak bagi mereka yg sia-siakan ilmu tapi still tak amalkan...lagi satu saya tak rugi sebab ilmu yg saya amalkan akan dimanfaatkan utk anak-anak saya bak kata org ilmu yg kita amalkan tak kan abis malah lagi bertambah jika diamalkan dan diajarkan tetapi harta yg kita cari makin lama makin kurang dan akan abis suatu hari nanti..so fikir-fikirkan lah..tak rugi kita belajar dan belajar menguasai ilmu allah yg maha terbentang luas banyak perkara bab-bab agama masih belum hadam lagi..ilmu dunia pun kita kene ambil bahagian juga..tapi sedih masih ada segelintir org yg dah tahu hukum-hakam agama tapi still tak amalkan..adakah belum dpt hidayah atau pun saja-saja buat tak tahu ataupun mmg tak ambil tahu langsung pasal perkara-perkara wajib..huhu sedih sgt..

"Setiap yang Allah aturkan ada tujuan & matlamatnya tersendiri...
kita hamba yang kerdil redha & bersyukurlah atas setiap ketentuanNya"

Wednesday, August 11, 2010

Balik Kampung

Hari ni kami nak balik kampung..rindu ar masakan mak kat kampung nun..hehe mcm duk perantauan lah pulak..insyaAllah kami balik jb hari ahad..so blog ni bersawang le lagi nampaknya..hehe..Sebelum tu,kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak semoga ramadhan kali ini bukan kali yg terakhir utk kita..rebutlah peluang sebanyak mungkin ingatlah belum tentu kita akan menyambut bulan keberkatan ni pada masa akan datang..penuhkan roh iman dlm diri, serikan rumah dgn ayat-ayat suci al-quran..semoga sentiasa mendapat rahmat Ialhi ameen..

Monday, August 9, 2010

Ramadan antara ibadah dan adat

Ramadan antara ibadah dan adat

Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baruyang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil tempat.

Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.

Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja.

Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adat semasa ialah:

* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari)

* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.

* Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27)

* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)

* Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam dan sebagainya.

* Terdorong untuk bersolat tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat tarawih pada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis inidaripada berleluasa seperti tahun-tahun terdahulu.

* Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain.

* Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1,000 orang.

* Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaanpada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril a.s.

* Malas berdoa sedangkan doa orang yang puasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah).

* Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.

* Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadan yang akan datang.

* Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun: 99-100)

* Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa berkat. (Rujuk- http://youtube.com/watch?v=RgT-_Uf62rk)

* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antar seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.

* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat.

Ini adalah di antara beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat Islam semasa menjalankan ibadat puasa yang telah merendahkan martabat bulan Ramadan. Oleh itu, kita perlu menghindarkan perkara-perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda di bulan ini.

Ini berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (riwayat al-Bukhari)

sumber:mr-tazkirah.blogspot.com

Jika isteri menangis dihadapanmu

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Friday, August 6, 2010

Resepi Muffin lagik

alhamdulillah,pagi tadi sempat saya menyiapkan resepi muffin yg barudgn aman sekali hehe tanpa gangguan elya..Elya still tidor. Sempat bancuh muffin lepas second round nak bakar elya dah bangun..pandai anak ummi ni,mcm tau2 je ummi ada keje kat dapur..nilah muffin yg saya buat guna resepi yg diceduk dari forumer ratuhati.com..

bahan-bahan
2cawan tepung gandum
2susu teh baking powder
1/2sudu teh garam
3/4 cawan gula
1biji telur
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran(saya guna minyak masak biasa saje)

cara memasak
satukan tepung gandum,baking powder,garam,gula dlm bekas besar
dlm mangkuk lain pukul telur,masukan susu dan minyak.Tuangkan kedalam mangkuk yg berisi tepung. Gaulkan biar sebati,tuangkan adunan 3/4 penuh dlm paper cup muffin..sementara tu panasakan oven 170'c..nak letak bluberry yg fresh pun boleh,saya letak cokelat chip..hehe..then bakar selama 20min..dpt dlm 12cup..saya gunting cup tu biar leper sikit takut tak muat if muffin dah kembang..hehe

Thursday, August 5, 2010

Ikan kami

Tgk tu jelas tak picture ikan-ikan peliharaan kami..cantik sgt tgk sirip setiap ikan yg ada dlm aquarium kami..dua minggu air dlm aquarium tu tak tukar sebabnya tgk air dia jernih lagi, baru hari ni saya dah tukar yg baru..Selalu once a week saya akan ganti dgn air yg baru hehe tapi kali ni air tu masih nampak jernih so tgulah dah mcm keruh sikit barulah saya cuci penapis dan aquarium tu sekali hehe..ikan yg kecik sekali ni nama dia black skirt baru ku tahu sebab hari tu pi giant singgah pet shop tetiba nampak ikan same cam ikan kami oooo dlm hati kuberkata nilah name ikan black skirt,patutlah dia nyer ekor berwarna hitam..cantek..

Kawan Elya

Nilah kawan elya,umur sebaya dgn elya cuma elya tua 5bulan hehe,pagi or petang if tak da keje saya berborak dgn akak jiran sebelah ni,name dia kak haydee org filipina dah peluk islam hampir 10tahun rasanya..tgk lah gelagat si kecik ni pantang nampak kawan mesti terjerit-jerit. Meka berdua ni selalu gak main2,bercakap2 bahasa deaorglah. Tak taulah apa yg deaorg borakkan. Kdg2 tgk elya angguk kdg2 tgk arisa angguk hehe kelakar lah plak..Biasa kalo ada apa2 mengenai masalah anak,saya refer kat kakak ni..byk gak dia gtau..If balik kampung mesti saya bagitau dia..senang boleh tgk2 kan umah sewa kami..comelkan budak arisa ni..hehe geram tgk

Home school -Flash card

Sekarang ni saya hanya buat home school berdasarkan flash card utk elya,flash card ni dah lama disimpan dlm rak buku sebab masa tu elya suka makan kad dan ada 2or3 kad yg dah koyak tapi stil boleh gunakan lagi. Pagi tadi saya hanya letakan kad diatas lantai sambil bagi dia tgk gambar sayur-sayuran dan buah-buahan dlm bahasa melayu.

1. first saya letakkan gambar diatas lantai sambil diperhatikan elya ambil gambar yg mana,dia sukakan warna yg merah,jadi saya dpt baca yg kanak-kanak more excited dgn warna yg terang
2. then saya terbalikkan gambar tersebut yg hanya ada perkataan,elya mula membuka satu persatu flash card dan kita boleh tahu anak-anak suka benda yg bergambar rather than tulisan.

lagi satu elya ikut mood juga,if dia nampak buku dia akan campak kat kita,itu tandanya dia suruh saya bacakan buku tu,once kita dah baca kita tutup elya akan ambil semula dan campak kat kita suh kita baca sampai beberapa kali sehingga dia jemu hehe masudnyer dah tak der perhatian dia kat kita,Bila kita sebut satu-satu contohnya one,two,three dia akan sebut tapi ikut bahasa dia mungkin nak cakap one tapi bunyi dia szz,szz gitulah hehe

Sup Daging

Antara menu yg plg saya suka adalah memasak sup tak kira apa-apa jenis sup ayam ke,daging or sup campur saya suka sebab sgt simple dan saya suka kalo masak sup menu lain merangkap pasangannya adalah sambal goreng or sambal tumis.Semalam sempat masak sup daging campur sikit carrot since elya pun dah pandai makan nasi butir saya letakan carrot didlm nyer..cukup semua ada karborhidrat,protein dan vitamin hehe..lagipun elya makan pun tak pedas sebab saya tak campurkan sup tu ngan cili api huhu...

bahan-bahan sup daging
daging yg direbus dan telah dihiris
5ulas bwg kecik,3ulas bwg putih,seinci halia(dihiris nipis)
sebatang carrot(dipotong memanjang)
bahan tumisan bunga cengkih,kulit kayu manis dan bunga lawang
garam,aji,air
sup bunjut
kentang belah 4
sedikit serbuk rempah sup dicampurkan dgn air
air rebusan daging

cara memasak
tumis bahan tumisan then masukan bahan hirisan..bila dah agak layu masukan air rebusan daging serta air,rempah sup yg telah dibubuh air serta sup bunjut,masukan carrot dan kentang,masukan daging, tgu until mendidih masukan garam dan aji siap utk dihidang.

Wednesday, August 4, 2010

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN.

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA
PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan
mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak
saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor
Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,
makan dan minum
dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang
paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.
Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina
khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu
tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan,
belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong
Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh
Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia
,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama
1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah
Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah
bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong
Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah
bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama
2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram
dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya
terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk
Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak
mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju
putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya
dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan
disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang
dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,
tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah
Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja
RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,
Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di
Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji
Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah
yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya
untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar
RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta
kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana
tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,
accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau
sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga
matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri
Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah
penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke
Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan
bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat
3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah
masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah
dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka
perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,
Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas
padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi
padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang
menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat
dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah
Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah
dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,
sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah
hu Akbar'......maha suci Allah.

Tuesday, August 3, 2010

Lempeng kelapa,sambal tumis serta daging black paper

Pagi tadi sarapan lempeng kelapa dgn sambal ikan bilis,dapat buat empat keping,elya pun join sekaki..dia suka lempeng ni kebetulan masa masak ayam masak lemak cili api so saya simpan sedikit kelapa yg belum di blender dan pagi ni saya buatkan lempeng kelapa utk suami..hehe,kdg2 tak sempat nak breakfast beli bihun kat depan umah tapi jrg kami beli diluar sebabnyer faham-faha sendirilah kan takut jgk if kita tak tahu kekotoran dan lagi satu saya tak suka order apa-apa makanan di luar yg berasaskan telur sebab saya sangsi jika telur yg belum dimasak tu dah dicuci bersih ke tak..sebab biasakan kulit telur ni ada saki baki tahi ayam lagipun dlm islam mmg amat jaga mengenai halal dan bersih,haram hukumnyer memakan telur yg tidak dicuci bersih if ada najis lagi,asalnya harus memakan telur dan jadi haram if bercampur dgn najis..ingat mencari yg hlal adalh fardhu bagi kita yg beragama islam..makanan akan menjadi darah daging kita..dan kita harus ingat hati manusia ni lain-lain dan yg paling tak kita takut if kebersihan dan kesucian sesuatu makanan yg bercampur dgn benda-benda yg haram..panjang lebar ye kita berceramah..tak pe utk kita dan umat islam diluar sana..satu ingatan utk saya juga..

daging black paper bahan
beberapa ketul daging yg telah dihiris dan direbus sampai empuk
3ulas bwg putih,1inci halia,5ulas bwg kecik,1 bwg besar(dihiris)
kacang panjang dipotong menyerong,carrot
serbuk black paper
sebiji tomato dibelah empat
aji,sos tiram,sedikit air rebusan daging dan kicap masin

cara memasak
goreng daging yg telah direbus bersama garam dan serbuk kunyit then ketepikan,tumis bahan hirisan kecuali bwg besar agak2 dah kekuningan dan wangi masukan sedikit air rebusan daging..then buh sayur tgu agar sayur dah agak2 masak masukan soso tiram,kicap,aji dan garam sedikit sahaja,kacau lagi last sekali masukan daging yg telah digoreng bersama bawang besar yg telah dihiris dan tomato siap utuk dihidangkan.

lempeng kelapa

tepung gandum,kelapa parut,garam(satukan bahan tersebut letakkan air agak2 dah boleh wat lempeng )cicah sambal tumis ikan bilis..sedap..hehe

Pagi tadi sarapan lempeng kelapa dgn sambal ikan bilis,dapat buat empat keping,elya pun join sekaki..dia suka lempeng ni kebetulan masa masak ayam masak lemak cili api so saya simpan sedikit kelapa yg belum di blender dan pagi ni saya buatkan lempeng kelapa utk suami..hehe,kdg2 tak sempat nak breakfast beli bihun kat depan umah tapi jrg kami beli diluar sebabnyer faham-faha sendirilah kan takut jgk if kita tak tahu kekotoran dan lagi satu saya tak suka order apa-apa makanan di luar yg berasaskan telur sebab saya sangsi jika telur yg belum dimasak tu dah dicuci bersih ke tak..sebab biasakan kulit telur ni ada saki baki tahi ayam lagipun dlm islam mmg amat jaga mengenai halal dan bersih,haram hukumnyer memakan telur yg tidak dicuci bersih if ada najis lagi,asalnya harus memakan telur dan jadi haram if bercampur dgn najis..ingat mencari yg hlal ada fardhu bagi kita yg beragama islam..makanan akan menjadi darah daging kita..dan kita harus ingat hati manusia ni lain-lain dan yg paling tak kita takut if kebersihan dan kesucian sesuatu makanan yg bercampur dgn benda-benda yg harap..panjang lebar ye kita berceramah..tak pe utk kita dan umat islam diluar sana..satu ingatan utk saya juga..

Monday, August 2, 2010

muffin kak liza

shanteksnyer muffin kak liza..gebu ajer vs muffin ku..then kenapa muffin ku cokleat chip dia tak naik ke atas huhu..makan okay rasa betul2 cam muffin then tgk cokelat chip dia ada kat dlm tak kat di atas..adakah bila dah bakar tgk dah agak2 naik then kita buh cokelat chip or bakar terus..ku bakar terus tu yg jadi lain..nak gak yg macam gambar di atas tu..:(

bubur panas..

cian elya hari tu masak bubur utk anak saya,bila nak rasa tup2 tak perasan sudu yg saya buat rasa bubur tu mnitik kat bawah elya lak ada..huhu menangis ler dia..saya pun masa tu dah cuak tgk kat hidung dia merah2 kesan lecur,,harap tak ada kesan dah besar nanti...then lepas tgk 2or 3hari lecur dah kering bila nak seminggu dah jadi kuping dan tercabut sendiri tgk hari jumaat lepas..alhamdulillah tak der kesan langsung...tanya jiran dia gtau skin baby ni lembut dan senang nak tumbuh skin baru..sejuk sikit hati ni..tgklah ciannyer..

muffin cokelat versi almari resepi

Pagi tadi after subuh saya dah janji dgn suami nak buat muffin hehe..bahan-bahan semalam dah beli dan ada gak yg ada dlm rumah..Mula-mula ingatkan mcm tak jadi sebab sukatan saya guna agak2 ikut cawan..so mulalah memasak pagi tadi.tgk lah gambar nyer beli paper cup versi panjang huhu tu yg nampak mcm kelakar semua org buat guna paper cup bulat saya je kot guna yg panjang hehe..kul 8pg baru habis dpt dlm 6paper cup versi panjang..Bangun jer tidor husband makan dia kata sedap,anak dara saya breakfast mufin cokelat ni suami kata banyak dia makan..Perangai Elya ni tak boleh dijangka sebab bila nampak makanan baru mmg banyaklah dia makan..lepas ni kalo nak buat muffin cari paper cup yg kecik jerk..maasuk dlm bekas kalo nak makan ambil je dlm tu..hehe..antara bahan-bahanyer

muffin cokelat
200g coklat masakan
70g majerin pelangi
2biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1susu kecil baking powder

cara memasak
cairkan cokelat masakan secara double boiling,setelah cair letakakn mentega,kacau ketepikan,dlm masa yg sama panaskan oven 170'c,dlm mangkuk lain masukan telur dan gula halus pukul sebati takyah kembang sangat then masukan tepung gandum y sudah diayak (saya tak ayak pun kui-kui tak der tempat ayak)dan letakakn baking powder,nak lebih sedap letak kismis ker,cokelat chip ke or kacang badam..saya letak cokelat chip...

Sunday, August 1, 2010

Model siapakah ini

Juru photo kami mana lagi kalo tak my hubby..dan model yang cun kami berdua anak beranak hehe puji diri sendiri lebih yelah kan sape lagi nak puji diri kita ni, selain suami saya..kami berdua jadi model tempat shoot dekat tasek UTM..hehe tgk elya model kecik yg dari tadi senyap memanjang. Selalunyer dialah org pertama yg lebih-lebih nak ambil gambar tetiba je senyap gara-gara juru photo yg kejutkan anaknya dari tido nak ajak g bersiar-siar di tasek UTM jadi tgk lah mukanyer tak seceria..

Opis suamiku

skrg ni opis suamiku dah lengkap dan lebih selesa utk suami study..hehe macbookpro,Table L-shape dan PC..boleh wat kerja serentak..weekend dan mlm hak milik suami utk berada didlm opis ini hehe..tapi siang my time just nak cari info kat internet,update blog dan berFB kui-kui..

New Handset and new Oven

lamanyer tak mengupdate blog..hehe..sekarang ni dapat hadiah serentak dari suami new oven dan handset..mula-mula cadang nak beli satu jer then bila tgk harga oven taklah mahal dlm 100lbh so suami kata beli handset sebab handset saya dah susah nak charge,then tak da paparan name sapa yg miskol yg tak sempat nak ambik..kdg2 tone bunyi lain bila di setting lain..ni gara-gara elya yg suka sgt pegang hset saya sebab nak snap gambar pah tu campak huhu..bila tak kasi menangis..dah beli hset mainan tapi sekejap je dia guna sebab tak leh ambik gambar dia..oven ni saje je nak guna utk main2 bakar haiwan hehe..beli yg kecik sahaja..first time guna bakar ayam..okay best kurang dlm penggunaan minyak kesihatan perlu dijaga umur nak cecah 30tahun..