Thursday, April 29, 2010

Resepi lagik

Memang dah lama nak tempek gambar resepi asyik snap gambar tapi tak upload dalam blog ni..Kali ni nak cerita mengenai resepi masak kueh tiew basah,mee goreng dan kari ayam hehe..

Resepi Kueh tiew basah

Bahan-bahan:
udanng sikit,kueh tiew agak2,4ulas bwg puti,3ulas bwg merah,cili blender,ikan bilis sikit,sos tiram,sos cili,kicap masin,tauhu putih,telur 2bijik,sawi,garam,aji dan air,

cara:
tumbuk segala bwg,ikan bilis..panaskan minyak masukan bahan tumbuk bila agak garing masukan cili blend,pastikan cili betul2 masak,then baruh bubuh sos tiram dan sos cili,letak garam dan aji,then letak udang goreng sebentar baru taruk ayer dan sawi..bila dah didih bubuh kueh tiew yg tlh dibasuh..pecakn 2biji telur tunggu sebentar then padamkn api.siap..

kari ayam

bahan:
ayam separuh potong ikut suka,(sedikit biji ketumbar,4biji bwg putih,6ulas bwg kecik,seinci halia,cili kering)diblend,air asam jawa,kentang dibelah 4,rempah kari daging adabi,air,santan kelapa,gram,aji

cara:
masukkn 4sudu mkn rempah adabi dlm bahan yg diblend then watkan pes.panaskn minyak tumis bhan pes sehingga garing.bubuh air asam jawa,letak kentang tgu sampai kentang empuk,agak2 dah empuk masukn ayam yg telah dipotong dan dicuci bersih.bila dah masak baru letak santan kacau sehingga mendidih..siap utk dimkn.

mee goreng ni dah ada kot resepinyer..

Blogger Templates

Blogger Templates

Baju baru elya

Wah elya pun abah belikan buah tangan masa balik dari kl..Baju baru byk baju tidor sebab baju tidor lama byk yg dah sempit2 seksi lak nanti elya pakai hehe. Satu baju lagi dibeli oleh pak su cantik gak. For ummi abah belikan crosstich sajer jerk abah beli boring-boring saya watlah kraf kan.hehe tapi belum wat lagi..buku crosstich ada beli tapi just bukak dan tengok2 belum lagi sempat nak belajar..hehe

Blogger Templates

Blogger Templates

Barang IKEA..

Deko-deko lagi rumah sewa kami.Seingat sayalah masa mengandungkan elya first time menjejaki Ikea kat area damansara masa tu ngandung 5bulan. Penat gak membawa baby dalam perut jln area ikea kejap-kejap duduk ajer.Tapi kali ni cite mengenai barangan ikea yg dibeli sedikit utk kami anak beranak.Saya tak ikut pun sebab masa tu kakak hampir due bersalin kerana mak n abah saya gi oversea (australia)g honeymoon trip hehe. Nilah sebahagian barangan ikea yg suami sempat membeli jug dan gelas,lilin wangi serta cermin utk hiasan.Sampai jb terus deko2 umah sikit..hehe..Satu lagi suami sempat beli 2pasu bunga berwarna putih..sebab apa nak hias laman lak nak penuhkan laman ngan pokok2 bunga..nanti saya uploadkan gambar nyer

Blogger Templates

Blogger Templates

Menjenguk sebentar

salam..lama sudah saya tak menjenguk blog ni..uhuk..uhuk..patut lah dah berabuk..hehe..masa ni nak pulun cerita kat blog ni..semalam baru lepas interview kpli.Nak cerita skit kat sini.saya intw kul 10pg kat ipg jb nak jadikan cerita saya sorang jerk yang bawa anak yg lain mcm single jerk lagi..Suamilah yg layan si kecik ni..Sebelum masuk itw mmg duk borak2 dgn kawan-kawan baru mmg sifat ni peramah sikit makcik2 pun saya tegur hehe..Sayalah org pertama yg akan dipanggil intw. Sebelum tu sesi itw by group topik mengenai masalah gejala sosial semakin berleluasa dan cara mengatasinyer..Byklah digoreng oleh kami semua dan sebagai mahasiswa kenelah fikir sematang-matangnyer tak leh fikir cam budak-budak..Hampir 30minit abis utk sesi tu. Intw individu sayalah org pertama dipanggil sedikit nervous tapi bila dah start, nervous kurang dah..Panel suh perkenalkan diri,pengalaman ngajar,kos yang diambil dan bersediakah anda mengajar dipendalaman..Soalan last tu lebih santai dan hanya borak-borak mengenai posting..tu aje..Sebelum tu saya dah penah itw dpli ni lain sikit lebih praktikal mereka suh buat mikroteaching...tapi rezeki tak menyelebihi saya waktu tu pregnant..tak perlah mungkin ada hikmahnyer..terima kasih pada suamiku yg tak jemu2 menjaga elya sepnjg sesi temudaga berlansung hampir 3jam..huhu

Blogger Templates

Blogger Templates

Monday, April 19, 2010

alhamdulillah..dpt gak interview kpli kali ni

Lama nyer tak update blog ni.Alhamdulillah tahun ni dpt gak interview kpli ni.3x ambil tahun ni rezeki saya dlm kos pendidikan khas.Skrg ni duk prepare utk intw lak.Ingatkn mcm tak dpt sebab ujian hari tu bahagian analitikal susah gak tapi tak sangka dpt lah..Syukur alhamdulillah.Harap-harap dptlh jd pendidik suatu hari nanti..ameen

Blogger Templates

Blogger Templates

Tuesday, April 13, 2010

Cerita origami lagi..

Origami ni telah dikumpulkan since mgu lepas lagi..Bila elya tidor umminyer sibuk membuat origami ni. Then saya letakkan didalm balang khas.Cantik bila dikumpulkan.Origami burung dan ikan..rerama tak buat lagi nantilah kalo ada masa..kertas ni beli di mph jj taman U dah siap potong empat segi sama..hehe sebab kusangat malas utk memotongnyer menjadi kertas segiempat sama.ni pun cadangan dari suami hehe..thanz suamiku..

Blogger Templates

Blogger Templates

Ayam masak Lomak cili api...

gambar dalam periuk..hehe

Semalam menu kitaorag adalah masak lomak cili api..Suami makan bertambah nampaknyer.Sedap ker..hehe. Tapi biasanyer masak berkaitan dgn santan lemak manis ni saya jarang memasak. Itupun kalo rasa macam nak makan masakan berkari barulah masak. Kari ayam or daging suami kata dah pass. Cuma kuahnyer kene pekat sikit.Tapi saya suka masak lemak kari udang mak mentua buat.Best sgt..memang mak mentua bab kari dan apa jua jenis masakan mesti expert.hehe..seganlah menantunyer sebab tak pandai masak.. Nilah antara bahan masakan utk membuat ayam masak lomak cili api

Bahan-bahan:

separuh ayam dipotong ikut suka
5ulas bwg merah
15 biji cili api-pedas dah ni(^_^)..
2btg serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
daun kunyit
sebijik kelapa-ambil santannyer

p/s: kene kacau sentiasa agar tidak pecah lemaknyer

Blogger Templates

Blogger Templates

Monday, April 12, 2010

Pokok Hiasan

Pokok Lidah Jin

Sebenarnya dah lama benar nak post entry ni pasal pokok asyik terlupa jerk hehe.Saya memang gemar sgt hiasan pokok ni. Mula-mula tu malas nak beli pokok sebab duk umah sewakan,tapi bila pikir-pikir balik halaman umah nampak kosong jer tak der serilah so saya cadang nak membeli seketoi or dua ketoi pokok. Nilah antara pokok yg diletakkan di halaman umah kami. Pokok lidah jin dan satu lagi tak ingatlah pokok apa. Tapi saya suka sangat tgk.Pokok ni senang jaga sebab tak perlu disiram hari-hari cukup 2x sehari jerk.Murah sgtlah pokok dan pasu rege bwh rm15 sahaja. Suatu hari nanti insyaAllah saya akan menanam pokok serai,cili api,pokok limau sambal dan macam2 lagi. Itulah angan-anagan ku.hehe..hasilnya jadi ke tak tunggu..

Blogger Templates

Blogger Templates

Bowling lagi..

Elya dan bola bowling duduk diatas kerusi..baik anak ummi ni

Hari sabtu baru-baru ni kami g main bowling lagi.Kali ni ada geng pasangan yg bakal dpt baby tak lama lagi(faizal&aisyah).Sebelum tu tahniah utk mereka berdua hehe.Harga utk hari weekend mmg sgt berbeza dgn hari-hari lain mahal sikit.Kami main dua game jer.Saat yg paling bahagia nak tau apa tak saya kalahkan suami hehe..tu pun kira nasib jer.Sempat snap gambar elya dgn bola bowling.

Blogger Templates

Blogger Templates

Kek Harijadi Ummi

one slice..

"for my lovely wife mastura"..

kek yg best..

Alhamdulillah hari jumaat lepas 9hb april harijadi saya yg ke-28 tahun.Malam tu suami wat surprised belikan kek harijadi di secret resepi ingatkan nak beli yg satu slice rupa-rupanyer abg beli sebijik..kek tiramisu ok best rasa nyer cam nescafe campur krim..ingtkn nak beli indulgence tapi finish already..cuma saya tambah one slice utk kek cokelat pisang ni special utk elya.Ingatkan elya suka yg tu tapi rupa-rupanyer lebih excited yg tiramisunyer..apa-apa pun thanz suamiku..

Blogger Templates

Blogger Templates

Friday, April 9, 2010

Video HomeSchool Elya

Hari ni nak try masukkan video..try and error jer..Video ni diambil semasa elya tengah masukkan square shape dalam mini kapal terbang. Sekarang ni elya dah expert masukkan shape tu hasil dari pembelajaran dirumah(homeschool) oleh abahnya..

Blogger Templates

Blogger Templates

Hadiah hari lahir..ke28

Alhamdulillah hari ni genap umur saya 28tahun..Begitu lah cepatnya masa berlalu.Doa saya hanya satu ingin menjadi hamba,anak,isteri dan umi yg terbaik didunia ini insyaallah.Sempena hari kelahiran saya ni,suami saya ada memberikan hadiah special untuk saya sebuah beg tangan.Cantik!! saya memang suka sgt.Thanz my dear. Sebenarnya beg tangan adalah salah satu wishlist saya.Akhirnya tertunai gak utk mendapat hadiah ni..sukenyer..

Blogger Templates

Blogger Templates

Thursday, April 8, 2010

Origami-simple butterfly

Sebenarnya saya minat sgt buat origami ni.Butterfly ni pun dicedok dari laman web then try buat nilh hasilnya.Simple dan sgt senang.Guna kertas a4 jer kalo kertas colour mesti shantek..hehe.Minat origami ni dah lama,masa tu relief kelas ujung,pelajar yg kurang pandai dlm akademik tapi bab2 seni ni mmg nom satu. Halus buatan mereka..salah satunya mereka hadiahkan saya origami burung.Ayat deaorg lebih kurang cam nie "cikgu boleh tak saya bagi hadiah burung kertas kat cikgu sempena 'hari guru'"..Saya jwb "boleh jer,nanti saya letak dkat meja saya"..Gembira sgt deaorag bila dtg bilik guru hantar buku nmpk hasil mereka dihargai..Kenangan betul..tapi burung kertas tu dah hilang..jadi kena-kenangan jer..

Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, April 7, 2010

Dilema Wanita, Kerjaya, Ibu & Penjagaan Hukum

Subject: [iscfsksm] Fwd: Dilema Wanita, Kerjaya, Ibu & Penjagaan Hukum

From: http://www.zaharuddin.net/content/view/296/99/

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.

Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."

Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.

"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.

Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.

Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah SWT :

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)

Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :

إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

PEREMPUAN LEBIH SUKAR?

Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :

"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.

"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.

"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.

Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.

"Benar, InshaAllah.." Kata saya.

Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut

إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"

Imam An-Nawawi pula berkata :-

الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"

Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)

LELAKI DUDUK RUMAH, WANITA KERJA

Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.

Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.

Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.!

Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)

"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.

"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.

"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"

"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.

Nabi SAW bersabda :

لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد

Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )

Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.

Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki.

Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.

Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.

KEPERLUAN WANITA BEKERJA & ANAK LELAKI

Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah?

"ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya.

"baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya

Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.

Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?.

"habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.

Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.

Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah.

Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.

Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.

KELEMBUTAN DAN KASIH YANG LUNTUR

Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah.

Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.

Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya.

Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.

Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu TERPAKSALAH dihantar anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangka panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?

WANITA DAN WANGIAN DI TEMPAT KERJA

Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.

" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.

Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergelumang dengan wangian, sehinggakan beberapa meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :

أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?

"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.

Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbankan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.

Nabi SAW pernah bersabda :

ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها

Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)

KKOMEN PEDAS

Mungkin ada wanita yang akan berkata :

"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"

Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.

Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertepatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

NASIHAT PENGHUJUNG

Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya.

Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga sama sekali tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka dan keperluan kerjaya semasa kelihatan menuntut tenaga mereka.

Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah..

Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Posted by Aryati Bakri at 07:22

Tuesday, April 6, 2010

mee goreng simple

Dah lama rasanyer tak berkongsi mengenai ruangan resepi ni.Hari ni resepi kita adalh mee goreng simple. Menu ni adalah request dr suami tercinta di hari-hari weekend sahaja. Memang sedap kalo dimkn panas-panas. Antara bahan-bahan yg digunakan adalh:

sebungkus mee kuning (utk 2org mkn)
4bwg kecik ditumbuk
5ulas bwg putih ditumbuk
3 sudu besar cili mesin
sedikit ikan bilis ditumbuk
sedikit udang kering dibasuh,direndam dlm air panas dan ditumbuk
sedikit ayam,udang (if nak letak)
tauhu
sebiji telur
sawi potong ikut suka
cili hijau
1 sb sos cili dan sos tiram
minyak,garam,ajinomoto

cara-cara
goreng tauhu asingkan.
guna minyak yg sama masukan ikan bilis,bwg putih dan merah goreng hingga wangi
masukan cili goreng sampai pecah minyak,
taruk sos cili dan sos tiram,
masuk kan sedikit air.then masukan sawi,ayam,udang dan udang kering yg ditumbuk
letak garam,aji
masukan mee kuning yg dibasuh
masukan telur kaco untill kering
siap utk dihidang...

Koleksi buku dan majalah

Sedar tak sedar rupa-rupanya rumah sewa kami dah byk buku dan majalah hehe.Kalo ada rumah sendiri dah boleh wat mini libary.Maybe tunggu dalam masa 3tahun or 4tahun lagi insyaAllah adalah rezeki kami utk memiliki rumah idaman. Antara buku yg menjadi pilihan adalah buku-buku agama,novel dan buku ilmiah serta rujukan. Setiap kali pergi angsana kami mmg tak lupa membeli 'buah tangan' iaitu buku atau majalah kalo tak beli cam rasa tak lengkap hidup. Majalah Pa&ma,anis dan mingguan wanita memang menjadi pilihan dihati.Tapi majalah lain ikut mood juga jika ada info yang best memang akan dibeli terutamanya majalah keluarga dan nona. Ada satu lagi permintaan yg akan dibeli tapi bkn sekarang lama lagi lah majalah anjung seri dan impiana serta home deco memang confirm akan menjadi pilihan sampai bila-bila if ada rumah sendiri hehe.Tapi beli sekarang ok gak boleh mencetuskan inspirasi utk menghias rumah nanti.

Blogger Templates

Blogger Templates

Monday, April 5, 2010

Hadiah Elya

Terima kasih kepada uncle faizal dan auntie aisyah-thanz for the lovely gift untuk anak kesayangan kami elya. Anak patung kucing yg berwarna kuning dan dicalitkan sedikit blusher berwarna merah di kedua-dua belah pipi sangat sweet lah :)..Elya suka.hehe.Lagi satu lupa, bubur kacang hijau bestlah aisyah..thanz

Blogger Templates

Blogger Templates

Elya yg bermacam-macam aksi

Sekarang ni elya bnyak menunjukkan aksi yang bermacam-macam sehingga membuatkan kami pening melihat aksi si kecik ni..hehe.Memang sekarang ni kalo nak membuat kerja tunggu sampai dia tidur baru lah selesaikan kerja. Nasib baik ada suami yg memahami. Rajin membantu saya menjaga anak kesayangannya ni sebelum gi kerja,selepas balik dari kerja dan cuti-cuti malaysia hehe.Nilah sebahagian gambar yg sempat disnap...

Blogger Templates

Blogger Templates

Elya dah bertatih...

Sekarang ni Elya sudah berusia 1tahun sebulan 2 minggu, dan alhamdulillah anak saya sudah mula berjalan. Gembiranya hati kami melihat anak membesar dan terus membesar dengan sihat.Lately Elya tak berapa sihat (selesema dan batuk )kemungkinan cuaca yg tidak menentu. Berkat menyusukan elya dengan susu ibu alhamdulillah dia jarang jatuh sakit sebab susu ibu mengandungi khasiat yang hebat dan antibodi yang kuat tak setanding dgn formula milk yg berada dipasaran. Saya cukup berbangga dgn ibu-ibu yg berjaya menyusukan anak sehingga 2tahun dan lagi berbangga mereka semua terdiri drpd yg bekerja. Bagi saya disebabkan suri rumah sepenuh masa memberikan susu ibu tidak menjadi masalah bg saya sebab masa byk dihabiskan bersama anak. If saya bekerja mungkin saya tak sehebat mereka yg berjaya bf anak secara eklusif.

Blogger Templates

Blogger Templates

Friday, April 2, 2010

Apabila lelaki dayus

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
dpetik: http://mr-tazkirah.blogspot.com

Blogger Templates

Blogger Templates

Main Bowling

Alhamdulillah hari selasa lepas kami sempat bermain bowling di skudai prade. Memang hajat dihati dah lama benar menunggu untuk bermain bowling bersama suami dan akhirnya hari tu dapatlah suami menunikan hajat dihati. Sebenarnya plan kami dah lama masa awal2 kawen lagi tapi masa tu genap usia 2 bulan perkahwinan, saya disahkan mengandung. Takut gak nak lasak anak pertama mcm2 kene jaga. Dan lagi satu masa awal perkahwinan saya dapat offer gstt di melaka lagilah berjauhan dgn suami hujung minggu dan cuti sekolah lah masa kami dapat berjumpa. Balik pada kisah main bowling sebenarnya dan 2 tahun tak main sekarang bila main je bola mesti masuk longkang. Husband memang teror main byk kali dapat strike saya jer yang tak pandai main asyik kene gelak ngan suami jer. Bayaran untuk 1 game rm 2ringgit kami main 2 game. Elya ayik bertukar tgn dokong. Alhamdulillah si kecik tak nangis nak join lagi ada lah.Lepas dah abis kitorang decide tambah satu game lagi.Memang seronok rasa nak pegi lagi. InsyaAllah weekend ni plan nak gi tempat baru yang lebih hapenning. Hehe..