Thursday, December 30, 2010

hukum pakai topi santa claus

JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.
sumbaer:http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2010/12/hukum-pakai-topi-santa-claus.html

Tuesday, December 28, 2010

check up mengandung 15 weeks

huhu semalam saya pi check utk minggu ke 15 sepatutnya minggu ke 13..hehe kalo klinik desa dah kene marah dah kenapa tak pi awal2..ingat nak pi minggu sebelum bertolak ke Penang tapi dr fatimah tak der..so masa tu mmg frustlah juga tapi sejukkan hati nasib baik ada asid folik lagi..semalam check up dr kata baby aktif,ukur kepala,ukur peha,ukur tangan,tgk tulang belakang dan sebagainya semuanya alhamdulillah okay..hmm due date kemungkinan 16.6.2010..berat saya turun 0.5kg..dr tu kata awal2 mengandung mmg ada yg trun dan ada yg naik..kalo naik mendadak mmg kenen risaukan..hehe..semalam gak dr amik darah byk gak..huhu..masa first mengandung cek dekat klinik desa just amik kat hujung jari je..huhu..rindu nak pi kat situ lagi..baby ni dah start main kick boxing kat perut saya..aktif semacam jer ni..apa2 pun umie doakan anak dlm perut umie sihat,selamat dan sempurna insyaAllah

alhamdulillah selamat sampai jb

alhamdulillah selamat jugak sampai di jb setelah menghabiskan selama seminggu di Melaka+KL dan Muar hehe..seronok sgt2..tambah seronok melihat anak bermain2 dengan sepupu2nya..kelakar pun ada..sekejap betul dah membesar..ada org angap elya mcm budak 2tahun nampak tinggi dan badan dia pun dah semangat..mgkin minum susu ibu selera makan mmg tak de masalah..ni dah terbukti anak kakak saya sekarang umur dia 2tahun lebih dah stop susu botol..makan berselera sgt.hehe..apa2 pun umie doakan elya sihat dan bijak yerk..gambar elya lama dah tak upload..gambar kenduri kawen adik pun tak upload gi mcm banyak kejelah plak kan..hehe takpe nanti ada masa saya uplaod.

Thursday, December 23, 2010

alhamdulillah berjaya

berjaya tetiba mcm rasa syukur sgt2 akhirnya temuduga gst(guru sandaran terlatih) hari tu membuahkan hasil..hehe..tak tau bila akan dipostingkan biasa dlm tempoh sebulan baru tau kat mana saya dicampakkan..hope sgt2 dapat area jb..fikirkan anak lagi..skrg ni mcm2 kes pasal pecah rumahlah,bunuhlah takut..doakan semoga saya dpt dipostingkan dekat dgn suami tercinta kalo boleh sekolah area taman u ke..hehe

hari ni bertolak pulang ke melaka

alhamdulillah dah 3hari kami di Penang menemani suami tercinta ada conference sepow ..elya pun takdalh buat perangai ditempat baru.Tidur nyeyak lagi anak dara ni..cuma bila abah elya nak pi conference semalam dia nangis2 nak ikut.sekejap je..aa biasalah budak2kan..sekarang ni elya dah pandai nak suruh angkat2 barang..bila kita suh ambil botol air dia ambil bawak kat kita..gi mandi dia dah menuju dulu ke pintu bilik air.bila kata nak susu dah pandai ajak gi dapur nak tgk umie wat susu..saya sekarang ni dah start campur susu 123 ducth lady..elya pun dah nak masuk 2tahun.kadang2 selalunya malam lah biasa saya akan wat tandem nursing..sebab ada penyakit malas datang nak bangun watkan susu..hehe..tapi alhamdulillah elya just minta waktu nak tidor je..kdg2 sahaja dia bangun nak susu..jaga elya amat mudah sekali..

Hari ni kami akan pulang..mungkin bertolak kul 10p..jejalan di batu ferengi.then singgah sarapan di mana2 tempat..sepanjang pergi kami hanya drop di sungai perak kawasan rehat..tempatnya not bad..seronok..dan yg paling penting makanan dan tempat solat amatlah selesa.alhamdulillah..semoga perjalanan kami selamat insyaAllah

Friday, December 3, 2010

hargailah ibu kita

CERITA DARI SEORANG SAHABAT..

Semalam, saya menerima 1 lagi cerita @ kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.
Saya menangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini. Aduhh…memang betul-betul membuatkan hati saya begitu tersentuh dan tak keruan…

Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…
Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”
Ibu tercinta pergi buat selamanya………
Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.

~Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita..~

bagaikan menatang minyak yg penuh..hehe

tau kenapa tak..hehe ku sekarang ni bagaikan bidadari je apa yg nak diminta semua abang layan je sebab sekarang ni my womb tak kuat so apa2 barang yg berat2 termasuk elya abg yg angkat..termasuk tlg saya bilaskan baju almaklumlah tak der kesempatan lagi nak beli mesin basuh automatik...hmm hope everything fine dan kandunganku tiada apa-apa masalah..kdg2 risau,kdg2 tak..cuma sebagai wanita perasan tu kdg2 sentiasa membelengu dlm fikiran.. hatinya just ingat Allah sentiasa berzikir,berdoa,baca quran sebab dr fatimah ckp syaitan ni mmg selalu ada dekat2 dgn kita nak2 bila kita mengandungkan umat nabi muhammad lagilahkan mcm2 kita fikir..so sentiasalah beristigfar..bila Allah kata tu rezeki kita mmg tulah rezeki kita,tapi bila ia bukan milik kita beserah padaNya..Dialah yg terbaik menentukan.

Thursday, December 2, 2010

berehat seketika..

sebenarnya blog ni kene berehat seketika disebabkan hmm masalah broadband maxis yg problem semenjak 3minggu yg lalu..hmm kurang semangat nak mengepos apa-apa didlm blog ni sebab asyik terputus je..so tunggu jelah..minggu depan balik kg adik nak kawen..9hb dis 2010..then 22/12/2010 trip ke penang ikut suami ada conference disana tapi tak tau lagi..sebab dr kata rahim masih tak kuat..ada bleeding sikit..takut sgt2 takut tapi tawakal if ada rezeki kami adalah.. itu yg terbaik utk kami,redha yg penting..semoga tiada masalah baby still ada heartbeat..setiap kali scan..semoga dia dipelihara..ameen

Wednesday, October 27, 2010

tekak loya2

tadi bila masuk ke dapur tetiba je feel nak muntah..sib baik leh tahan gi..tekak dah rasa kembang jerk..dulu masa mgandung anak pertama 2minggu jer rasa morning sickness,hope yg ni pun jgnlh lama sgt mmg tak leh tahan kalo lelama sebb kerja rumah by nak kene setel..huhu..rasa mengidam tu ada cuma kdg2 mintak suami belikan apa2 then rasa nak makan tetiba jer cancel..cerewet yerk bby ni gak nya..tapi setakat ni lom rasa bila mkn then muntah hope berterusanlah..cuma skrg suka mkn ala-ala western food je ni..penangan baby kedua rasanya mcm cepat penat..kekadang if mandikan elya sekejap berhenti jap then sambung balik..kdg2 minta tlg suami mandikan si kecik ni.. yg plg best bila suami offer nak mandikan apa lagi sukanya..tetapi yg plg pelik sikap elya ni semenjak dua menjak ni dia asyik nak manja ngan abah dia jerk..mcm kes tengahari tadi abah dia nak gi work tetiba jer nangis teruk..huhu jenuh pujuk dia..tetiba si elya ajak masuk bilik sambil tunjuk losyen vaseline..apa lagi bagi jelah secara automatik terus dia diam sengih2 nampaklah beberapa batang gigi plus gigi geraham yg dah ada 4btg...then duk main beskal lah,main teddy bearlah..hehe..lawak betul si elya ni..ada org kata bila nak dpt second baby ni anak pertama selalu buat perangai betul ke?hehe tak taulah..

selesai sudah tapi next week ada interview lagi..

alhamdulillah selesai sudah sesi temuduga pagi tadi..saya org ke2,kebetulan masa nak register nampak kwn sebatch dgn saya..tak sangka jumpa lagi..hope kami adalah rezeki tahun ni..soalan byk pasal asp,php dan jgk methodologi..hehe dlm bi goreng-goreng lah jawabnya ada yg betul n tak betul jerk..apa-apa pun tgu result bulan depan..second interview next week..interview ni dah pernah pegi guru sandaran terlatih(gst) masa tu dapat offer tolak disebabkan hal2 tertentu,apply semula dapat surat temuduga.2 nov 2010 di tempat yg sama masa saya interview gst smk mohd khalid..semoga Allah permudahkan urusan saya,suami dan anak-anak sekeluarga..ameen..tambah tolak tahun ni 4x attend interview..cari pengalaman..org kata mana tau anatar satu tu ada rezeki kita..

Tuesday, October 26, 2010

esok interview ptm

sekejap je masa pada hal dpt surat interview dah lama tup2 esok dah gi interview..huhu..prepare pun tak sgt..tawakal jelah apa soalan yg bakal di tanya..seminggu hari tu dok kl,muar dan melaka..so prepare tak sgtlah..sebab ingat nak balik jb hari rabu...tetiba cek kat web mara dapat hadiri ujian personaliti mara utk jawatan pensyarah mara/guru mrsm..terpaksalah tgu sampai hari sabtu, after exam yg abes kul 1.30 tgh then terus balik jb..cian kat suami banyak keje yg kena settle..huhu..tak per berkorban sikit eh..mana tau tahun depan rezeki kita murah dengan kehadiran cahaya mata kedua..ameen..

Elya and abah + tudung

hee...sekarang ni anak dara sudah melaram..pantanglah saya nak mandi kan dia mesti nak cuba-cuba baju dia...then sekarang ni plak bila saya nak solat mulalah ambil tudung labuh saya dan pakaikan kat dada..last2 saya try pakaikan dia tudung raya warna hitam sambil kata..tudung ni sesuai ngan elya..ni elya punya ek..then saya pakailah..lama gak bertudung..lepas ni lehlah gi jejalan pakai tudung yerk elya..gambar tu tengah sibuk manja ngan abah dia after solat magrib berjemaah....elya suka if kami pegang buku mesti dia kaco..tgk tu sibuk ngan abah dia sambil dengar tazkirah abah dia bacakan..hehe..moga anak umi mudah faham apa yg diajar ameen...

Tuesday, October 19, 2010

rahsia didik anak pintar mengikut pandangan islam

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.

Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”

Fadzilah Kamsah – Pakar motivasi

“Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.

Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.

“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.

Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.

Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.

“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.

Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.

Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.

“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.

Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.

Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.

“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.

‘Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam’

IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.

Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.

Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.

“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.

Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.

Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.

“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.

Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.

“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.

“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.

“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.

Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.

INFO: Tip untuk ibu bapa

* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
* Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
* Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Sunday, October 17, 2010

DOA YG SAYA SAMPAIKAN DI SURAU AN-NUR BANGI TENTANG KEBERKATAN HIDUP ANAS B MALIK RA, 101 Doa drp hadis Sahih Telaga Biru-ustaz zahazan

اللهُمَّ أكْثِرْ مَالِي وَوَلَدِي ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي ،
وَأَطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ ، وَأَحْسِنْ عَمَلِي ، وَاغْفِرْلِي

Ya Allah , banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yanga Engkau kurniakan . Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku . [1]
[1] HR al-Bukhari dalam adab al-mufrad no 653 dan dianggap sebagai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2241. HR al-Tirmizi no 2329 dan dianggap sahih di sisi para muhaqqiqun.

asid folic

huhu semalam dah mula makan ubat asid folic...hmm mmg tak suka makan apa-apa ubat tapi demi baby sanggup je dan redah jerk..kalo makan ubat mesti terus laju minum air manis cam sunkist or rebena ke sebab ubat tu hmm rasa loya sikit..suami jgn citerlah bab2 makan ubat suka sgt kenekan saya sebab bila time makan ubat je mesti suami akan gelak nak-nak ubat yg besar2 huhu lama lah saya tunggu mmg bercinta nak makan ubat..tapi sib baiklah asid folic cam kecik jer kan..hehe.semoga selamat semuanya..

Saturday, October 16, 2010

temuduga ptm

hari jumaat lepas dapat temuduga pegawai teknologi maklumat f41 kat jb..alhamdulillah..rezeki temuduga tahun ni tak putus2..first dapat kpli..tapi resultnya hehe xdapat,then interview dh 41 resultnya adalah calon simpanan dan yg ni ptm 27hb 10 ni..belum prepare pe2 pun cuma baca sikit2 jerk..bila mengandung rasa cam cepat penat,pening dan selalu mengantuk..biasa siang mmg jarang tidor tapi kali ni sejam kot tidor dgn si elya..hehe..so nak baca sikit bolehlah..anak dlm perut pun join sekali..hope ada rezeki kali ni..sebab mcm rasa baru bulan jun hari tu isi jawatan ni kat spa,tup2 dia dah panggil interview..baca kat forum mostly kalo isi dan nak dpt interview 2 or 3tahun baru dpt..tak per..mana tau rezeki anak kali ni..cuba je..hehe

Alhamdulillah...it's positive

Gembira sgt2 sebab kami bakal menimang cahaya mata kedua..insyaAllah pertengahan bulan jun..mmg plan bulan posa utk dpt baby kedua dan Allah makbulkan doa after raya baru period lewat..tapi biar je dulu tunggu sampai 7days then cek upt alhamdulillah it's positive..suami terus panggil elya kak long..kelakarnya..Tadi cek doktor panel..dr scan belum nampak gi tapi rahim dah kembang..baru2 mmg tak nampak..mmg rasa tegang je perut ni..baby 2011..insyaAllah kalo ada rezeki dpt sambut raya tahun depan sekali sebab tambah tolak after pantang then berpuasa..hehe..dan alhamdulillah dah abes melaksanakan posa ganti selama 7hari semasa dibulan syawal hari tu.so bolehlah pasni makan dan makan lagi..kuikui..tak nak rasa gembira lagi sebab mcm2 boleh jadi..tapi hati tetap rasa syukur yg amat sangat padaNya..Terima kasih Allah..semoga rezeki anak ini memberi seribu kebahagiaan dan keberkatan kami sekeluarga..ameen

Thursday, October 7, 2010

puzzel elya

ni elya nya puzzel 1-10 dan huruf hijaiyah..sebab dia dah boleh ikut beberapa perkataan yg mudah..memula jer elya sgt2 teruja dgn puzzel ni lelama cam dah mula bosan tapi still nak main gak puzzel ni..tengoklah bukan main lagi dpt puzzel tu..tulah hari pertama so nampaklah excited sikit..hehee

alhamdulillah

syukur padaNya kerana apa..hmm sebab abah saya dah semakin pulih tetiba jer abah kene serangan jantung..hari jumaat yg plg mendebarkan sebab terima panggilan dari adik bongsu mengatakan abah masuk icu..huhu risau dan hanya ingat pada Allah jer masa tu.fikiran bercelaru walaupun pada hari tu saya dan suami berpuasa..kul 3 lbh kami pulang ke kg dan jemput sekali adik kat jb..semua baju saya main campak-campak je masuk dlm beg..sampai melaka terus pi hospital dan sempat melawat abah yg telah dimasukkan ke ccu..alhamdulillah sempat berbual2 tapi abah perlu rehat..sape sangka kan tetiba je dpt serangan jantung..mastu tu abah dah rasa mcm sakit kat dada dlm masjid waktu tu imam baca doa lepas sembahyang jumaat..balik after solat abah terus panggil mak suh ambil minyak cap kapak sebab merasakan sakit kepala..then abang suh pi hospital dr terus masukkan ke icu..alhamdulillah hari keempat abah dah okay dan telah menerima rawtaan sebagai pesakit biasa..ameen semoga kesihatan abah bertambah sihat..

Monday, September 27, 2010

baju jubah versi bola..

apa-apalah elya ni sekarang perangai dia dah macam org dewasa semua baju dia nak try termasuk baju umi dia ni versi jersi bola..hehe..tulah bila dah pakai baju besar dah nampak cam pakai jubah je ni..lama tul dlm sejam kot dia pakai bila saya bukak dia nangis kesudahannya biorkan lah dia pakai sampailah dia suh buka..hehe..ni baju panas elya since belikan dia umur dia setahun act baju ni beli utk pakai kan dia masa tidor di hotel almaklumlah first time bawa dia gi hotel sian tgk dia kesejukan nanti..tapi beli baju ni memang berbaloi tak rugi pun..kami bawa dia gi shoping memalam pun kami pakaikan dia baju ni..sejuk dlm shopping complex tu..hehe

Friday, September 24, 2010

elya nak pi school

hehe..geli hati melihat anak yg membesar didepan mate kita..tak kering gusi lihat dia wat aksi yg punyalah kelakor..hehe..elya nak pi school semua dah lengkap beg school ada,selipar jepun ada dan yg plg best elya pi sekolah guna beskal baru dia.hehe,..nak gelak pun ada..buku dlm beg ada satu jerk..rajin-rajinlah belajar ya.org berilmu ni dipandang mulia dlm masyarakat..ikut cam abah sambung ssmapai phd cam umi master jerk.kuikui.tak tingi hehe..hhee

Wednesday, September 22, 2010

beskal baru cik elya

beskal ni beli sebab hari tu beraya umah kak ipar then elya nampak beskal terus nak naik..duduklah dia until kitaorag abes makan hehe..then suh turun dia tak nak..huhu..then gtau abang better nanti kita pi cari basikal elya ni mungkin dia dah seronok kot..so petang sabtu gi jalan giant tehn nampaklah beskal terus try duduk kan elya..terus dia suka..sampaikan nak pi bayar menangis2 nak naik beskal pada hal abahnya nak pi bayar kat kaunter..huhu jenuh umi dukong elya..dlam keta lak biasa kan saya ngan elya duk depan then bila abah elya letak kat sit belakang nangis huhu so saya terpaksalah layan kan dia duk belakang diam2 dengan basikal dia..bila sampai umah je terus lah naikan dia..yg geli hatinya teady bear yg di panggil baby tak kasi duduk kat beskal..terus dia campak kuikui..tapi sakarang ni cam dah boleh memula je kedekut..kelakarlah elya ni..

gambar raya kami..hehe

semalam nak upload tapi tak nyempat..hari ni leh upload.Raya pertama hingga raya ketiga kami beraya di muar then pastu ke melaka sampai hari khamis..banyak gambar raya nilah plg best..gambar di muar..melaka tak sempat nak snap hanya gambar anak-anak buah jer sebab pakai baju lawa2..hehe

Tuesday, September 21, 2010

blog tak leh upload gambar..

Ingatkan dah boleh upload gambar tapi blom boleh lagi..gambar raya dah banyak dah..tgulah network okay sikit..

Sunday, September 19, 2010

alhamdulillah gigi bongsu dah cabut semalam..

gigi bongsu yg sakit sejak raya ke4 hari tu semalam dah dicabut dekat klinik gigi taman u..best doktor tu..mmg tak menyakitkan hehe..memula dia bagi pilihan nak cabut or nak biarkan..then bila dipikir semula better cabut nanti kalo tak cabut susunan gigi akan jadi tak lawa sebab gigi bongsu ni ikut mana dia nak tumbuh tu yg di tolak gigi lain if kita tak cabut..so dengan bulat hati cabut jelah kan dari merana je sampai ke tua..tapi alhamdulillah proses cabut gigi tak lah lama sgt xray then dr tgk mana keududukan gigi, then dia bius adalah dlm 6tempat mcm semut gigit pipi dah tembam sgt..hehe then proses cabutlah pulak after cabut dr kata kalo gigi bongsu tumbuh belah bawah mmg kene wat minor operation tu yg terkoyak sikit then dia jahit..tak sakit pun hehe tapi harga nak cabut gigi tu rm450 mahalkan tapi tak perlah duit leh cari sakit gigi tak kan nak tangung seumur hidup..huhu susah gak doktor kata sebab gigi ni mcm besar sikit tu yg bleeding sikit..huhu.After cabut dr suh tunggu 5minit nak tgk ada bleeding lagi ke tak..then dia tgk okay so sya kuar dgn muka yg besar seblah hehe..sepanjang bailk tu saya mmg tak bercakap ngan suami pun sebab lama-lama ubat bius abes tu yg terasa sgt2 sakit..makan 2biji ubat tahan sakit dan ubat antibiotik then tidor jap tapi mata tak leh lelap so baring je..lelama okay..hehe..Sepanjang hidup saya jumpa dr gigi masa sekolah rendah je..tu pun cabut gigi yg berlubang..then sekolah menengah just wat chek up je dr kata gigi okay,tahun 2006 saya pi dentis nak cuci gigi tu jelah yg terakhir jumpa dentis..lepas tu tak dah..hehe sepatutnya 2kali setahun mesti jumpa dentis tapi disebabkan takut yg amat terus batalkan sahaja..hehe..selamat tinggal gigi bongsu ku..dr pun ada bekalkan sekali gigi tu utk saya bawa balik dan tanam..hehe

gigi bongsu yg sakit sejak raya ke4 hari tu semalam dah dicabut dekat klinik gigi taman u..best doktor tu..mmg tak menyakitkan hehe..memula dia bagi pilihan nak cabut or nak biarkan..then bila dipikir semula better cabut nanti kalo tak cabut susunan gigi akan jadi tak lawa sebab gigi bongsu ni ikut mana dia nak tumbuh tu yg di tolak gigi lain if kita tak cabut..so dengan bulat hati cabut jelah kan dari merana je sampai ke tua..tapi alhamdulillah proses cabut gigi tak lah lama sgt xray then dr tgk mana keududkan gigi, then dia bius adalah dlm 6tempat mcm semut gigit pipi dah tembam sgt..hehe then proses cabutlah pulak..huhu susah gak doktor kata sebab gigi ni mcm besar sikit tu yg bleeding sikit..huhu.After cabut dr suh tunggu 5minit nak tgk ada bleeding lagi ke tak..then dia tgk okay so sya kuar dgn muka yg besar seblah hehe..sepanjang bailk tu saya mmg tak bercakap ngan suami pun sebab lama-lama ubat bius abes tu yg terasa sgt2 sakit..makan 2biji ubat tahan sakit dan ubat antibiotik then tidor jap tapi mata tak leh lelap so baring je..lelama okay..hehe..Sepanjang hidup saya jumpa dr gigi masa sekolah rendah je..tu un cabut gigi yg berlubang..then sekolah menengah just wat chek up je dr kata gigi okay,tahun 2006 saya pi dentis nak cuci gigi tu jelah yg terakhir jumpa dentis..lepas tu tak dah..hehe sepatutnya 2kali setahun mesti jumpa dentis tapi disebabkan takut yg amat terus batalkan sahaja..hehe..selamat tinggal gigi bongsu ku..dr pun ada bekalkan sekali gigi tu utk saya tanam..hehe

Friday, September 17, 2010

info gigi bongsu@wisdom teeth

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.

Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

Dah balik raya

Alhamdulillah kami dah selamat pulang ke jb semalam petang dlm kul 6.30ptg..jalan lebuh raya sib baik tak jem yelah semalam kan malaysia sambut 1malaysia cuti so risau gak tkt2 jem kan..hehe..tapi raya kali ni meriah + tak best..sebab nak tau knp hari keempat syawal tuan blog gusi bengkak rupa-rupanya gigi bongsu nak tumbuh..sakit sgt..jumpa dr gigi dia syorkan cabut sahaja gigi tu sebab nya tak da space gigi bongsu tu nak lepak huhu..sakitnya tuhan sahaja yg tau..ni dah okay sikit..lagi satu elya lak kene demam campak huhu..mmg raya kami just duk umah jelah..sib baiklah penyakit tu tak kene petang raya...haru biru kot kempunan nak makan ketupat dan rendang..hehe..Kat kg kami sakan betul bergambar..tak sempat nak upload nanti ada masa saya upload gambar anak dara pakai baju kurung + bertudung hehe

Monday, September 6, 2010

sebelum balik kg kami clearkan apa yg patut dulu..

Hari ni kami akan berangkat pulang ke kampung halaman..hehe..dlm lepas zohor insyaAllah kami akan pulang...Sebelum balik saya dah clearkan semuanya seisi umah..saya start kemas after subuh dlm kul 6pg..Kemas baju-baju yg nak dibawa ke kg.3beg dah siap disi beg yg berbentuk kotak baju raya utk 3beranak,beg yg warna hijau baju2 nak pakai hari-hari biasa dan beg merah tu utk pampers elya budget dlm 9hari utk dipakai..tapi kami balik raya insyaAllah raya ke-6.Lepas tu saya clearkan aquarium buangkan air yg keroh gantikan dgn yg baru,basuh penapis dan tukarkan span penapis yg baru then kasi ikan makan setel..Peti ais saya depforst freeze,then clearkan segala apa yg tak diguna dlm peti ais dan cuci tempat letak segala sos, lap2 mana yg patut..hehe setel utk peti ais..dan dapur setelkn semua bahan dan lauk yg tinggal buang semua yg tak diperlukan..kemas umah dah setel semlm cuma sapu apa2 yg patut..hehe..utk bilik air akan di cuci seminggu sekali..tak blh tgk bilik air yg kotor geli geliman nak masuk..alhamdulillah setel dlm kul 7.45pg..elya pun tidor so senang nak setel semua keje..tak kira balik kg utk raya ke or balik kg suka2 semuanya sy akan pastikan betul kemas dan bersih..lagi pun kami menyewakan so bila tuan umah dah bagi amanah kat kita tu jgnlh kita anggap tu bkn umah kita sesuka hati je nak kotor2 kn..even kalo kami duk hotel ke sy mmg pastikan before balik sy kamas apa2 yg patut sebb kesian tgk meka yg kerja cleaner kan meka pun pnat nak2 cleaner yg dah dianggap sgai makcik..cian..

Saturday, September 4, 2010

duit raya..belom masukkan lagi..

hehe..duit raya nak bagi anak-anak buah belom siapkan lagi duitnya sudah ada tapi lom masuk dlm sampul..hehe tkt tak dan jer nanti al-maklumlah dah ada anak dara ni yg suka kaco org buat keje..sedar tak sedar elya dah setahun 6bln pun maksudnya dah 18bulan pun anak saya..besar panjang pun dia..org ingat kalo pergi mana-mana mesti tanya ni dah 2tahun ke?hehe saya pun senyum jer sebab elya ni nampak tinggi..adalah 2 or 3 perkataan yg dia dah pandai sebut dan selebihnya membebel-bebel jer keje nya..tak faham lah..tapi sebagai seorang umi kita mmg fahamlah apa yg dia nak kan..Tahun ni dah mula nak buat saving acc utk elya for her future time..masa depan yg kita tak tau apa yg bakal berlaku adakah kegawatan ekonomi ker..or barang makin hari makin naik ke..zaman sekarang pergi shopping jer kalo tak bawa rm300 mmg tak cukuplah..utk barang dapur yer..belom lagi keperluan lain..pampers elya jgn ckplah mahal ni sib baik leh save susu sebab elya menyusu badan free of charge lagi..umi halalkan setiap air susu umi utk elya..semoga kamu menjadi anak yg solehah dan dengar kata ya..syukur sgt2 kurniaan Allah melengkapkan hidup kami dengan cahaya mata yg tiada nilainya dgn wang ringgit..ramai yg diluar sana nak dpt cahaya mata tapi masih belom ada rezeki lagi..bagi kami after 2bulan berkahwin alhamdulillah Allah kurniakan anak..dan amanah ini sgtlah berat utk dipikul lebih-lebih lagi nak mendidik menjadi anak yg taat suruhan Tuhan..
Sekarang ni elya suka sgt2 peluk-peluk teddy bear besar warna cokelat..huhu apa agaknya petanda tu..elya nak adik kah?hehe rasanya kalo ada rezeki teringin nak anak tahun depan..nak bagi elya ada kawan selalu sgt tgk muka umi dan abah mgkin boring kot..kuikui..kalo ada rezeki kami tahun hadapan moga-moga itulah yg terbaik dan perancangan yg kita atur juga serta perancangan yg Allah aturkan juga adalah yg terbaik..."Allah merancang kita merancang tapi perancangan Allah adalah yg terbaik"..moga ada rezeki utk kami tahun hadapan..hehe..gambar sanpul raya cilok dari ik google

Hari abang order makanan berbuka direstoran..

hehe..rasa-rasannya hari ni saya mungkin tak masak sebb big boss janji nak beli makanan di restoran..abang nak order siakap riga rasa,sayur kailan ikan masin dan ni my fov tom yam chiang mai..huhu best nya..dan rasa nya sepanjang bulan ramadan ni saya punya dapur tak berasap 4 hari jer..yg lain semua masak dirumah..bukan apa tak suka membeli lebih baik rasa air tangan sendiri nak-nak dah kawen nilah pengikat kasih sayang suami dan rumah tangga jadi ceria..ameen mudah-mudahan Allah memberkati rumahtangga kami hingga sampai syurga..amee..mood raya dah terasa..saya nak balik kg hari isnin ptg balik melaka dulu sebab tahun ni beraya di muar so hari rabu dah bertolak kemuar,..raya ketiga balik kg saya plak..hehe..harap-harap perjalanan balik nanti semuanya okay tak jem dan selamat pergi dan pulang..rindulah kat kg halaman..

Thursday, September 2, 2010

hari ni berbuka diluar..

hehe..suka hari ni abang kata tak yah masak kita berbuka diluar..dimana..di fakulti sains komputer jabatan software eng..under dr dayang..best-best..elya harap-harap tak kaco kitaorg berbuka..kuikui..hope lauk pauk yg disediakan mesti sedap.alkisah citer semalam tgk tv pasal bubur lambuk..tup2 teringin nak makan bubur lambuk..bila abang balik jer tgk2 ada dua bungkus bubur lambuk..best sgt dan sahur semalam pun bubur lambuk..elya makan 2kali tambah..sedap..biasa kalo dulu tak kawin abah saya suka bawa bubur lambuk free buatan dari masjid area alai..sedap tau..nak-nak letak sambal goreng fuhh sedap sgt..hehe..

Wednesday, September 1, 2010

semalam berbuka lauk rendang dan nasi impit

hehe..semalam kami berbuka rendang dan nasi impit..abang kata mcm dah raya lah..hehe nak gelak pun ada..nasi impit dah rebus lama petuanya nak kasi lembut senang je masak lama2 dlm periuk if air kurang tambah lagi bior betul2 lembut sedap...rendang ayam ni first time masak not badlah..then after isyak sambung lagi makan so tinggallah seketul utk sahur nak panaskan..hehe..elya pun cam suka je makan rendang ni mgkin lauk dia rasa lain tu yg disuka..sebab dak keciknya kalo hari-hari lauk sama dia dah jemu kot..nilah antara resepi masak rendang ayam

bahan:
6ketul ayam
7ulas bwng kecik,4ulas bwg putih,seinci halia,seinci kunyit hidup,3batang serai(belender)
sehelai daun kunyit
5sudu makan cili belender
5sudu makan kerisik
1sudu makan gula melaka
santan pekat dua cawan
garam,aji

cara memasak
tumis bahan blend sampai wangi,then letak cili kering kacau sampai pecah minyak.Masukan ayam yg telah dibersihkan gaul hingga sebati then letak santan dan daun kunyit.Kacau until kering then masukan kerisik,garam dan aji..gaul hingga kering..siap dihidang simple sahaja..

Monday, August 30, 2010

kuih raya dan balang

alhamdulillah kuih yg saya tempah ngan jiran dah siap pagi tadi dia hantar harga utk 50biji hanya rm18.50 biskut raya ni best tau toasted coconut,lovalovi ngan choc rice saya cuba hari tu then saya pilih biskut tu..sedap..hari tu abg ada tempah kuih kat kawan dia sedap gak tapi kami dah buka...kuikui..ni balang kuih raya ala-ala english style tapi murah jer..utk isi biskut raya, ada 3 balang yg sama jenis cadang nak beli balang yg tinggi sikit utk letak kerepek..hehe..tak der sapa nak dtg umah sewa kami cuma kawan-kawan husband adalah..hehe kwn2 saya mostly dah balik negeri masing-masing..

Friday, August 27, 2010

kuih raya kegemaran

Hari ni dah masuk 17ramadan,diam tak diam lebih kurang 2minggu lagi nak beraya..kuih raya yg bpalin gemar saya makan adalah hehe nilah antara nya..kuih tart,kuih batang buruk,mam carie ngan almond london..kuih tradisional minat gak cam rempeyek ngan kuih belanda..mak saya suka sgt order kuih belanda ngan ada sorang mak cik ni sedap betul kuih dia buat..saya penah gak tlg kawan buat kuih belanda ni bahannya senang nak cari tapi nak golong punyalah susah sikit kene cepat2 takut nanti dah keras dia patah n tak lawa..saya tlg dia buat sebab dia dapat tempahan byk utk kuih tu..rasa-rasanya kuih tradisional ni senang nak buat tapi perlukan kesabaran yg tingi..hehe..gambar ni cilok dari cik google

nak masak apa hari ni..

hari ni tak tau nak masak pe..semalam masak bihun sup dan sambal sotong udang,then hari ni tak tau lah plak..adik yg keje jururawat kat hospital sultananh aminah nak dtg nak berbuka posa bersama kami..hehe cadang nak masak ayam masak cili api,goreng tempeh,sambal ikan bilis dan sayur campur..hehe..tgklah tup2 ptg karang menu dah bertukar ke..adik beli sikit2 kat bazar ke kan..elya sejak dua menjak ni susah sgt nak tidor malam semalam kul 12 kot baru tidor..tu pun jenuh nak tidorkan dia sekejap gi luar kat ruang tamu jap gi masuk bilik..huhu..agak2 budak besar cam elya ni mmg dah susah tidor ke...kalo mlm raya tidor lewat best gak ni tengah kita nak bangun sahur dia lak nak tidor lewat..kadang2 kami buat2 tak tau jer sebab kalo makin dilayan makin tak nak tido..dah nagis barulah pujuk masuk bilik..hehe

Wednesday, August 25, 2010

karipap

petang sabtu kelmarin pulun ngan suami wat karipap hehe..yg kelakarnya acuan tak der so design karipap ni jadi tak lawa...tapi ikut kata abang bior tak lawa asal sedap dimakan kuikui..anak beranak juga ya nak makan bukan org lain kan..huhu..tapi elya makan karipap ni bertambah suka kot..masa goreng panas2 karipap ni tak berapa laku sebab dah makan mcm2 kan masa berbuka tup2 tgk after suami balik solat terwaih karipap ni dah nak abis..hehe

muffin cokelat

hari ni rasa mcm nak wat muffin hehe..petang ni abg kata tak yah masak tu yg rajin wat benda lain..hehe..Abang beli kat bazar ramdhan jerk saya request nasi kerabu..masa hari yg saya demam tu abang belikan nasi kerabu gak but saya nya tekak tak leh nak terima sgt so hari ni maybe seera makin bertambah. Pagi tadi batuk-batuk sebab degil nak gak minum ais skrg apa sudah jadi..hehe...batuk saya tak kisah sgt sebab leh wat keje lagi mengemas2 tapi bab demam saya mmg serender..huhu..layan gambar muffinlah yerk hehe ada yg besar ada kecik maaflah bentuk nya tak comel..harap2 sedap mcm hari tu..kuikui..bab rasa bagi si elya dulu, bila dia makan bertambah-tambah maknanya sedap hehe..selera budak kecik sama je ngan org dewasa huhu yg penting budak kecik cam elyya ni tak tipu kan..hehe

Sunday, August 22, 2010

alhamdulillah beransur pulih

alhamdulillah demam beransur pulih seperti sedia kala..:)boleh dikatakan 99%..1% lagi mcm tekak masih rasa kurang sikit tapi dah boleh menjamah mkanan..hehe..since dah baik ni bolehlh nak berblog..terima kasih pd en suami yg bnyk membantu mmg sgt terharu tlg uruskan elya mandikan,suapkan makan..sebab hari khamis mmg pening kepala...petang tu dah rasa kebah then mlm panas balik..skrg ni dah sihat..cerita pasal elya mlm dia dah suka tidor lewat pukul 1pagi huhu..kitaorg dah mgntuk elya stil nak main2 lagi penatlh abah elya main sorok2 ngan main bola dgn ank dara dia ni motif utama adalah nak kasi elya penat dan ngantuk hehe..saya mmg dah tak larat nak buka mata layan dia..sebb saya mmg tak suka tidor siang so jwbnya mlm mmg kene tidor awal..tapi since sejak dua menjak ni elya tidor lewat ikutkan jugak main2 kejar2 dgn dia..huhu..

Friday, August 20, 2010

Susu ibu tidak akan kering

Umum mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.

Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.

Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.

"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.

Elak tertekan

Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.

"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.

Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.

Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.

"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Jangan putus asa

Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.

Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.

"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.

"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.

FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.

Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.

"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.

Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.

Berlatih sejak Syaaban

Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.

"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.

"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.

Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.

"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.

Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.

sumber :kosmo

Thursday, August 19, 2010

Sedih + terharu + geram

Tiap-tiap hari kita dikejutkan dgn kes pembuangan bayi.Bayi dibuang dlm tong sampahlah,bayi dilemaskan disungailah,bayi dibuang dlm mangkuk tandaslah dan memacam lagi. Betul ke kita ni dah berada pada tahap negara maju walhal tgklah anak muda mudi kita ni sanggup berperangai seperti ni..Gejala sosial dah berlambak-lambak, minum arak masa bulan pose pun ada,berkhalwat pun tak kira masa,sana sini org melayu dicekup sebab berkhalwat.huhu sedih lah dengar mcm2 kes skrg ni. Tapi yg pastinya mmg wajarlah hukuman bunuh bagi pesalah yg bersabit dgn kes buang bayi sampai mati..Saya mmg sokong penuh tapi sampai bila? walaupun hukuman mati dibuat mmg tak de kesudahanya better kita bendung perkara-perkara yg mendatangkan maksiat tutup terus pusat karaoke,judi,disko2,konsert2 yg tak berfaedahnya ni semua boleh mengundang barah dlm masyarakat..semoga meka yg sengaja buang bayi ni akan mendapat balasan yg setimpal kalo tak didunia kat akhirat nanti rasakan azab dari Allah

Wednesday, August 18, 2010

Ayam goreng berempah

Resepi ni diambil dari buku chef hanieliza..okay best

bahan-bahan
beberapa ketul ayam
lada sulah,garam,cili blend,halia,bawang putih dan serbuk kari ayam..bahan ni disatukan dan gaulkan pada ayam tgu sampai 1jam boleh goreng..

Tuan rumah kurang sihat

hari ni kurang sihat sakit tekak+batuk+selesema+badan rasa panas huhu.Tapi alhamdulillah elya tak meragam so saya boleh baring2 sebab bila bangun mcm fenin2 jerk..bangun utk solat zohor dan masak kan bubur nasi elya n suapkan dia.Sebenarnya elya pun tak sihat sejak balik kg hari tu.Dua hari kene berak-berak.Semalam juga kami pegi bawa elya jumpa doktor fatimah..alhamdulillah dia ada demam sikit dan doktor bagitau if anak kene cirit birit berlanjutan sampai melepek kat kita tak nak minum pe2 better gi hospital utk masuk air. Tapi si kecik ni minum banyak dan aktif semacam je mcm tak nampak sakit pun..dan hari ni elya berak sekali jerk mgkin dah okay kot tummy dia. Semalam masak nasi lemak dan sambal tumis udang,telur rebus dan ayam goreng serta air twister.kuih muih tu abg beli kat depan kedai runcit tapi tak abes pun.hari ni rasanya nak masak mee goreng jerk sebab tak larat nak bangun.Sahur pagi tadi just buat air milo dan makan quaker oat utk tambah susu badan,makan benda lain tak lalu..ni gagahkan diri jugak bangun utk prepare bahan berbuka dan tengok3 elya tidor lagi so saya start tumis bahan2 dlm kuali ptgkan lebur je mee..Minta tolong abg singgah gi beli tauhu dan sayur sawi..harap2 esok dah okay..dah lama tak kene demam mcm ni sejak 3tahun dulu..so hari ni allah beri ujian demam dan berpuasa..terima dgn hati terbuka. tu abg beli kat depan kedai runcit tapi tak abes pun

Tuesday, August 17, 2010

Muslimah dan Fesyen

Allah tidak meletakkan uniform khusus dalam pemakaian seorang Muslimah, contohnya warna pakaian mestilah hitam sahaja atau labuh hijab sebagaimana kita (orang Melayu khususnya) bertelekung sembahyang. Sebaliknya Allah hanya meletakkan “limitation” di dalam berpakaian. Sebagaimana Firman Allah di salam surah–An-Nur: 31

• “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

• Rasulullah SAW ada menyatakan dengan maksudnya: “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Untuk berfesyen macam mana sekalipun, asalkan menepati sebagaimana yang Allah berikan dan Rasulullah SAW sampaikan. Iaitu:

1) Menutupi dada (atau lebih spesifik: dot dot).

2) Hanya menzahirkan muka dan tangan (tangan dari pergelangan tangan sehingga ke jari, bukan dari bahu tangan sehingga ke jari).

3) Pakaian itu dipastikan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan, apatah lagi bentuk punggung, bentuk kaki dan sebagainya.

4) Tidak melampau-lampau sehingga boleh menarik perhatian.

Wallahua’lam. Banyak lagi yang dikongsi sebenarnya terutamanya dalam isu tudung trendy Arab Style lah, Syria Style lah dsb (tetapi kalau daripada hadis itu pun sudah jelas hukumnya). Cukup sekadar ini yang ditulis.

Berbanggalah kita dengan status diri sebagai seorang Muslimah. Jaga diri dan hiasi peribadi dengan akhlak yang terpuji.

dari: dinalnuzriq